Thursday, March 26, 2009

Bagaimana Menghancurkan Organisasi Anda?

Jika anda dapat melaksanakan beberapa perkara yang bakal disebutkan ini, anda mampu untuk menghancurkan organisasi anda. Mengapa saya perlu menulis hal sedemikian di dalam blog ini? Saya berharap, para pembaca dapat bermuhasabah serta dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara ini. Tepuk dada tanya iman. Adakah kita tergolong dalam golongan yang menyumbang kepada kehancuran organisasi kita?

Berikut adalah perkara-perkara yang mampu membawa kepada kejatuhan organisasi anda:
a)Jangan hadiri mesyuarat bila dipanggil, paling tidak pun, sentiasalah datang lewat

b)Jika dilantik menjadi jawatankuasa atau diminta sumbangkan sesuatu, jangan bekerjasama tetapi sentiasalah mengkritik apa yang dibuat oleh organisasi

c)Jika ditanya oleh Pengerusi tentang sebarang cadangan mengenai sesuatu perkara, katakanlah ”No komen”, tetapi sesudah mesyuarat beritahu kepada semua orang ”sepatutnya buat begini-begini”

d)Jangan buat apa-apa kerja, tetapi apabila mandat diberikan kepada orang lain, beritahu bahawa organisasi ditadbir oleh ”kumpulan/geng/kroni” tertentu

e)Apabila sesuatu jamuan atau aktiviti dijalankan, beritahu semua ahli bahawa ”kita sedang membazir”. Tetapi apabila sebarang jamuan atau aktiviti tidak dijalankan, beritahu kepada semua ahli bahawa ”persatuan kita kedekut dan telah mati!!”

f)Jika dilantik memegang amanah sebagai jawatankuasa, tolaklah dengan alasan tidak mampu. Jika tidak diamanahkan pula, keluar dari organisasi dengan alasan tidak diberi kepercayaan dan peranan

g)Selidiki setiap kesalahan walaupun kecil. Apabila mendapati kesalahan itu, hebohkan dan letak jawatan.

h)Apabila tidak memegang jawatan, ugutlah untuk meletak jawatan dan pengaruhi rakan-rakan lain untuk bertindak sama

i)Bocorkan semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat terutama berkaitan keburukan ahli dan masalah dalaman.

j)Bila menghadiri mesyuarat, sokong semua perkara tetapi selepas itu jangan buat apa-apa.

k)Persalahkan persatuan atas semua masalah yang dihadapi sama ada akademik ataupun sebagainya.

l)Persetujui semua perkara dalam mesyuarat, tetapi bantahkan perkara-perkara tersbut selepas mesyuarat

m)Sentiasa lengahkan semua kerja dalam persatuan atau ambil sikap ”jangan buat langsung”

n)Tubuhkan persatuan "bayangan" sendiri di dalam persatuan yang anda sertai sekarang ini dengan menyatakan usaha-usaha untuk memulihkan persatuan, agar ahli persatuan "bayangan" melihat anda sebagai tokoh yang mempunyai perjuangan yang mulia sehinggalah jatuhnya persatuan itu.

o)Akhir sekali, yang tidak kurang pentingnya. Jangan letak jawatan kerana dengan meletak jawatan, anda tidak mungkin dapat merealisasikan operasi menjatuhkan organisasi sendiri.

Setelah melihat ciri-ciri yang mampu membawa kehancuran kepada sesebuah organisasi, apakah kiranya kita masih lagi mahu memlakukannya dalam organisasi kita ini?? Tepuk dada tanya iman. Di paras manakah iman kita tatkala kita begitu bencikan organisasi kita ini sehingga kita sanggup lakukannya. Sentiasalah kalian bermuhasabah sesama kalian agar ia tidak bisa merosakkan keindahan rentak kerja kalian.

Tuesday, March 24, 2009

Kewajiban memakai seatbelt???


