Sunday, May 31, 2009

Macam-macam..macam-macam..

Oleh kerana dah lama tak update blog, maka kali ini ingin saya update dengan ringkas beberapa perisitwa yang menarik dalam kehidupan seorang pembantu makmal ni.

1. Training nasyid dengan Ust Azhan untuk persembahan hari guru. Hohoho..memang menarik..training bukan main bersungguh-sungguh lagi ringkas. Mula-mula baca lirik yang dia gubah, haha!! Tergelak guling-guling ar..hehe!! Maka kami pun berlatih untuk yang terbaik mampu kami lakukan. Tempat berlatih?? Rahsia...hehe..Memang berhabuk tempat tu..tapi apa boleh buat. Nak berahsia sangat, tempat tu jadi pilihan kami.

2. Esoknya, Hari Guru peringkat sekolah. Selamat Hari Guru!!! Mereka tu pun guru-guru saya juga. Tapi saya menjadi bahan depan orang ramai waktu sebelum perasmian. Apa boleh buat, memang saya bukan guru, menyemak kat dalam program tu buat apa kan? Tapi kepada yang terlibat, jangan risau la..ana dah maafkan dan ana tak kisah pun. Benda dah jadi...

Tapi seronok tengok persembahan-persembahan para pelajar SMIAA kali ini. Persembahan T1 memang power!! Tapi yang kelakarnya dalam persembahan T1 tu, semua yang menyanyi tu semuanya suara budak lagi, tapi ada la sorang budak ni suara dah pecah..hehe!! Go go Form1!!

Video-video hari guru pun memang gempak. Terutamanya yang f4 dgn f5 buat tu. Tapi bila tengok balik, rasanya macam lebih kurang video Muslim Amerika buat jer. Tak ingat apa nama tajuk video tu. Tapi memang power!! Tahniah korg!!! Dan terima kasih juga ar..sebab ada juga beberapa saat muka saya masuk dalam video tu. Tapi lepas tu, kena perli dengan ustaz-ustaz sebab video tu kata belajar di Jerman. Tapi Sarep ni tak keluar dari negeri Selangor pun. Aduh!! Lepas kena bahan dengan murid, kena pula dengan ustaz-ustaz. Kena pulak masa persembahan guru, si Sarep ni boleh terlupa lirik pulak. Lagi ar kena bahan. Tapi ustaz lain pun kena bahan gak sebab pitching lari, bunyi "param-param" lagi kuat dari solo. Hahahaha!!. Macam-macam..macam-macam..

3. Mandi sungai. Sudah lama mengidam nak mandi sungai, akhirnya tiba tarikh yang dijanjikan. Bawalah budak-budak yang juga kepingin sangat untuk mandi sungai. Sebelum mandi, singgah sebentar ke Kem Asas yang dekat-dekat situ juga. Tiket mandi sungai pun masih disimpan lagi. Betul-betul kerajaan negeri berkebajikan kepada sesiapa yang ingin mandi sungai. Hehehe..satu kepala satu ringgit. Semasa ziarah di Kem Asas, kagum melihat AJK Banin ada seluar uniform rasmi. Tapi baju mereka berpelbagai pula. Hehe.. Ketika itu melihat adik-adik ni sedang bersiap-siap untuk membuat gadget. Tapi malangnya, hambar melihat mereka, ada yang sekadar duduk-duduk di tepian sahaja. Kami pun bertanya kepada salah seorang peserta banin Kem Asas itu,

Sarep: "Adik buat apa ni?"
Banin 1: "Tengah buat gadget.."
Sarep: "Tapi ni duduk-duduk jer?"
Banin 1: "Memang tengah duduk, tengah tengok diorg potong buluh."
Banin 2: "Bagi semangat kat diorg, kalau diorg salah potong, kitorg tegur ar.."
Sarep: "aduh..(dalam hati dah berguling-guling)"
Sarep: "Weyh mirol, sume..jom ar kita gerak, duduk sini buat tambah dosa kutok diorg jer.."

