Sunday, February 1, 2009

Kenangan al-Arqam

Baru-baru ini, apabila dapat tahu bahawa beberapa kumpulan nasyid telah merakam semula nasyid-nasyid dahulu, tiba-tiba merasakan suatu peluang keemasan untuk mendapatkan album baru tersebut. Nasyid-nasyid yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan Nadamurni yang salah satu wasilah Jamaah al-Arqam berdakwah dalam bidang hiburan ketika sekitar awal tahun 90-an.

Hijjaz buat "Nostalgia Lagenda Nadamurni". Rabbani pula "Nostalgia Nadamurni". Nazrey pula menyanyikan semula beberapa nasyid The Zikr secara solo. Hampir ke semua nasyid-nasyid ini benar-benar memberikan semangat dalam dakwah antaranya; "Nun di Sana", "Indahnya Hidup Bersama Illahi", "Bila Nur Melimpah di Hati", "Sunnah berjuang", "Jasa Petani", "Antara Dua Cinta", "Cita-citaku" dan banyak lagi.

Apabila mendengar semula nasyid-nasyid tersebut, benar-benar terkenang ketika zaman kanak-kanak dahulu, diri penulis pernah mengikuti jaulah yang dianjurkan oleh Jamaah al-Arqam ke Zoo Negara ketika umur masih muda lagi. Ketika itulah pertama kali berjumpa dengan Abuya Haji Ashaari, pemimpin al-Arqam ketika itu. Melihat rakan sebaya yang lain pergi ke Zoo Negara dengan bangga memakai jubah dan serban mereka. Bagi muslimah pula, mereka berpakaian purdah serba hitam. Tapi saya dan juga beberapa peserta yang lain hanya berpakaian biasa, mungkin kerana kami bukan ahli..hehe..

Tapi mengenangkan ketika program tersebut, betapa saya merasakan bahawa program itu bukan sia-sia sekadar melihat binatang dan berseronok sahaja. Tetapi di dalam program ini, mereka pasti akan memberikan berbagai tazkirah, mengajarkan apa istilah binatang ini dalam bahasa arab dan sebagainya. sepanjang perjalanan kami di dalam Zoo Negara itu, saya melihat mereka semua, tidak pernah terlepas dari mulut mereka membesarkan Allah. Setiap kali berjumpa dengan binatang-binatang yang ada, mesti mereka membacakan "Subhanallah!!". Mereka juga tidak pernah terlepas untuk memberi salam kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa.

Rasanya saya masih ingat lagi tazkirah yang Ust Haji Ashaari berikan setiap kali kami menjumpai binatang-binatang yang ada di situ. Apabila jumpa gajah, maka dibuka kisah tentang tentera Abrahah dengan angkatan bergajahnya yang ingin menghancurkan Ka'abah.

Apabila jumpa harimau, Ust Haji Ashaari tanya kepada kami semua; "Siapa yang takut dengan harimau tu?". Ada diantara kami yang menjawab; "Kami tak takut, sebab harimau takkan sampai kepada kita di sini". Kemudian Ust Haji Ashaari cakap; "Begitulah kita kena meyakini bahawa Allah yang melindungi kita ini seperti pagar yang memisahkan kita dengan harimau ini. Sebab yang menjaga dan memelihara kita hanyalah Allah."

Apabila jumpa burung flamingo, ramai juga yang kagum, sebab biasa melihat bangau biasa sahaja, kini dapat melihat yang luar biasa dihadapan mata mereka. Semuanya bertasbih beramai-ramai. Apabila jumpa burung merak, semuanya bertasbih juga. Kemudian diceritakan kepada kami bahawa bulu burung merak yang cantik itu sebenarnya beracun, maka dianalogikan tentang bahayanya kita terpesona dengan keindahan materialistik duniawi ini.

Kemudian jumpa ikan-ikan dan juga penguin. Kami juga melihat ikan lumba-lumba beraksi di ruang ikan itu. Hehe..ketika itu saya juga ternampak Ust Haji Ashaari tertawa melihat gelagat ikan lumba-lumba tersebut. Kemudian kami mengambil makanan tengahari kami di tasik Zoo tersebut, sambil didendangkan beberapa buah nasyid "Bermacam-macam binatang". Selepas selesai, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Ust Haji Ashaari dalam ucapan penutupnya yang mengucapkan terima kasih kerana dapat bertemu dengan kami semua serta beliau berharap agar dapat jumpa lagi apabila kami meningkat dewasa. Sempat juga Abuya mengingatkan kami agar suka solat sebagai tanda berterima kasih di atas kebesaran Allah.