Melihatkan dewasa ini, telah diperintahkan oleh pemerintah Malaysia kepada semua rakyatnya akan keharusan memakai tali pinggang keledar. Ramai dari kalangan rakyat jelata tidak punya pede untuk menyambut ketetapan ini.

ya udah..sukar benar mahu menggunakan bahasa Indonesia dalam penulisan kali ini.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pemandu-pemandu kereta juga para penumpangnya untuk senantiasa memakai tali pinggang keledar (seatbelt). Maka ada yang dari kalangan rakyat Malaysia masih tidak dapat menyambut seruan kerajaan itu. Tapi ada juga yang patuh pada arahan tersebut. Melihatkan peristiwa ini, kita dapat mengkaji tentang kesediaan rakyat Malaysia menyambut sesuatu saranan daripada kerajaannya.

Bila melihat kronologi kewajiban memakai seatbelt di Malaysia, tiba-tiba teringat pula kronologi pengharaman arak. Bila anda mengkaji semula sejarah tentang hal ini, anda pasti mendapati ia seakan-akan sama pada peristiwa yang pernah terjadi pada 1400 tahun yang lepas.

Allah tidak mengharamkan arak secara terus, tetapi berperingkat-peringkat. Pada peringkat awalnya, ketika di Makkah lagi, turun ayat 67, surah an-Nahl:
“Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.” [an-Nahl 16: 67]

Pada ayat ini, tidak dijelaskan lagi tentang pengharaman arak. Tetapi Allah sudah memberikan bayangan tentang arak itu. Seatbelt tidak lagi menjadi topik utama ketika penciptaan kereta sekalipun. Bahkan melihatkan generasi kereta yang terawal di dunia pun, tidak kelihatan seatbelt. Malah setelah dinaik-tarafkan dengan enjin yang lebih laju juga, masih tidak kelihatan seatbelt tersebut.

Kemudian Allah sudah mula menyentuh tentang perihal arak itu dalam surah al-Baqarah ayat 219:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." [al-Baqarah 2: 219]

Ayat ini menjelaskan perbezaan baik dan buruk pada arak tersebut. Jelas Allah menyebut bahawa besarnya dosa pada arak itu lebih banyak daripada kebaikkan pada arak. Apa baiknya arak?? Boleh memanaskan badan. Itu sahaja. Tapi akibat buruk lebih banyak apabila meminum arak.

Seatbelt pula punya banyak kebaikkan daripada keburukkannya. Keburukkannya apa?? Tidak selesa dan tidak cantik sahaja. Sedangkan manfaatnya sangatlah banyak. Boleh mengurangkan impak pelanggaran ketika kemalangan. Boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya (sama la tu). Boleh jadikan anak-anak kecil duduk senyap, tiadalah nanti anak-anak ini riuh-rendah di tempat duduk belakang itu. Banyak lagi kebaikkan yang boleh kita ungkapkan daripada seatbelt ini.

Peringkat seterusnya tentang pengharaman arak ini, Allah menyebut dalam surah an-Nisa' ayat 43:
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..." [an-Nisa' 4: 43]

Ayat ini telah dikhususkan kepada semua orang Mu'min agar tidak mabuk atau tidak minum arak sebelum mengerjakan solat. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab mengimamkan solat beberapa kumpulan muslimin di kawasan Madinah. Saidina Umar al-Khattab baca surah al-Kafirun tapi dalam keadaan mabuk. Maka banyak tempat ayat yang dibaca itu salah. Setiap kesalahan itu telah memberikan makna yang boleh menggoyahkan keimanannya. Maka turunlah ayat ini sebagai teguran kepada semua Muslimin yang lain.

Seatbelt pula, pada awalnya dikhususkan oleh kerajaan hanya pada pemandu sahaja. Mungkin kerana ketika itu belum ada lagi kempen "Kurangkan kesesakkan lalulintas dengan menumpang". Jadi ramai yang bawa kereta sendiri sahaja. Kemudian kebanyakkan pemandu seorang diri ketika itu, ramai yang menemui maut di kemalangan itu.