Akhirnya kami bergerak ke tempat kami. Memang sengaja sampai ke tempat itu tidak mandi dulu, sebab nak bagi perasaan geram pada sungai tu membuak-buak. Hehehe..

4. Pergi makan kenduri. Sepanjang perjalanan. Dah sampai ke tempat kenduri, dah habis makan kenduri, dah jumpa pengantin, tak abis-abis kena bahan dengan diorg si Mirol, Asip, Amin..nasib baik Abu tak menyerlah. Hahaha!! Takpe korg....sabo jer la..

5. Makan-makan dgn family pulak..Makan masakan cina..sempena besday my father..hoho..memang kenyang..alhmdllh..berbaloi dapat belanja ayahnda.

6. Menghitung hari untuk program "Akademi Murobbi". Beberapa hari ni, seorang demi seorang menarik diri dari program tersebut. Aduh..kecewanya!! Dipilih dari mereka yang tersaring, tak dapat pergi pula. Apa boleh buat, dah ketentuanNya macam itu. Kita buat yang terbaik sahaja dan semata-mata untuk mencari redho Allah.

Cukup la setakat ni. Memang bermacam-macam perisitwa menarik yang saya lalui sepanjang minggu ini. Huhuhuhu..

Sunday, May 24, 2009

Tabahnya Guru Kita...

Alhamdulillah, selepas ditekan oleh ramai pihak yang menuntut agar saya memperbaharui entri untuk blog saya ini, maka inilah masanya saya dapat mengambil sedikit masa yang saya ada untuk menulis tentang sedikit pengalaman saya dalam dunia peperiksaan Bahasa Arab Tinggi.

Baru-baru ini, saya dengan semborononya, saya ingin menolong Guru Bahasa Arab saya, Ust Soleh bin Elias menanda Kertas Peperiksaan Bahasa Arab Tinggi Tingkatan 4, Kertas 1. Inilah pertama kali saya menanda kertas Bahasa Arab. Perasaan yang sangat seronok dan "tak-dapat-digambarkan" sangat membuak-buak. Mungkin disaat itu terasa ingin menjadi seorang guru, kerana itu perasaan-perasaan itu terbit.

Saya diberi bantuan skema jawaban sebagai panduan untuk membantu menanda kertas ini. Asalnya, jawapan-jawapan itu telah saya ketahui sebelum saya mula melihat skema jawaban tersebut. Mungkin kerana, bagi saya kertas bahasa Arab itu senang bagi saya? Tapi bila saya ingat kembali ketika saya berada di Tingkatan 4, memang soalan Bahasa Arab Tinggi susah. Tapi saya tak tahu kenapa saya sudah menjadi Pembantu Makmal melihat soalan-soalan tersebut, macam senang sahaja.

Lalu saya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja menanda kertas jawaban para pelajar Tingkatan 4 ***. Nama kelas dirahsiakan.

Mungkin apa yang saya buat itu salah kerana "itu bukan kerja saya" selaku seorang Pembantu Makmal sekolah. Kemudian saya mengambil kerja orang lain pula. Ia sememangnya terlarang dalam perkhidmatan di institusi seperti ini.

Tapi, apa yang ingin saya kongsikan daripada pengalaman yang julung-kalinya ini ialah; saya menyedari ketika menanda kertas jawaban mereka, akan terbit berbagai-bagai perasaan. Antaranya; lucu, sedih, geram, kecewa, dan macam-macam perasaan yang akan melalui benak hati saya yang sedang menanda kertas-kertas itu. Tapi bila dah melalui semua perasaan-perasaan itu, tiba-tiba, ada pula jawapan yang membuatkan kita gembira kerana pelajar ini dapat jawab dengan baik.

Memang benar kata seorang guru; "tak semestinya semua pelajar itu bagus dan begitu juga sebaliknya, apa yang penting, kita terus curahkan ilmu pada semua orang dengan adil".

