Monday, February 2, 2009

yang manakah harus ku pilih?


"hmm..kalau tak pilih ini..nanti yang itu pula cakap apa kat aku ni..kalau aku pilih yang itu, nanti yang ini pula cakap aku macam-macam..Jadi, yang mana harus ku pilih????"

"senang-senang..tak payah pilih mana-manalah..aku jadi baik jer..pun boleh gak ape..hehe"

Itulah sedikit penyataan yang sering kali ditimbulkan oleh orang ramai dalam masalah yang terbit dewasa ini. Satu isu yang sensetif sebenarnya, tapi merasa bosan dengan keadaan ini yang terus terjadi ini. Fenomena ini jika dikaji, punya sejarah asalnya, tapi tidak perlu disentuh untuk kali ini, kerana biarkan orang yang ahli menyentuhnya. Peristiwa ini tidaklah asing bagi sesetengah orang yang memahami fenomena ini.

Dewasa ini melihatkan bermacam-macam orang yang memperjuangkan dakwah di serata dunia ini. Tetapi merasa pelik kerana ada di antara mereka yang tidak sepakat dan tidak pula bersetuju di antara satu sama lain. Mereka membawa hal yang sama, perkara yang sama, kesedaran yang sama. Juga mengajak kepada perkara yang sama juga. Tetapi susah betul untuk mereka bergerak bersama-sama. Tidak kisahlah kalau tak dapat bergerak bersama-sama, cuma kenapa perlu berlaku diperbesarkan masalah sehingga terlalu ketara percanggahannya.

Berbeza hanyalah nama badan organisasi, ketua organisasi, cara bergerak organisasi tersebut. Perbezaan itu memang sangat digalakkan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam berorganisasi dakwah ini. Di situlah juga akan terbitnya Rahmat yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah s.a.w. bahawa; khilaf(pertembungan salah faham) itu Rahmat. Tetapi bagaimana Rahmat itu boleh terbit jika setiap kali berlaku khilaf, maka akan berlaku suatu yang tidak diingini. Akhlak yang paling utama tidak diamalkan. Terus lupa apa yang selalu sahaja diingatkan Allah dalam al-Quran itu. Antaranya, menjatuhkan syakhsiyah individu lain, sedang mereka hanyalah membuat kerja dakwahnya sahaja. Apakah ini ciri-ciri Dai'e yang berjuang untuk mendapatkan redho Allah?

Sedarlah bahawa perbezaan itu hanyalah perkara yang kecil. Ia diibaratkan seperti apa yang disarungkan atau diletakkan pada kepala. Tidak kisahlah namanya kopiah ker, songkok ker, topi ker, serban ker, tarbus ker, kain ker, semuanya berfungsi diletakkan di atas kepala. Bukan di perut mahupun di kepala lutut. Fungsinya tetap sama dan memainkan peranan yang sama juga tapi apa yang membezakan adalah bentuknya yang berbeza dan mungkin juga cara memakainya juga ada kaedah tersendiri. Setiap yang dipakai di kepala itu tidak pernah pula meminta untuk dipakai, tetapi gelagat orang yang memakainyalah yang membuatkan orang lain pandang pelik dan salah faham terhadap sesiapa sahaja yang memakai apa yang dipakai oleh orang yang banyak gelagat tu.

Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam dunia Arab, terus bertelegah sesama sendiri sedangkan perbezaan masalah bangsanya sendiri tak dapat dibela. Orang lain pula terus memandang rendah kepada semua bangsa Arab kerana perilaku beberapa orang pemimpin Arab sahaja. Mengapa jadi begini? Tanggapan sumbang terus dilemparkan kepada semua yang berkaitan dengannya, tapi tidak semua yang sepertinya.

Itulah sebenarnya bahaya orang yang berada di dalam sebuah wajihah yang bergerak untuk dakwah. Yang lebih ditakuti lagi ialah mereka lupa tujuan dakwah mereka. Mereka menyeru kepada apa? Lupakah mereka ini? Sedang apa yang dirakamkan dalam al-Quran pula menyebutkan:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain." [Yusuf:108]

Kita bergabung dengan orang ramai untuk hal ini. Bukannya memikirkan kuantiti, tetapi menerapkan kualiti kepada setiap kali pergabungan dengan orang ramai. Kita memperkenalkan Islam kepada semua orang dan memberi tawaran seperti mana yang Allah s.w.t tawarkan kepada semua hamba-Nya untuk selamat. Itulah tugas kita dalam kesedaran kepada Illahi. Mengajak orang ramai untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Taala.

Kita bukan mahu menyelamatkan kambing yang bersendirian daripada ancaman serigala, tetapi kita mahu mengajak manusia beramai-ramai kepada redho Allah. Perlulah kita mengenalkan Islam, agama yang dari Allah untuk hamba-Nya yang ingin selamat dari azab Allah yang amat pedih. Bergerak secara organisasi dan teratur memang sangat-sangat dituntut oleh Allah. Tetapi perlulah diingat apakah tujuan dan matlamat kita dalam pergabungan ini? Kalau untuk ramai ahli, maka dia akan usahakan untuk mencapainya. Kalau ia untuk generasi hadapan, maka mereka juga akan usahakan untuk mencapainya.

Terserahlah kepada anda, yang mana harus dipilih.

4 comments:

Anonymous said...

salam. cantik sekali. cantik~ :D

thaaqhib said...

rujuk semula hadith..khilaf dan rahmat.. itu dhaif. mungkin bg menghormati disiplin sbg seorang daie.. perlu utk sahkan ia shahih~
sekadarnya

mas syarep said...

thaaqhib - betul2..jzkllh diucapkan kpd thaaqhib..sebenarnya ada hadith yang panjang berkaitan dengan hal itu..tapi oleh kerana tak dapat cari matan yg thabit secara jelas lagi selamat pd sumber2 rujukan..dan yg ingat pd hadith yg dhaif tu..maka tertulis ler dgn emosi..itulah kelemahan kita sebagai manusia yg tidak dapat lari dari kesalahan.

kepada para pembaca sekalian..saya memang akui akan kelemahan saya yang meletakkan hadith dhaif itu dlm penulisan ini..oleh kerana sekadar menulis tanpa kajian, maka terteralah kelemahan ini. Mudah2an tuan2 puan2 tidak mengambilnya sebagai hujah dan dalil sandaran.

wallahu a'lam..

Awau said...

Sebagai tazkiah dan tazkirah :)
kesalahan dan kekurangan itu fitrah manusia,
Insya allah,kita cuba yang terbaik