Akhirnya Allah memutuskan untuk kebaikkan semua manusia, terutamanya bagi mereka yang beriman. Maka turunlah ayat 90 surah al-Maidah;
“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan." [al-Maidah 5 : 90]

Sangat jelas Allah menyuruh kita untuk menjauhi segela perbuatan-perbuatan tersebut termasuklah arak. Allah tidak kata "jangan kamu minum!!" tapi Allah kata "..jauhilah perbuatan-perbuatan itu..", maka cuba-cuba pun tak boleh apatah lagi meminumnya. Ketika itu, semua Muslimin ketika itu terus beramal dengan ayat Allah ini. Ada sahabat yang mengorek-korek lidahnya untuk memuntahkan balik arak yang baru diminum sebelum ayat itu turun kerana khuwatir arak itu menyerap dalam isi dagingnya. Ada juga yang balik ke rumahnya, terus memecahkan semua tong-tong simpanan arak mereka. Sehingga ada yang mengatakan bahawa kota Madinah ketika itu seolah-olah banjir kerana semuanya membuang arak dijalanan ketika itu. Betapa intima mereka terhadap arahan Allah tiada tangguhan lagi.

Ketika kerajaan kita memerintahkan kewajiban memakai seatbelt bagi para pemandu juga penumpang di Malaysia, kerajan juga turut memberikan pakej perkhidmatan memasang seatbelt di tempat duduk penumpang di belakang. Malah memberikan tempoh yang agak lama untuk semua menyelesaikan dan menyesuaikan diri dengan arahan ini. Tetapi setelah sampai masa dikuatkuasakan, sehingga dilatih pula dengan denda bagi mengingatkan lagi memberi pengajaran, masih lagi yang memberikan alasan yang bermacam-macam. Nak = 1000 daya, tak nak? 1000 helah 1000 dalih 1000 alasan = 3000 tak nak.

Sama juga dengan kewajiban memakai jilbab, bagi mereka yang tidak biasa dengan jilbab, mungkin dibesarkan dalam keadaan free hair, tapi bila disuruh memakai jilbab, mulalah memberikan macam-macam alasan. Negara Malaysia di atas garis Khatulistiwa beriklim tropika dan macam-macam. Sehingga pereka fesyen pun turut membantu para pemakai jilbab yang masih tidak biasa lagi dengan fesyen yag cantik lagi mudah. Ada tudung Beenda, ada tudung Wardina, malah ada tudung Mawi. Macam-macam. Apa yang boleh disimpulkan dengan 3000 tak nak ini ialah si pemakai jilbab tidak selesa. Itu sahaja. Tapi mereka tidak mengetahui betapa banyaknya faedahnya. Betul tak?

Jadi bagi mereka yang sedang belajar memakai jilbab, yang sudah menjiwai kepentingan jilbab itu. Mereka mempraktiskan kepercayaan jilbabnya dalam pengamalannya sehari-harian. Bahkan tidak terdetik pun untuk beralasan lagi kerana jiwa sudah diresapi dengan kecintaannya mengamalkan berjilbab itu. Kalau bukan semata-mata hanyalah untuk mendapatkan Redho Allah. Bukan lagi memakai tudung bila di hadapan guru sahaja, bukan lagi memakai tudung di hadapan ibu mertua sahaja. Tapi di mana-mana sahaja untuk menjaga dirinya.

Sepatutnya, sebelum diwajibkan memakai seatbelt di Malaysia, anda perlu berkunjung ke Australia. Di situlah tempat untuk mentarbiyah kecintaan anda kepada berseatbelt. Suasana yang menghidupkan kewajiban berseatbelt di merata-rata. Hampir di setiap jalan pasti ada peringatan untuk "buckle-up". Melihatkan kanak-kanak yang selalunya riang tidak reti duduk diam di belakang tempat duduk bahagian belakang kereta, tetapi kanak-kanak di Australia, mereka boleh duduk diam dengan kerusi special mereka. Ada pelbagai bentuk kerusi special yang dijual di Australia, ada yang tempat duduk itu terdapat stering kereta, ada yang seperti kokpit kapal terbang, dan macam-macam bagi menarik minat rakyat Australia untuk mendidik anak-anak kecik Australia agar mereka mementingkan keselamatan di jalan raya.

Mungkin ingin berkongsi sedikit video yang boleh kita ambil pengajaran, insya Allah.
Jadi selepas ini, kalau anda menaiki Myvi WSG 2844, ataupun kereta apa sekalipun, jangan lupa untuk kita memakai tali pinggang keledar dengan sepenuh hati. Ayo ber"buckle-up"!!! hehe..

Sunday, March 22, 2009

Bagi menjawab soalan cepumas itu. Inilah ia..

Bukan gambar sebenar..Harap maklum.

