Wednesday, January 21, 2009

Seluruh Dunia meletakkan Harapan kepada Seorang sahaja?


Baru-baru ni kita mendengar berita tentang kejayaan Barrack Obama memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat dan telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Bahkan berita tentangnya sangat terhebah luas ke serata dunia. Begitu perihatin masyarakat dunia tentang orang ini sehingga segala latar belakang tentang dirinya diketahui oleh semua penduduk dunia ini. Baik di Asia mahupun di Afrika. Mereka menyatakan sokongan serta harapan yang sangat tinggi kepada lelaki ini. Mengapa isu ini begitu penting bagi masyarakat dunia?

Adakah mungkin kerana Amerika yang digelar "Polis Dunia"? Maka dunia ingin tahu siapa pula yang akan mentadbir kuasa besar dunia ini. Adakah mungkin kerana Dasar Luar Negaranya(Amerika) yang selalu merisaukan masyarakat dunia hari ini? Maka dunia ingin mengambil tahu tentang pembaharuan Dasar Luar Negara yang terbaru ini membawa berita gembira. Adakah mungkin kerana ingin melihat kepentingan masing-masing terhadap polisi Amerika yang baru?

Maka dunia benar-benar ingin memastikan agar polisi Amerika kali ini tidak mengecewakan. Kerana seorang ini sahaja, dunia sangat mengenali beliau serta terlalu mengambil tahu segala daripadanya, dari peribadi sehinggalah penetapannya pada polisi-polisinya. Sekarang menjadi tanda tanya kepada dunia tentang kabinet beliau yang akan dilantik nanti. Seolah-olah nasib dunia ini terletak pada sebuah rumah yang dicat putih itu. Inilah keadaan masa kini. Seluruh dunia merujuk kepada Amerika. Mengapa jadi begini sehingga mereka dipandang sebegitu?
Tetapi, hal seperti ini sebenarnya pernah berlaku dan ia berlaku pada orang Islam. Kita tidak pernah berasa hairan kerana dahulu dunia juga merujuk kepada dunia Islam suatu ketika dahulu.


Sultan Abdul Hamid II

Suatu ketika dahulu, orang inilah yang dilihat seluruh dunia tentang dirinya. Segala dasarnya dan keputusannya juga sangat dinantikan. Inilah lelaki yang dipanggil Khalifah Islam. Dahulu tentera Islam antara tentera yang tercanggih di dunia. Pasukan tentera yang menggunakan senapang terlebih dahulu di dalam sejarah dunia. Teknologi meriam paling awal dan paling berkesan dalam sejarah pembuatan senjata balistik. Armada kapal perang yang terbesar di Eropah ketika eranya.

Sistem kewangan yang lebih bermanfaat kepada rakyat jelata tak mengenal bangsa mahupun agama. Semuanya dijaga kebajikan masing-masing. Cukai yang dikenakan pula sedikit pun tidak membebankan, tetapi orang-orang di Venice,Italy mengambil peluang untuk meningkatkan cukai untuk para pedangang. Orang Islam pula yang difitnah oleh para penulis Orentalis bahawa kerajaan Islam menaikkan cukai perdagangan di pintu masuk Eropah.

Dasar luar negaranya juga sangat disenangi dengan negara-negara jiran mahupun negara musuh. Bahkan negara-negara yang kecil di Eropah juga meminta perlindungan Kerajaan Islam. Mana-mana negara yang ditawan kerajaan ini, pasti merasa hairan kerana mereka tidak sedikit pun terasa dijajah.

Selama beratus tahun Kerajaan Islam sangat gemilang. Sekarang ia tidak lagi seperti dahulu. Digulingkan, dihinakan, dilarang sebarang perkara yang mempunyai sangkutan dengan pemimpin yang bergelar Khalifah itu.

Pada tahun 1925, kerajaan Turki Moden yang telah menggulingkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah, telah mengharamkan semua rakyat Turki memakai tarbus. Ketika itu, berlaku bantahan besar-besaran terhadap penetapan kerajaan baru ini, mereka keluar ke jalan-jalan utama dengan memakai tarbus demi membantah pengharaman terhadap tarbus. Kenapa tarbus diharamkan ketika itu?

Apabila Mustafa Kamal Attarturk menggulingkan pemerintahan khalifah Islam, dia merasakan selama ni orang Turki tak moden seperti Barat. Jadi dia gantikan tarbus tu dengan topi tinggi orang-orang barat. Malah sesiapa yang memakai tarbus akan ditangkap. Sehinggalah jutaan orang ditangkap hanya kerana mereka memakai tarbus. Sehinggakan hukuman gantung akan dikenakan kepada mereka yang berdegil. Dan ratusan orang mati hanya kerana memakai tarbus yang mereka bangga kerana ia seolah-olah menunjukkan kebanggaan nenek moyang mereka yang berjuang demi ISLAM.