Tatkala perasaan kecewa ketika menanda itu terbit, dalam benak hati saya terus berkata; "Ini baru seorang yang aku tanda, walhal guru-guru ini menanda beratus-ratus orang lagi". Bermacam ragam dan bermacam jawapan yang dijawabnya sebagai tanda itu usaha mereka sehabis daya memerah minda bagi menjawab soalan-soalan tersebut.

Ya Allah, sesungguhnya saya menjadi saksi kepada mereka yang masing-masingnya berusaha untuk buat yang terbaik dalam institusi ini. Terimalah amalan mereka baik yang memberi mahupun yang menerima ilmu itu ya Allah.

Di saat itu juga, saya bermonolog di dalam diri;
"Bagaimana agaknya ketika guru-guruku menanda kertas jawapan ku dulu? Dengan tulisanku yang buruk itu mengalahkan cakar ayam, mungkin cakar harimau agaknya. Hehe!! Bagaimana pula perasaan mereka ketika saya tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan sedang mereka telah mengajarkanku sebelum ini".

Di saat ini, para guru sedang berperang dengan kertas jawapan peperiksaan para pelajar ini. Penuh bergelimpangan kertas-kertas jawapan peperiksaan para pelajar menggunungi meja-meja para guru. Ada yang sudah mula pening akibat tulisan yang berbagai rupa untuk dibaca, ada pula yang sakit-sakit badannya kerana duduk statik dalam tempoh masa yang agak lama semata-mata untuk memeriksa kertas jawapan peperiksaan para pelajar.

Kalaulah saya terlepas peluang merasai pengalaman yang julung kalinya ini, mungkin saya tidak sedar akan nikmat ketabahan seorang guru itu. Saya juga terasa satu perasaan yang agak pilu untuk digambarkan. Oleh kerana ada pelajar yang telah menjawab dengan seusahanya, tapi pelajar itu tetap tidak berjaya memberikan jawapan terbaik dan begitu jugalah dengan markahnya. Maka saat itu, saya mula merasai perasaan kesian, sehingga berat hati untuk memangkah jawapan pelajar itu yang salah. Apatah lagi terasa berat hati bila memberi markah yang sedikit kepada pelajar tersebut.

Tetapi para guru dapat mengharunginya dengan tenang. Adakah mereka tak berperasaan? Bagi saya, mereka bukanlah tidak berperasaan. Tapi itulah profesionalnya mereka dalam kerjaya mereka ini. Kenapa mereka terpaksa juga memberikan markah yang sedikit kepada pelajar yang tidak dapat memberikan jawapan yang terbaik? Kerana mereka tahu paras keupayaan pelajar-pelajar mereka dan mereka perlulah melipat-kali-gandakan usaha mereka untuk memahamkan pelajar-pelajarnya itu.

Guru juga punya keluarga di rumah masing-masing. Punya anak kecil, punya isteri mahupun suami. Guru juga punya perasaan. Tapi mereka dapat menyusun dan mengatur perasaan dan tanggungjawab mereka selaras dengan amanah yang mereka pikul selagi mereka hidup.

Saya masih pelik sehingga hari ini, mengapa ada golongan yang membenci para guru ini? Adakah mereka yang membenci guru itu sudah merasai kehidupan seorang guru itu sehingga dia sanggup membenci gurunya itu? Adakah mereka percaya pada kemampuan dan keikhlasan para guru itu? Aduh..

Oh Tuhan, tidak mungkin ada orang yang dapat melalui semua itu melainkan mereka itu adalah guru-guru yang tabah. Rahmatilah mereka ya Allah. Ampunilah mereka ya Allah. Tabahkanlah hati mereka ya Allah. Biarkan mereka terus thaabat dalam dunia perguruan ini ya Allah. Amin..

Sememangnya inilah tugas yang suci. Inilah yang membuatkan saya juga ingin mencontohi mereka dan menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Insya Allah. Tahniah dan syabas buat guru-guru yang dikasihani Allah. Teruskan usaha kalian semua dengan berbagai mehnah yang melanda ini.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Anak-anak Al-Amin!!!