Jodoh itu bukan urusanku dan bukan juga urusanmu.
Sungguh aku serahkan segalanya terus kepada Allah.
Andainya masa telah tiba aku diberi pilihan.
Ketika itulah detik usahaku, sepertimana yang diajar oleh an-Nabi s.a.w.
Setiap hari aku menempuh hari-hari yang baru dan terus sabar menjawab soalan-soalan seperti itu kerap kali. Sehingga terpaksa aku memberitahukan sesuatu kepada mereka yang sangat mereka nanti-nantikan itu..

"Apabila hadir tanda-tanda terjadinya pernikahan itu..maka pasti akan terjadi melainkan tanpa keizinan Allah Taala, maka datanglah seorang pemudi yang akan memberikan sinar harapan yang baru di seluruh pelusuk Keramat dan seisinya lagi sekitarnya."

Mereka bertanya;"Sebutkanlah kepada kami apakah tanda-tandanya itu wahai tuan, sungguh kamilah dari orang-orang yang sangat merinduikan hari itu".

"Apabila kad jemputan telah tersebar ke setiap jiwa-jiwa yg menanti-nantikannya dengan penuh kesabaran, apabila anda melihat orang berlumba-lumba mendirikan khemah-khemah dan anda pun bertanya kpd mereka; untuk siapakah khemah ini? lalu mereka menjawab; pastinya untuk al-keramaty itu, apabila semua orang sudah saling ingat-mengingatkan tentang datangnya hari yang dijanjikan itu."
"Maka ketika itu kompang bertalu-talu berkumandang di langit raya, kelopak-kelopak bunga ditebarkan oleh orang yang berjanji mahu melakukan itu, lalu kamu melihat manusia masuk ke majlis itu berbondong-bondong, nasi minyak dan oren madu dihidangkan kepada hadirin, begitu banyak doa agar berbahagia itu disampaikan setiap detik".

Tetapi andainya aku pergi dahulu sebelum terjadinya peristiwa besar ini, maka itulah ketentuan-Nya. Tidak pernah aku menyesali detiknya perpisahan itu dan sungguh itulah juga hari yang aku yakini, bahawa Allah lebih tahu pasangan yang sebaik-baiknya untuk aku akan diketemukan di syura nanti.




nota jari: so..sesape yg still nak tanye gak bile si Sarep ni nk kawen..so tolong bace bende ni dan hapal..so bole sampaikn kpd org laen yg mahu bertanyakan tentang ini juga. Sanad bersambung tu..hehehe

Thursday, March 19, 2009

Hari yang baru....!!!


Alhamdulillah, telah kita mengecapi nikmat hari yang baru dengan meninggalkan segala peristiwa semalam dan hari sebelumnya. Insya Allah, dengan kudrat dan upaya yang kita ada, akan kita sedia menempuhi hari-hari berikutnya yang akan kita tempuhi.
Siapa tahu hari ini saya dapat makan nasi ayam percuma? Siapa tahu mungkin esok dapat bernikah dengan seseorang??(jeng-jeng) Apa yang pasti, teruskanlah kehidupan kita untuk terus mencari Redho Allah. Selagi nafas ini turun naik, selagi darah ini terus mengalir, selagi otak ini masih waras berfikir dan dapat membezakan putih-hitam, maka itulah tandanya kita sewajibnya untuk terus bersyukur dengan segala nikmat-nikmat Allah yang kita kecapi itu.

Di pagi ini, yang terus menerus kita mendengar desiran sungai yang mengalir, kicauan burung yang beterbangan, suara kanak-kanak riang gembira bermain sesama mereka, sinar mentari mula menyinar ke seluruh alam, tiupan angin pagi yang menyegarkan terus berlalu, dan apa maknanya semua ini? Kalau bukan tandanya untuk kita terus mensyukri nikmat Allah Taala yang tiada bandingan ini.

Di pagi ini, kita dapat pula mengambil sarapan pagi yang sedap, ada pula orang yang memberikan kuih "seri muka" percuma (fuh!!sedap sangat!!thanks to mak syuk!!), dapat minum air coklat panas, menikmati keindahan pagi ini dengan lazatnya. Itulah kenikmatan merasai hari yang baru.