Banyak lagi kenangan saya bersama orang-orang al-Arqam ini. Tapi cukuplah setakat ini sahaja saya kongsikan pengalaman bersama-sama mereka. Dirisaukan bahawa ada pula yang menuduh saya ini berdakwah membawa fikrah al-Arqam pula. Sungguh jauh sekali tuduhan itu dengan realiti. Cukuplah ia sekadar menjadi kenangan dan memori di dalam sanubari ini. Ambil yang jernih, buang yang keruh.

9 comments:

Mohd Fahrulradzi said...

gaya generasi pelapis al-arqam nie,. aduhh~ habislah al-arqam bangkit balik lepas nie,., hahaha,., papepon, mmg btul,., ambil yg jernih buang TOTALLY sumer yg keruh,., insyaallah,.,

~salam

thaaqhib said...

kalaulah tak kerana aqidah mereka menyimpang~ erm..umh..um...~ mungkin~

skrg mereka dgn global ikhwan pula~ macam2

mas syarep said...

lurhaf - hehe..setiap dai'e pasti mencari pelapisnya..tapi kalo dh bina para pelapis..lpstu dia pergi begitu je..kan sayang skali..

thaaqhib - global ikhwan..hehe..biase la tu..mrk percaya dgn usaha mrk dan mrk akan teruskan..bg mrk..perjuangan mrk tidak pernah mati krn kepercayaan mrk pd perjuangan terus hidup..spt yg ana kata..amik yg jernih..buang yg keruh..kite pun bole buat mcm diorg..tp biarla dgn aqidah kita yg selamat ni..k?

Anonymous said...

lepas ni bakal saksikan kemunculan "nada makmal" pulak.

Anonymous said...

(sambungan..)
dan nasyid-nasyid seperti 'jasa pembantu makmal', 'antara dua makmal', 'makmal-makmalku', dan 'sunnah bereksperimen'.hehe.sekadar gurauan.

Karim the 1st said...

hakim cuba perli diri sendiri. mungkin boleh sambung album "ketika landasan keretapi sunyi" atau "memecah gegendang landasan malam". sekadar gurauan. hehe

mas syarep said...

hakeemhanafz -> hahaha!!bole2..xde hal nyer..nnti bole merantau buat xpdc nasyid "nada makmal" ke seremban,mesir,china,jordan dan byk lg tmpt..nasyid yg femes skali berjudul "alangkah hidup bersama pembantu makmal"..wahahahaha!!

Karim I -> weyh..tu lagu solo dia..bkn team nada makmal ar..hahaha..nnti dia buat album judul "al-Mathurat bersama dgn Ust Hakeemhanafz"..mantop!!!

hahahaha!!sume tu..sekadar gurauan ek..

Awau said...

Subhanallah!
Suka sekali singgah di restoren global ikhwan sebab murah :)
ada dobi ikhwan,
ada mart ikhwan,
ada farmasi ikhwan,
bkn ikhwan,tapi global ikhwan?

Uish,boleh buat "comeback" buat jaulah di zoo taiping pula lagu berjudul "Mari mengenal binatang ciptaan Allah"
sekadar gurauan :)

IdhaM d|^_^|b said...

salam...(saya bkn pengikut abuya cume simpati je) masa saye kecik dlu..darjah satu smpai darjah dua
saya belajar dekat sekolah sri quratulain bangi..mmg bes sekolah 2
byk saye belajar..pas2 saye pndah sekolah biase sbb da byk rumor yg x elok..sepanjang saye belajar kt c2 xde pulak diorg ajar bnde bukan2
rukun iman 6..rukun islam 5..99 name allah..sifat 20..bahagian tauhid (asma' wa sifat,uluhiyah, rububiyah)..diorg ajar sy solat,zikir,pg2 mengaji dlu sblm msk kelas...solat zohor jemaah,makan dalam dulang,2 sume menguat kn ukhwah...spttnye cr diorg kite ptt tiru...tgk dr segi ekonomi diorg sumenye ade...smpaikn kicap pn wat sendiri
pkir-pkir lah yg kt lua sane 2