Seperti tajuk di atas, ingin ana tujukan kepada semua Anak-anak Al-Amin yang akan menduduki peperiksaan pada minggu depan. Buatlah sebaik-baiknya dalam peperiksaan kali ini. Buktikan anda boleh!!

Maka dengan ini, ingin juga saya mengepilkan selembar komik dari pelajar-pelajar oversea tentang exam. Harap dapat ambil pengajaran daripadanya.




Monday, May 11, 2009

Tips untuk kuasai Bahasa Arab???

Haaa..kali ini, seorang Pembantu Makmal ingin berkongsi tentang, macamana kita mahu kuasai bahasa Arab. Semua orang boleh amalkan dan semua orang boleh mencubanya sendiri jika dia benar-benar mahu mencapainya. Perkongsian saya kali ini, lebih saya tujukan khusus untuk para pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, yang sudah belajar bahasa Arab sejak dari sekolah rendah lagi. Tetapi kalau yang baru hendak berkenalan dengan bahasa Arab, juga boleh mengambil iktibar dari perkongsian saya kali ini.

Mula-mula, saya ingin menyatakan tentang kegelisahan ramai orang tentang masalah bahasa Arab. Ada orang mengatakan, "pelajar sekolah Al-Amin tahu bahasa Arab hanya pada ana, anta, anti, antum, banin, banat, syabab..itu sahaja!!??". Ada pula yang mengatakan bahawa pelajar Al-Amin tak gunakan bahasa Arab pada perbualan seharian, lebih menggunakan bahasa Pasar Melayu sahaja "aku-kau". Ada pula yang sudah rasa muak dengan bahasa Arab, kerana ia memang susah untuk difahami. Syarat untuk menyambung pelajaran di Al-Amin ialah mesti ambil Bahasa Arab Tinggi, jadi ramai yang mahu keluar dari sekolah ini kerana tidak sanggup mempelajari bahasa Arab lagi.

Biar saya mempromosikan kenapa para pengunjung perlu mencuba perkongsian saya ini. Untuk maklumat semua pengunjung, bahawa saya ini telah mula berkenalan dengan bahasa Arab sejak saya berumur 6 tahun lagi. Ketika saya tadika, diajar berkenalan dengan huruf hija'iyyah. Kalau orang Melayu sebut, huruf Jawi. Tapi kalau pergi ke Indonesia, mereka kata itu tulisan Melayu. Maka timbullah khilaf di antarabangsa kerana masing-masing ingin memuliakan serumpun dengan mereka.

Apabila meniti pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi, iaitu sistem pembelajaran sekolah rendah di Malaysia, saya diperkenalkan lagi dengan lebih dekat terhadap bahasa Arab. Ketika itulah belajar dengan ustaz-ustaz yang terlalu banyak memberikan motivasi dan dorongan untuk menyukai bahasa Arab dan seronok dengannya. Bagaimana???? Menyanyi......

Huwa..hummaa...hum...
Hiya..hummaa...hunna...
Anta..antuma..antum..
Anti..antuma..antunna...
Ana...nahnu...

Siapa agaknya tokoh tersebut? Ustaz Ali Hanafiah ler..ketika itu, sangat seronok..

Selepas itu, bila meniti usia meningkat tahap pembelajaran yang lebih tinggi lagi, iaitu UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam) di sekolah yang sama iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat. Ketika ini, saya lebih berminat dengan bahasa Arab kerana ada seorang ustaz di sana telah menunjukkan betapa berfungsinya bahasa Arab dengan; apabila kami bertilawah al-Quran dengan ustaz tersebut, pasti ustaz tersebut menafsirkan kepada kami menggunakan kaedah bahasa Arab yang kami sudah pelajari.

Contoh: al-Faaizuun, al-Mukminuun dan banyak lagi. Kalau terjumpa dengan ayat Arab yang bukan dalam keadaan mufrad(single), maka kita kena cari kata akarnya apa. Kerana itulah ustaz tersebut selalu masuk ke kelas kami dengan memaksa kami hafal banyak vokab bahasa Arab. Siapa yang dapat banyak hafal, maka diberi hadiah gula-gula "hacks". Hehehe..Ustaz tersebutlah namanya Ustaz Abdul Rahim Lakasauk dan Ustaz Abdul Hakam.