Sekali lagi kita menimba pengalaman dan kehidupan yang baru dengan menempuhi cabaran-cabaran yang mendatang. Setelah melalui semua itu, semua itu akan menjadi sejarah, menjadi kenangan, dan terus menjadi pengalaman bagi kita semua. Setiap detik yang kita lalui, itulah pengalaman yang terus dibukukan di sejarah hidup kita. Sama ada kita benar-benar menghargainya, atau terus melupakannya.

Dengan terus merasai kenikmatan pagi yang indah itu, kita tidak dapat menilik, kita tidak dapat menjangka, kita tidak dapat memastikan apa yang akan berlaku pada petang nanti. Sama ada hujan atau terus bertambah terik kepanasan. Sama ada kilat sambar-menyambar atau mendung-mendung sahaja. Semua itu bukan urusan kita dan kita juga tidak mampu untuk menentukan apa yang bakal berlaku nanti.

Apa yang kita boleh buat? Tempuhi sahajalah dengan redho dan jayanya. Biarlah sama ada berjaya atau tidak, letih atau sihat, sedih atau seronok. Lalui sahajalah dan bersyukurlah dengan apa nikmat yang telah kita kecapi. Kita tahu bahawa buruk dan baik itu pasti ada hikmahnya. Tetapi semua orang mahukan melalui semua itu dengan jayanya. Kita juga tahu bahawa ada orang yang berjaya mengharungi kehidupannya dengan jayanya. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w.. Maka jalan orang yang telah melaluinya dengan jayanya inilah yang hendak kita contohi.

Tetapi kenapa sunnah baginda sangat susah untuk kita amalkan? Sedangkan antara sunnah yang paling mudah untuk kita amalkan sehingga boleh mencapai kejayaan ke seluruh dunia; antaranya menyebarkan salam. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.; dari Beijing sehingga ke Texas, dari Moscow sehingga ke Sri Langka, Islam tersebar ke merata-rata tempat, di mana ada seorang Muslim, pasti salam tersebar di sekitarnya dan di tempat yang dilaluinya. Hebat bukan?

Jadi..ayoh kita tempuhi kehidupan kita sehari-harian dan hari yang mendatang seterusnya dengan ISLAM. Kerana Islamlah yang mengajarkan kita tentang kehidupan yang terus bersyukur, kehidupan yang aman lagi selamat, kehidupan yang saling meredhoi ketentuan dan ketetapan Tuhannya. Alhamdulillah kita mengenali Islam ini dari kecil lagi, diasuh dan dididik dengan nikmat Islam. Mengapa pula kita memilih jalan selain ini selepas kita meniti usia??? Apabila usia semakin matang, mengapa Islam itu pula ditinggalkan hanya semata-mata ia dianggap kolot??

Fikirkanlah kehidupan yang kita lalui ini disebabkan oleh siapa????
Mengapa kita masih hidup lagi sehingga ke hari ini?????

Wednesday, March 18, 2009

Kisah saya pula ketika melalui Uji Cekap 2001

Setelah membaca blog rashid, rasa macam nak tulis juga kenangan silam saya ketika menjadi peserta Uji Cekap 2001. Pernah terdetik ketika saya dalam program Uji Cekap 2009 ni, terkenang segala peristiwa yang pernah saya lalui dahulu. Bagi saya, memang ternyata sangat berbeza tapi tidak perlulah dibanding-bandingkan kerana perbezaan masa dan orangnya.

Sebelum menaiki bas, para AJK mengingatkan kami hanya membawa barangan yg disuruh sahaja, sehinggakan pakaian dihadkan, kalau lebih pasti dirampas dan tidak dipulangkan. Kemudian naik bas dan bergerak ke Ulu Yam. Turun sahaja di The Woods, banat dan banin diasingkan sangat jauh. Kami (banin) berjalan sangat jauh ke dalam hutan, sehingga tidak nampak langsung tempat rekreasi di sana, cuma kami dapat pembayang, di mana tempat kami sangat dekat dengan jalan raya.

Sampai sahaja di tapak perkhemahan, sememangnya ia kawasan yang hutan belukar, semak-samun, ular di merata-rata. Maka kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut dan mendirikan khemah. Khemah tersangatlah kecil, jadi fungsi khemah hanyalah untuk meletakkan beg masing-masing. Kalau hendak tidur, maka lebihan buluh yang digunakan untuk buat gadget digunakan pula untuk alas tidur kami dan juga tempat kami berteduh.