Tapi kini. Ramai anak muda sekarang, yang seolah-olah malu akan keturunan mereka yang terdahulu, tidak maju dan kolot. Sehinggalah mereka memilih jalan mereka yang mereka lebih baik daripada apa yang dikecapi oleh orang terdahulu.

INGAT!!! DAHULU KITA SANGAT GEMILANG!!!

Dan kita terus meletakkan harapan kepada seorang yang duduk di dalam rumah yang dicat putih itu.

Sunday, January 11, 2009

Dapat arahan..ikut!! Dapat amanah..jaga!!

Senang jer..

Mesti sentiasa berlari..jangan jalan-jalan..

Bila dapat arahan yang diberikan..ikut jer..

Bila dapat amanah yang diberikan..tolong jaga!!!

Gunakan kemudahan yang ada(torchlight) untuk misi ini..

mungkin merbahaya..jd..hati-hati yer..

ok..lari...



Apabila seseorang akan melalui suatu peristiwa yang kurang pasti, pasti akan rasa gemuruh, takut dan cemas. Mana tidak, diberi arahan untuk berlari di tengah pagi buta. Kenapa kena lari pulak? Kena tunggu giliran pula. Sejuk malam menusuk sehingga ke tulang sum-sum. Nyamuk pula rajin mencari rezeki di badan yang tak bersalah ni.

Itulah yang menjadikan diri kita hilang keyakinan, lupa pada tanggungjawab dan amanah, isti'jala (terburu-buru), kurang berfikir, merasa selesa dan hilang arah. Senang ditipu oleh musuh yang menyamar dikalangan kenalan. Tidak dapat bezakan diantara provokasi dengan arahan. Tidak dapat bezakan keutamaan dengan tanggungjawab.

Itulah bahaya dalam kita hendak bergelumang dalam dunia kepimpinan. Kita akan dikaburi dengan kekuasaan. Kita akan diliputi dengan bermacam-macam pujian sehingga kita lupa tentang tujuannya kita menggenggam tanggungjawab yang berat ini. Tahukah anda bahawa kitalah yang layak memikul amanah ini? Allah sudah memberi peluang kepada makhluk-makhluk yang lain untuk mentadbir alam ini, memimpin yang lain, memakmurkan alam ini. Tetapi apabila kita diuji sedikit, kita sudah tidak dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik lagi.

Ada juga yang menjaga amanah dengan baik, ada juga yang dapat sempurnakan tugas dengan baik. Tapi ada juga yang menjaga amanah dengan sambil-lewa, ada juga yang melaksanakan arahan dengan keadaan terpaksa dan tidak rela. Mengapa hal ini berlaku? Itulah kebesaran Allah. Allah mahu menunjukkan kepada kita tentang kekuasaanNya. Tidak semua itu adalah orang yang sentiasa betul. Tidak semestinya juga semua orang itu adalah salah. Sesiapa yang melakukan kesalahan pasti dapat mempelajari kesalahan mereka, sedang mereka yang baik dalam kerjanya, beringatlah selalu bahawa kita satu hari mungkin akan tersilap juga. Perlulah kita sentiasa ingat-mengingati sesama kita tentang kebenaran dan juga kesabaran.

Kejayaan itu bukannya datang dengan harga yang murah. Tetapi ia perlukan sesuatu yang sangat berbaloi untuk kite mengecapinya. Bukan senang hendak memimpin, jadi ia perlukan perlaburan yang tinggi dalam kepimpinan. Pelaburan apa? Kalau bukan pelaburan masa, tenaga, harta, mahupun nyawa.

Dr. Abdullah Azzam pernah berkata:
"Alangkah indahnya kesusahan dan kepayahan dalam berjuang ini,
kerana ia adalah bunga-bunga serta taman-taman yang menghiasi perjalanan menuju kemenangan."

Sedikit Tips tentang Kepimpinan

Kita seharusnya sedar, mengapa "kita" dipilih untuk memenuhi sesuatu tugas. Kita seharusnya berfikir kenapa "kita" diberi arahan sedemikian. Adakah pemimpin kita adalah orang yang tak berakal dengan mengeluarkan arahan sedemikian?

Kenapa kita disuruh untuk sentiasa berlari?

Kenapa bagi peluang untuk kita bawa torchlight? Tapi sesiapa yang tak bawa, kenapa tak boleh pinjam pula?

Kenapa kita diberi barang amanah, tapi tak boleh baca atau buka sehingga ke destinasi terakhir?

Kenapa ketua jabatan nak tipu pula untuk rampas barang amanah?