Tapi, walaupun kami dah meningkat dewasa, kami tetap diajar dengan cara menyanyi juga. Antara yang saya masih ingat lagi lirik lagu tersebut ialah:

Baiti..baiti..ahlal baiti..
aqdiy fihi..ajlama-watti..!!

Innal baiti jamiluun..fihi jam'un zahrun..
wa hubba jammahu..li-annaha jannati..

Kalau soalan karangan keluar tentang "rumah saya", apa lagi..tulis jer semua yang dihafal pasal "baiti" tu..hehehe..Kalau yang paling tak tahu nak tulis apa dalam karangan, dia tulisnya surah al-Fatihah, al-ikhlas, an-Naas dan hampir semua surah juz 'Amma..Hahahaha!! Ustaz cakap; "Asalkan jangan kosong kertas jawapan tu."

Kemudian, bila meningkat ke sekolah menengah pula bertambah dekat lagi saya mengenali bahasa Arab ini. Kalau dalam jadual, kami belajar bahasa Arab 2 kali satu hari. Fuuuhh!! Memang best!!! Mula-mula belajar bahasa Arab Komunikasi, kemudian kami belajar Feqah, 'Aqidah dan Akhlak dalam bahasa Arab. Tafsir, Seerah dan Hadith, guna buku yang dah diterjemahkan. Jadi, nasib baiklah kami tak belajar 3 subjek tu dalam bahasa Arab juga.

Guru-guru bahasa Arab kami dahulu;
ketika Tingkatan 1: Ustaz Zaki Mokhtar
ketika Tingkatan 2: Ustaz Muhammad Usman Abdullah
ketika Tingkatan 3: Ustaz Sayuti Sazali
ketika Tingkatan 4: Ustaz Soleh Alias
ketika Tingkatan 5: Ustaz Hafiz Idris

Inilah guru-guru yang memperkenalkan bahasa Arab kepada saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya memahami bahasa Arab, boleh membaca dan faham, boleh mendengar dan faham, boleh menulis serta membina ayat (sikit2), tapi cakap bahasa Arab, tak mahir sangat. Tidak mustahil seorang pembantu Makmal pun boleh memahami Bahasa Arab. Tidak mustahil seorang pilot kapal terbang pun boleh bertutur bahasa Arab nanti. Tidak mustahil seorang peguam juga boleh bertutur dalam mahkamah, (tapi tak boleh di Malaysia kerana ia menghina mahkamah..hehe). Tidak mustahil seorang petani juga boleh bertutur bahasa Arab. Tidak mustahil seorang doktor pun boleh bertutur bahasa Arab. Maka, cintailah bahasa Syurga ini..!!!

Jadi....Apakah tipsnya untuk menguasai Bahasa Arab ini???????

1. Jangan lupa guru bahasa Arab anda....Terus mendoakan mereka kerana merekalah orang yang mengembangkan bahasa al-Quran ini sehinggalah kita juga mengetahui tentangnya juga.

2. Jangan lupa berterima kasih kepada guru-guru bahasa Arab. Kerana pada itulah terdapat keberkatannya. Anda boleh lihat ya nanti, apabila anda sudah mendapat keputusan SPM mahupun PMR, antara guru yang anda akan berdamping dan mengucapkan terima kasih, kebanyakkannya adalah guru-guru Sains ataupun guru-guru yang best cara pengajarannya. Lebih membuatkan kekurangan keberkatan apa yang anda belajar jika mereka ini (guru bahasa Arab) terguris hati melihatkan kebanyakkan para pelajarnya lebih mengerumuni guru-guru selain mereka. Berterima kasihlah dengan seikhlas-ikhlasnya. Senangkanlah hati mereka dengan memudahkan urusan mereka dalam pengajaran atau apa-apa pun urusan mereka, sama ada tolong angkatkan radio ker (ust soleh jer ni)..angkatkan buku ker..angkatkan laptop ker..