Memang semuanya survival ar. Baik dari kaedah masak, sehinggalah kaedah nak "buang air". Walaupun ketika itu, AJK kami senior-senior yang kami geruni. Tapi kebersamaan mereka kepada kami, membuatkan keresahan kami terubat. Selepas habis sahaja satu aktiviti, ketika kami berehat sebentar di khemah kami, AJK akan datang pada kami dan tanya; "Ada sesiapa yang sakit tak?", tak pun ada yang bertanya; "Amacam aktiviti tadi? Ada yang injured tak?", tak pun ada juga yang berpesan; "Ok..lepas ni makan cukup-cukup tak..nanti ada aktiviti lagi lasak..so better korang dapatkan tenaga korang..nanti tak nak kitorang nak kena angkat korang nanti".

Setiap ucapan mereka itu, benar-benar memberikan semangat kami untuk terus bertahan. Tapi bila setiap kali melalui aktiviti-aktiviti, pasti akan ada yang tercedera. Ketika berkawad, ada yang terjatuh gaung, sebab keadaan semak yang terlalu tebal, sehingga tidak nampak pandangan ke hadapan, maka jatuhlah beberapa orang kawan saya termasuklah saya juga ke dalam gaung tersebut. Saya sendiri tak ingat apa lagi perisitiwa yang kami lalui ketika itu. Ketika malam terakhir kami di sana, hujan turun dengan lebatnya. Habis khemah kami dimasuki air. Tempat kami solat pula jadi laluan air. Sekejap sahaja air naik sehingga ke paras peha. Tak sempat habis solat air sudah naik. Maka kami teruskanlah solat kami walaupun terpaksa sujud dalam air yang mengalir deras tu.

Tentang rawatan, kami sedikit pun tak mengadu pada AJK atau guru bertugas. Cuma kalau kalau sakit yang perlukan bantuan ubat, barulah pergi minta. Tapi ada kalanya, AJK berikan sahaja ubat-ubat itu kepada kami, kerana melihatkan keadaan kami yang sangat teruk tersiksa. Jalan pun ada yang "terkangkang-kangkang", ada yang jalan pun mengesot. Maka AJK pun berikan "bedak melecet". hehe..Sesiapa yang pakai bedak tu, mesti lepas tu asyik kena "bahan" atau perli je..Saya pernah mintak ubat cirit-birit di awal program. Mereka berikan, tapi sepanjang program saya asyik diperli mereka sahaja. Ketika tracking, ada AJK yang perli;"Cepat sikit panjat tu, kang ada yang tercirit!!". Aduh..malu tu..

Hahaha!!tapi itulah kenangan saya dahulu. Hmm banyak jugalah peristiwa-peristiwa yang saya tempuhi dulu. Tapi mungkin cukuplah saya bercerita setakat ini sahaja. Cuma hendak berkongsi ketika saya sakit di dalam program Uji Cekap sahaja. Sebab sekarang ni terlalu ramai yang sakit, jadi memang terkenanglah ketika zaman saya pula muda-muda dulu..hehe..

Tuesday, March 17, 2009

Komot terkejut ada budu dengan tempoyak kat tengah hutan??? -siri uji cekap 09-

Salaam..

Haa..terasa nak tambah lagi beberapa siri cerita lucu uji cekap 09 haritu. Tak tau apsal tetiba teringat plak lawak ni.

hehe..

Kisahnya begini, si Komot menceritakan kepada saya bahawa dia pergi ke tapak perkhemahan agak lambat berbanding dengan peserta yang lain. Dia terpaksa ke tempat lain dahulu kerana terlibat dengan satu mesyuarat tergempar. Apabila sesudah habis sahaja mesyuarat itu, Komot meneruskan perjalanannya ke tapak perkhemahan.

Maka si Komot terpaksa menghadapi 2 kali traffic jem. Mau cramp juga kakinya. Sebelum ini Komot pernah berpengalaman melalui jalan di Ulu Yam itu ketika waktu malam, maka dia bertekad sebolehnya agar dia melalui jalan di Ulu Yam itu sebelum Maghrib. Malangnya Komot tidak sempat. Dia terpaksa solat Maghrib di surau Empangan Batu. Sepanjang jalan Komot berdoa dilindungi Allah dari gangguan makhluk lain. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku.