Anda disuruh untuk sentiasa berlari kerana apa yang anda bawa itu adalah sesuatu yang sangat penting, bukan main-main. Kalau ia lewat, orang lain akan menderita kerana maklumat yang penting itu tidak sampai..

Anda diberi peluang untuk membawa sebarang peralatan untuk membantu anda dalam melaksanakan misi. Adakah berbaloi kalau anda hendak menjalankan misi, tetapi terkorban dipertengahan jalan? Apa pula nasib orang lain yang menanti-nanti sebarang maklumat penting itu? Anda tidak boleh meminjam orang lain kerana orang lain itu perlukan barang tersebut untuk diri mereka. Menjadi tanggungan sendirilah atas kesalahan diri sendiri. Seharusnya kita sedar bahawa kita harus bertanggungjawab atas segala kesalahan sendiri.

Barang amanah perlu dibuka sehingga destinasi terakhir kerana tidak mahu maklumat rahsia itu jatuh pada tangan orang lain. Hanya orang di destinasi terakhir itulah yang sangat memerlukan rahsia ini. Bagaimana kalau musuh dapat tahu tentang maklumat penting ini?

Ketua Jabatanlah yang paling bertanggungjawab ke atas semua orang yang berada di dalam jabatannya. Dia seharusnya kenal dan tahu potensi setiap ahli. Cara untuk mencapai hal itu, dengan menguji setiap ahli tentang kesetiaan dan kecekapan ahli. Orang yang paling setia adalah orang yang berani menegur kesalahan pemimpinnya kerana orang setia itu risaukan bahaya yang menimpa jika si pemimpin itu membuat kesilapan, kesannya pada orang lain pula.

Wahai anak-anak muda yang menjadi harapan kepada generasi akan datang, "kita" adalah orang yang punya sama tujuan dan pemahaman. "Kita"lah yang akan membentuk generasi-generasi yang serupa "kita" seperti mana orang terdahulu membentuk "kita".

Maka mengertilah..!!!
Kerja "kita" bukan sia-sia..!!
Kerja "kita" bukan main-main..!!
Kerja "kita" tidak akan terhenti di sini sahaja..!!
Kerja "kita" tidak akan mati hanya kerana kepergian seorang sahaja..!!
Tetapi perjuangan "kita" akan terus membentuk orang lain seperti "kita" juga..!!

Monday, January 5, 2009

Senandung Dakwah

Hidup adalah Perjuangan
Tegakkan panji kebenaran
Tanpanya hidup percuma
Hingga sesal di akhir masa
Aral rintang selalu menghadang
Jadi sebuah kepastian
Namun jiwa tak kenal gentar
Langkah ini kan terus berjalan
Kerana Dakwah nafas kehidupan
Tarbiyah sendi perjuangan
Membentuk generasi Rabbani
Junjung tinggi kalimah Illahi
Takkan gentar takkan kenal ragu
Walau musuh menerjang menderu
Berbekal taqwa terus melaju
Redho-Nya jua kan tuju
Duhai ayah bonda tercinta
Relakan anaknda pergi berjuang
Di bawah naungan panji Islam
Doa restu selalu ku dambakan
Wahai mukmin bersatulah..bersatulah!!
Bersabar bersatu bertaqwa
Kepal jarimu tegak jiwamu
Kemenangan Islam kan menjelang

(sebuah nasyid dari album d.t.ak kump izis..yang terus memberikan motivasi kpd diriku..setiap kali ia kerap diulang..hati sayu ngenangkan duka lama..tetapi ia terus memberi semangat yang baru..maka benarlah apa yang Allah rakamkan di dalam al-Quran [94: 1-8]..bahawa setiap kepayahan..pasti ada kemudahan..)

(wahai jiwa-jiwa yang terus bersedih..apa lagi yang dapat membuat anda tersenyum kalau bukan janji dari Tuhan-mu..suatu janji yang pasti..tetapi ketahuilah kerana ia mahal..dengan bunga-bunga derita dan duri-duri kepayahan..mereka yang redho dengan ujian-Nya sahaja yang layak..)

(wahai jiwa-jiwa yang berduka..apakah kegagalan yang silam adalah pintu yang tertutup di hatimu itu? biarlah dibenci..diasingkan..disalahkan..malah dikeluarkan..bukanlah itu Kiamat untukmu..sedang dunia di luar sana menanti-nantikan aksi mu..tidakkah kamu sedari bahawa bidadari-bidadari syurga sedang mengintaikan kamu di jendela syurga? menanti-nantikan hamba yang dicintai-Nya..)

