Thursday, February 26, 2009

Apabila Khutbah Jumaat menjadi tempat berkempen..

Kempen yang dimaksudkan oleh penulis pada tajuk di atas bukanlah kempen pilihanraya. Tetapi kempen-kempen yang dianjurkan kerajaan seperti "Cintai Buah-buahan Tempatan", "Anti-dadah", "Cintai Sungai Kita", ""Hari Polis", "Hari Perajurit", "Hari Kemerdekaan", dan sebagainya.

Kali ini, dinukilkan di dalam blog ini sebagai luahan perasaan sahaja. Tidak berniat untuk menjatuhkan hukum ataupun menyalahkan mana-mana pihak. Cukuplah sekadar berkongsi dengan para pengunjung blog ini. Bukanlah juga peribadi saya ini hendak menjatuhkan syakhsiyah individu.


Apabila kempen-kempen tersebut dipilih menjadi topik khutbah setiap kali solat jumaat di seluruh masjid tanah air, maka sudah pasti umat Islam di Malaysia sudah tertanam perasaan cintakan pada apa yang dikempenkan. Tapi mengapa hal itu tidak berlaku? Saya terbitkan satu persoalan untuk kita berfikir sejenak.


Adakah kerana mereka tidur ketika khutbah Jumaat?
Jadi mengapa kempen ini disampaikan melalui Khutbah Jumaat?


Sebenarnya jika kita amik secara positif tentang hal ini, ada kelebihan dan baiknya juga jika diterapkan kaedah ini pada khutbah jumaat agar semua masyarakat Islam di Malaysia benar-benar menerapkan dan menjayakan kempen tersebut. Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Sudah pasti setiap kali Jumaat, pasti Muslimin di Malaysia akan memenuhi masjid-masjid di Malaysia. Maka mereka juga wajib mendengar Khutbah Jumaat setiap kali pergi untuk menunaikan solat jumaat. Sudah pasti semua orang mengetahui isi kandungan khutbah yang disampaikan. Jadi pasti mereka dapat mengamalkan segala apa yang telah disampaikan melalui khutbah Jumaat tadi.

Tapi mengapa semua itu tidak terjadi????

Bahayanya sekiranya khutbah diharuskan untuk dibaca dalam penyampaiannya kerana teks-teks yang ditulis itu ditulis untuk memenuhi masa khutbah sahaja, bukan untuk memenuhi jiwa-jiwa umat Islam yang perlukan tazkirah (peringatan) agar ruh-ruh mereka kembali basah dengan kerohanian dan kesatuan ummah itu sendiri. Para jemaah yang hadir hanya mendengar bacaan tersebut sehinggalah dirinya rasa berat untuk menerima segala input ketika matahari sudah berada di antara dua tanduk..(eh??istilah pelik ni..tukar2..) ketika tengahari yang sangat memberatkan mata dan jiwa untuk terus terima sebarang input lagi.

Teks-teks yang ditulis pula ditulis dalam tulisan Jawi. Masalahnya yang berlaku adalah, canggihnya bahasa-bahasa Malaysia hari ini yang diadaptasi atau diambil-gunakan dari bahasa Inggeris, di Melayukan.

Terdapat beberapa kisah-kisah lucu yang dikongsikan oleh teman-teman sekerja yang mungkin kita boleh mengambil pengajaran darinya.

Kes yang pertama; khaatib yang membacakan teks khutbahnya sudah agak berusia dan mahir membaca tulisan Jawi. Tiba-tiba dia mula terhenti dalam bacaan khutbahnya kerana ingin memastikan ejaan yang akan dibaca ini, betul atau tidak. Selepas sejenak masa diambil, akhirnya khaatib tersebut menyambung khutbahnya:
"Semua Muslimin hendaklah kemetot dan berkaki lebar terhadap kemurniaan Islam dan kesuciannya."

Mungkin yang dimaksudkan dalam khutbah tersebut ialah; "Semua Muslimin hendaklah komitmen dan berkaliber terhadap kemurniaan Islam dan kesuciannya". Hehe..Mungkin kerana ejaan di dalam tulisan Jawi moden ini tidak dapat dibaca oleh khaatib tersebut.

Kes yang kedua pula; khaatib bertugas telah mendapat teks khutbah dari pejabat agama negeri. Ketika dalam perjalanannya bersama dengan anak-anak kecilnya di dalam kereta menuju ke masjid yang hendak dia sampaikan khutbahnya itu. Apabila dia naik ke mimbar, dia pun membuka teks khutbahnya, habis teks khutbah yang baru sahaja dia ambil pejabat agama telah diconteng oleh anak-anaknya. Pada jemaah yang hadir terkejut melihat khaatib tersebut tiba-tiba tergelak di atas mimbar akibat melihat gelagat anak-anaknya. Jadi dia pun membacakan khutbah yang paling ringkas pernah saya hadiri.

Cukuplah saya membawa dua kes ini untuk kita ambil iktibar.

Kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah baginda yang sangat masyhur dalam periwayatan sejarah. Antaranya khutbah di dalam hajatul wida' (haji perpisahan) dan juga tentang Rasulullah s.a.w. memanggil cucunya Hasan bin Ali r.a. dan menyampaikan khutbah tentang Saidina Hasan bin Ali r.a. yang akan mendamaikan keadaan umat Islam suatu hari nanti. Di dalam periwayatan berkenaan dua kisah ini, menunjukkan bahawa khutbah yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada umat Islam ketika itu adalah benar-benar mengisi kerohanian serta membasahkan jiwa-jiwa mereka dengan khutbah itu.

Mudah-mudahan para pembaca sekalian dapat mengambil iktibar dari nukilan kali ini.

9 comments:

Azraai Ahmad said...

My opinion,

Khutbah itu sepetutnya menjawab/menyelesaikan persoalan yang terjadi di kalangan masyarakat dalam seminggu yg lepas.

Allah dah wajibkan semua org lelaki berkumpul setiap minggu, mad'u dtg kpd kita...gunakanlah sebaik-baiknya!

Rahman D said...

mari berkunjung ke mesir...pasti best dengar khutbahnya....tak ada kempen-kempen...direct punya

Fera said...

Mmmm, khutbah itu patut padat dan tepat, sepertilah khutbah Rasulullah saw dahulu.. Sekarang, dengar sikit pun khutbah terasa satu tan kelopak mata ni.

Dahlah khutbah UIA selalu arab. Manalah nak faham. Hahahah.

Karim the 1st said...

Salam.

Kadang2 di UIA tu khutbah arabnya boleh difahami walaupun diri ini tidak beberapa mahir berbahasa arab. faktor apa eh? maybe ruh khutbah tu kot. hehe

Kalau para jemaah yg complain mengantuk (walhal dah berdengkur ketika khutbah), ana rasa tu alasan je. sedangkan ada yg dah niat datang ke masjid untuk tidur 'sebentar' ketika khutbah dibacakan. salah siapa eh?

(maaf tak cakap pasal kempen2. ingin share pendapat umum tentang khutbah je)

ijalceritera said...

Terkadang sebab khutbah itu dideklemasikan daripada teks, intonasi pengkhutbah dari awal sampai habis sama jer macam x der perasaan.Orang yang berkhutbah itu pun kurang berpengetahuan tentang apa yang dibaca dan tidak bersemangat. Tapi di UIA jelas2 x berapa nak faham, sikit2 jer

~al-Barq~ said...

bak kata seorang ketua pengawas "lihat ape yg disampaikan bukan lihat orang yg mnyampaikan". ~(diolah)~

mas syarep said...

pengalaman ana di Indonesia, khutbah yg disampaikan macam bagi ceramah palestin..bersemangat lagi berkobar tanpa sebarang TEKS..

tp berkenaan khutbah di uia..ana lagi prefer khutbah di uia drpd msjd2 kt malaysia ni..sbb yg sampaikan tu antara ulama'2 yg hebat..pernah sekali tu..disampaikan khutbah berkenaan tentang hijrah Rasulullah s.a.w. yg xpernah kite dengar..dan khutbahnya itu adalah kajian PhD nyer..jadi betapa hebatnya khutbah yg disampaikan tu..tp..oleh krn pjg sgt dan dlm bhs arab plak tu..ramai jemaah di belakang sudah tertido..malah menyumpah2 sbb lmbt abes..tp itulah khutbah yg plg bermakna pernah ana lalui..dan khutbah mcmtu la yg ana sgt rindu2kn utk lalui lagi..

mmg btul kata Karim I..even disampaikan dlm bahasa arab..kite phm skit sbb ruh khaatib tu dibacakan pd kita sampai ke lubuk hati kita..bkn khaatib yg terikat dgn agreement kena bacakan khutbah..

jd..ramai2 mari kite jd mufti negeri supaya boleh fatwakan imam2 di masjid2 malaysia agar baca dgn bersemangat..hehe

Awau said...

lontaran pendapat yg menarik :)
siapa volunteer nak jadi mufti?

thaaqhib said...

sebab zaman skrg.. org suka cakap2.. tapi x suka diberi cakap..

tak caya? test suruh org bg tazkirah kat diri kita.. mesti kita takleh atau susah terimma.. cam.." ya ya..ic ic.. got ur point.. ya ya.. ok.. now i do.." tapi xde perasaan nk terima dgn sepenuh jiwa.

tapi..kalau kita yang berapi2 bagi ceramah kt org..mesti rasa obses dan energetik.. macam.."wah!! best tol ceramah...."..

bese a tu manusia..

we cant change the others, but we can change ourselv..for the others would change after us.

mari sama2 ikhlas kan diri dan tenang mendengar nasihat org lain.

matematik mudah. kalau sorang buat dalam satu negeri. malaysia dah ada 14 org yg betul2 dengar khutbah. takkan sorang je kot~~~

every thought i hv.. every word i shared ..HE KNOWS, ALLAH KNOWS