3. Cuba praktiskan walaupun sedikit. Sama ada anda terus membeli surat khabar bahasa Arab atau buku bahasa Arab ataupun anda duduk bersama-sama dengan orang-orang Arab dan bertutur dengan mereka. Insya Allah anda akan biasa lama-kelamaan.

4. Tips ini yang paling penting. Tolong jangan membenci Bahasa Arab!!!!! Jika anda membencinya. Selamanya anda memang tidak akan fahamnya walau sedikit pun.

5. Selamat mencuba dan berusaha untuk melakukan tips-tips yang saya kongsikan ini.

Renung-renungkan...dan selamat beramal...

Sunday, May 10, 2009

Kena Pakai Cermin Mata Balik????

Aduuh..sekali lagi saya diminta untuk bercermin mata yang tidaklah special mana pun, cuma ia untuk kebaikkan masa akan datang, kata doktor neurologi saya. Sebelum ini memang pernah pakai cermin mata, ketika di tingkatan 4 dan 5. Kemudian ketika di tahun pertama dan kedua di Kolej. Kemudian ketika mula bekerja di SMIAAG sebagai kerani.

Selepas itu, saya tidak lagi memakai cermin mata kerana pecah akibat terduduk atasnya. Hehehe.. Jelas terbukti dalam teori Newton bahawa, lebih banyak berat, maka lebih tinggi daya tarikan graviti, maka lebih tinggi daya mampatan pada cermin mata itu. (HAHAHAHA!!)

Kemudian, apabila membuat check-up rutin dengan doktor neurologi (setiap tahun sekali), dia tetap nasihatkan untuk saya memakai cermin mata.

Apa Kena-ngena Neurologi dengan Cermin Mata?

Haaa...panjang ceritanya. Macam merepek, tapi ianya realiti. Dahulu, saya seorang pelajar yang nakal. Tanyalah pada semua guru yang pernah mengajarkan saya tentang kenakalan saya ini. Siapa tak mengenali kenalan saya. Untuk menguatkan bukti lagi, tanyalah junior-junior saya. Siapa yang tak terlepas dengan pembulian saya kepada mereka. Pasti semuanya tak terselamat dibuli saya ini..Hehe..Nakal kan? (hahahaha!!! Mankie mesti teringat dia kena dulu macamana)

Mungkin akibat kenakalan saya ini, Allah menimpakan sakit ke atas saya agar saya beringat, bukan saya seorang sahaja yang besar di dunia ini. Saya dahulu pernah dimasukkan ke wad ICU akibat migrain yang sangat teruk kerana terlalu banyak memikirkan masalah umat (cewah!!poyo jer..padahal xleh jwb soalan add math ust hasni..haha!!)

Oleh kerana masalah migrain ini, berlaku sedikit gangguan pd sistem saraf saya, terutamanya di bahagian titik saraf nombor 2 (kalau tak silap) iaitu bahagian penglihatan. Saya tidak ada masalah rabun langsung. Tapi jika terlalu silau, mata saya akan terlalu terang macam byakugan sehingga tidak nampak apa-apa. Barulah saya faham istilah "akibat mata yang dilimpahi cahaya yang terlalu terang benderang juga mampu membutakan kita dalam memilih jalan dan mengharungi sepanjang perjalanan". Istilah tersebut dipetik dari buku "Tersungkur di Pintu Syurga".

Maka agak kekok juga untuk saya kembali memakai cermin mata yang agak merimaskan buat masa ini. Nasib baik Hospital tu support belikan cermin mata ni, kalau tak, ntah berapa bayarannya agaknya.

Alhamdulillah, saya merasakan, setiap sesuatu, pasti ada hikmahnya. Mungkin ada sebabnya saya kembali memakai cermin mata, tapi saya pun tak tahu sehingga saat ini. Apa yang pasti, cermin mata ini benar-benar dapat membantu saya dalam berjalan di hari yang terik. Maka dapatlah saya meredah dunia yang semakin terik ini dengan cermin mata ini. Panas terik ini pun tidak dapat menghalang saya melata di seluruh alam ini.!