(wahai jiwa-jiwa yang sayu..jangan kerana hal yang kecil..jadi korban segala cita-cita generasi terdahulu..kalau tidak kerana kesedaranmu tentang orang terdahulu..pasti engkau tidak akan merisaukan generasi akan datang..kamu tahu tentang fitrah..tapi kenapa masih berat engkau menanggungi ia? Tuhan-mu tidak pernah meminta engkau menanggungnya selamanya..maka biarkanlah segala itu dihitung Tuhan-mu..)

(aku menyeru jiwa-jiwa ini kerana..kesedihan, kedukaan, kesayuan tidak akan memberi apa-apa melainkan amal, sabar dan nurani yang bersih disulami keikhlasan..gentarkan penggugatmu..katakan kepada mereka.."Andai tarbiyah dan dakwah ini dipisahkan dari aku..umpama kamu memisahkan nyawa dari badanku ini..umpama kamu merampas hak aku untuk bernafas..umpama kamu mencencang segala sendi-sendi di tubuhku ini"..ketahuilah bahawa mereka juga mungkin tidak akan gentar dan terus dengan tekad mereka..maka ketika itu..jangan engkau lupa apa yang engkau ungkapkan tadi dan kabulkan ia..ya..ia pasti terjadi kalau itulah ketentuan-Nya)

Sunday, January 4, 2009

Azzam Tahun Baru???

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam Berkenalan..

Salam Tahun Baru..

Salam Perjuangan Baru..

Sedar tidak sedar, kita sudah masuk ke tahun baru, usia pula semakin meningkat, sel-sel di badan juga mendapat kesan perubahan daripada perubahan masa. Melihatkan persekitaran kita juga, ada perubahan yang baru. Seperti kucing atau hamster peliharaan kita sudah semakin besar. Pokok tanaman kita juga semakin bercambah cantik. Mungkin ada yang membeli baju baru atau pun apa-apa material yang baru anda dapatkan.

Apabila masuk sahaja tahun baru ini, ramai yang akan bertanya "Apa azam baru kamu?". Saya juga sangat yakin, ramai dari kalangan bloggers pasti akan menulis di dalam ruangan masing-masing dengan tajuk tentang azam baru mereka?

Apa gunanya azam baru ni? Bagi saya, ia sangat diperlukan bagi sesiapa yang sedar kepentingan muhasabah atau pun menghitung semula. Kita lihat apa sasaran-sasaran yang ingin kita kejarkan, adakah ia tercapai atau tidak? Itulah kegunaan suatu azam. Bertekad dengan janji yang dibuat awal waktu ini agar dalam masa setahun azam itu sudah tercapai.

Bagi mereka yang berkerja, mungkin mereka ingin meningkatkan mutu kerja mereka di tahun ini agar pendapatan juga dapat ditingkatkan. Ada yang ingin mengurangkan kos perbelanjaan kerana tekanan hidup pada saat ini. Bermacam-macam azam yang ditekadkan itu semuanya untuk kebaikkan.

Bagi para pelajar pula, mungkin ada yang berazam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam matapelajaran. Ada pula yang merasakan dia tidak mampu cemerlang dalam semua subjek, tetapi dia bertekad untuk dia memperbaiki matapelajaran yang paling dia lemah. Jadi azam ini sangat bagus untuk berubah dari sesuatu yang lemah, sesuatu yang tidak baik, kepada yang lebih baik, yang bagus lagi cemerlang. Kerana kita tahu, perkara yang lepas sudah berlalu pergi. Kini adalah masa yang terbaik untuk kita merakam sejarah dunia, bahawa kita mampu berubah!!!

Tapi ada juga yang berazam ke arah yang tidak sewajarnya. Contohnya kita boleh lihat bahawa Askar Israel yang dilaknat Allah itu benar-benar bertekad untuk menguasai Gaza, kerana apa? Kerana mereka pernah kalah pada 2 tahun lepas di dalam peperangan mereka dengan Lubnan. Mereka berperang untuk mendapatkan populariti dalam berkempen pilihanraya, merek sanggup mengorbankan harta awam juga nyawa manusia yang tidak berdosa.

Itulah azam mereka. Mereka mesti mendapatkan kekuasaan walau apa pun yang terjadi.

Mereka tidak sedar bahawa penentang mereka lebih tinggi tekadnya untuk mempertahankan negara, saudara serta agama mereka daripada kezaliman. Mereka sedikit pun tidak akan berdiam diri menerima takdir mereka begitu sahaja. Mereka terus berjuang dan bertekad azam agar tiada lagi kezaliman di bumi mereka. Mereka terus berjuang tidak sedikit pun meminta simpati dunia kerana inilah cita-cita tertinggi mereka; sama ada terus hidup mulia dengan mengecapi kemenangan atau mati syahid mengharap pertemuan dengan Tuhan mereka.

Jadi......apa azam baru saya? Apa pula azam baru anda? Apa azam kita yang seperjuangan?