Setibanya di tapak perkhemahan, Komot disambut oleh beberapa orang AJK dan terus diajak mereka untuk makan malam bersama-sama dengan mereka. Apabila duduk sahaja, ada salah seorang daripada rakan semakan Komot meminta sesuatu kepada temannya yang lain.

"Weyh Rahim..bagi budu tu" kata Fuad, teman semakan Komot.

Komot bertambah pelik dan bermonolog sendirian; "Macamana camping ni boleh ada budu plak ni?"

Tiba-tiba Komot dipanggil oleh Rahim; "Abang Komot, nak apa? Budu ker? Tempoyak ker? Belacan?"

Komot pun membalas; "Mentang-mentang ada 6 biji tandas kat sini, boleh plak bawa bende-bende ni kan?kalo nak makan sedap..makan kat rumah la weyh!!"

Tapi Komot tetap tidak melepaskan peluang untuk merasai budu tu..hahahaha!!

Sunday, March 15, 2009

Apabila Komot bertemu dengan Pakcik Tua di tengah hutan....

Setelah sekian lama tidak meng"update" blog ini, maka saya hari ini bercadang untuk menulis lagi tentang cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Alhamdulillah..Si Komot baru sahaja pulang dari perkhemahan tingkatan 3 yang diadakan di AmberStone, Ulu Yam. Banyak cerita yang Si Komot kongsikan dengan penulis di sana. Ada peristiwa yang lucu, ada peristiwa yang mencemaskan, ada peristiwa yang menakutkan, ada peristiwa yang memelikkan. Namun insya Allah, akan dikongsikan melalui blog ini akan semua kisah-kisah tersebut.

Kisah yang melucukan
Hmm..banyak jugalah kisah yang melucukan Si Komot dan rakan-rakannya. Antaranya melihat serangan yang tersusun oleh gerombolan Ayam Belanda ke tempat khemah banat. Memang tersusun lagi hebat. Ada yang menyerang melalui arah sungai dan ada juga yang menyerang melalui pagar luar. Habis lintang pukang peserta banat menyelamatkan diri. Tapi ada juga dari kalangan mereka orang-orang yang berani lagi hebat. Berjaya akhirnya dihalau mereka seluruhnya. Apa yang melucukan..bunyi ayam belanda tu..hahahaha!!

Ada juga AJK yang diperli selalu sebab, asyik-asyik nampak dia buat unggun api jer. Ada juga peserta yang mengigau ketika berhirasah, berjalan tapi mata tertutup. Bila dia terlanggar tali pagar yang dibuat kumpulannya, tiba-tiba dia tersedar, dia marah-marah seorang diri. Katanya; "ni sapa la yang gi pasang tali kat tengah hutan ni..gila ker!!". Komot yang melihat ketika itu, hanya tergelak lagi berguling-guling sahaja.

Sebenarnya, ada banyak lagi kisah lucu yang hendak dikongsikan, tapi takut kalau diceritakan, ada yang tak faham. Sebab kisah itu hanya si Komot dan rakan-rakannya sahaja yang faham. Hehe. Maaf ya.

Kisah yang mencemaskan
Selama 3 tahun mengikuti aktiviti perkhemahan tingkatan 3, Si Komot merasakan pada tahun kali ini adalah yang paling mencemaskan sekali. Kerana terdapat terlalu ramai peserta yang injured dihantar ke "wad sakit". Lepas seorang sakit dihantar, datang lagi orang sakit dimasukkan ke "wad sakit". Berikut adalah hiwar diantara Si Komot dengan para peserta yang sakit.

Komot: Sakit apa ni?
Peserta A: Sakit kaki, tapi sakit dia kat tempat-tempat tertentu je..
Komot: ya ker? kat mana sakitnya?
Peserta A: Ntah la..kalau sakit..sumenyer sakit..so xtau kat mana sakit..
Komot: Memanglah..aduh..

Komot: Sakit apa?
Peserta B: Kaki tak bole nak bengkok..
Komot: Aik?apsal xbole bengkok?
Peserta B: xtau? sejuk ar..tadi hujan..
Komot: Ouh..ni cramp la...aduh..

Komot: Sakit apa?
Peserta C: sakit belakang..
Komot: macamane bole sakit belakang?
Peserta C: Sebab tak biase tido kat khemah..
Komot: kalo mcmtu, ubatnya balik rumah la..aduuh..

Komot: Sakit apa?
Peserta D: tak nak..tak nak..entahla..apa ni?
Komot: apsal meracau plak mamat sorang ni??
Peserta D: ........(mata tengah melilau-lilau tajam)
Ustaz Samad: Komot..budak tu tersampok jin la..
Komot: pergh..tersampok pun kena hantar sini ker?aduuhh..

Memang penuh "wad sakit" di tapak perkhemahan kami. Sehingga 8 orang dalam satu malam yang sakit. Memang cipta rekod. Bila tengah rawat seorang peserta, tiba-tiba ada peserta lain yang meraung kesakitan sebab kepedihan minyak panas yang disapu pada mereka. Macam-macam.

Kalau saya ketika mudanya dulu, saya akan berfikir 8 kali kalau mengadu sakit kepada guru pengiring atau AJK bertugas dalam perkhemahan saya dulu. Kerana bagi kami dahulu, sangat malu untuk mengadu sakit atau apa. Padahal masih boleh tahan lagi sakit tu sudah mahu mengadu pula.

Kisah yang menakutkan
Daripada Si Komot, dia menceritakan segala perisitiwa yang agak menakutkan ketika di sana. Diriwayatkan bahawa terdapat beberapa orang yang dimasuki jin ke dalam tubuhnya. Nasib baik la ada Ghost Buster yang mampu menarik jin-jin tersebut daripada tubuh badan pesakit ni. Tapi yang lebih menakutkan Komot, terdapat peserta yang disampuk jin ni, memberikan pandangan yang sangat ganas pada si Komot. Daripada banyak-banyak orang yang ada di sekelilingnya, si Komot jugak yang ditenungnya dengan mata yang ganas.

Sehinggalah satu ketika di mana jin itu hendak ditarik keluar oleh Ghost Buster al-Amin, si Komot ternampak dengan jelas rupa makhluk tersebut. Semua tubuhnya gelap tetapi sangat menakutkan. Merah matanya dan bersinar anak matanya. Mulutnya besar seolah-olah sedang meronta-ronta. Tak boleh digambarkan rupanya lagi tapi sungguh menakutkan lagi ganas.

Kisah yang memelikkan
Kisah ini pula diceritakan ketika si Komot mengikuti sekali Jungle Tracking. Selalu sahaja si Komot terdengar-dengar ada orang memanggil-manggil si Komot. Dengan jelas nama si Komot disebut-sebut, tapi tak tahu siapa yang memanggilnya. Si Komot terus dilanda misteri.

Kemudian Komot hendak pulang daripada tempat tracking ke tapak perkhemahan. Oleh kerana semua orang sibuk, jadi Komot pun pulang seorang diri melalui jalan-jalan yang telah diredah di tengah hutan itu. Nasib baik jalan-jalan tersebut ditinggalkan tanda, maka lebih mudah untuk ingat jalan pulang.

Al-Kisahnya, ketika di dalam perjalanan pulang melalui jalan yang sukar itu, si Komot terserempak dengan seorang Pakcik Tua yang berpakaian agak kemas dengan t-shirt dan berseluar panjang gelap dengan dilipatkan sedikit. Pakcik Tua tersebut telah menunjukkan jalan yang lebih mudah untuk pulang ke tapak perkhemahan yang mana jalan tersebut adalah sangat berbeza dengan jalan yang dilalui ketika jungle tracking. Sememangnya jalan tersebut lebih mudah dan lebih cepat sampai. Sebab itulah ramai AJK yang pulang mengikut jalan yang lebih singkat(shortcut) daripada jalan tracking pelik melihat Komot tiba di tapak perkhemahan lebih awal daripada mereka.

Tetapi yang peliknya, dia memanggil Komot dengan nama penuh. Macamana Pakcik Tua tu tahu nama Komot? Apa yang Komot dapat buat ketika itu, cuma bersyukur dan bertahmid..kerana selamat sampai ke tapak perkhemahan dan selamat juga akhirnya program perkhemahan tingkatan 3 kali ini. Alhamdulillah.