Monday, May 4, 2009

Apabila pelopor GaKeBo mengisytiharkan pembubarannya!!!!

Assalamualaikum wrhmtllh wbrkth..

Sekali lagi blog yang akan ditulis kali ini bergenre merepek..hehehe..saya memohon maaf terlebih dahulu kepada para pengunjung yang setia ke blog ini kerana apa yang bakal anda baca pada blog saya kali ini adalah sesuatu yang agak merepek..

Sebelum saya memulakan satu luahan yang sangat gembira ini, saya ingin mengajak para pengunjung blog ini untuk baca tulisan pada link ini http://bicaraalbarq.blogspot.com/2009/05/saya-mengalah.html sebagai bukti apa yang bakal saya tuliskan ini.

Secara kronologinya tentang perkembangan Gerakan Kepala Botak (GeKeBo) ini telah diilhamkan oleh Muhammads yang telah membuka minda ramai pengunjung blognya tentang persoalan "kepala botak". Perkembangan perbahasan tentang kepala botak ini lebih rancak lagi apabila diketengahkan persoalan Ketua Umum yang berkepala botak. Heh! Penulisan ini seolah-olah seperti Voltaire bagi para pendokong Revolusi Perancis. (hahahaha!!)

Selepas pendedahan itu, maka lebih jelas lagi pada orang ramai bahawa mereka ini telah bertindak secara sulit lagi halus sehingga mereka inilah yang menduduki barisan kepimpinan penting di sekolah ini. Maka seorang demi seorang para pemuka GeKeBo telah dikantoikan iaitu Pengarah Tamrin T4 '09, Pengarah Ujicekap '09, Pengarah Wafdul Amin '08, Ketua Biro Surau '09, Ketua Rumah Al-Fatah '09, Setiausaha Pengawas '09, dan ramai lagi.

Tetapi alhamdulillah, kerana ramai diantara mereka telah sedar akan kelemahan gerakan ini dan insaf untuk kembali kepada fitrah. Usaha-usaha untuk menyedarkan mereka terus dijalankan dengan giatnya. Penulisan demi penulisan sebagai usaha untuk menyedarkan mereka agar kembali kepada perjuangan fitrah. Pejuang yang berusaha keras ini sentiasa ditentang oleh pelopor GeKeBo ini iaitu al-Barq. Sentiasa sahaja berlaku pertentangan yang sengit. Setiap kali si pejuang yang berusaha keras ini menulis, pasti al-Barq akan mencelah untuk melemahkan penulisan itu.

Walhal, seorang demi seorang pemuka-pemuka GeKeBo ini telah kembali kepada fitrah. Mereka pun sedar bahawa, perjuangan mereka tak berkekalan kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan selamanya botak. Maka di fasa-fasa kejatuhan GeKeBo ini, orang ramai tidak lagi menerima ketaksuban perjuang pelopor ini. Samalah GeKebo ini jatuh seperti tamadun-tamadun dan kerajaan-kerajaan yang pernah ada di dunia ini. Mereka tumbang tewas kerana salah satu faktornya ialah, mereka tiada lagi sokongan. Revolusi Perancis juga seperti begitu, pada awal fasa kebangkitan revolusi ini sangatlah rancak, tetapi akhirnya, revolusi dikhianati oleh orang mereka sendiri kerana ia tidak relevan lagi. Maka ramai orang tidak lagi menyokong perjuangan.

Inilah kata-kata pelopor GeKeBo ketika mengisytiharkan pembubarannya yang menyedari faktor kekalahannya:
"Hakikatnya sukar ditelan namun begitu, terpaksa menerimanya juga. Aku sedar bahawa terdapat duri dalam daging dalam perjuangan GeKeBo yang telah membawa kepada masalah perpaduan. Oleh sebab itu langkah yang terbaik adalah untuk membubarkan terus perjuangan ini."

Maka tatkala pengumuman ini diumumkan, seluruh dunia menyambutnya dengan girang gembira, sinar mentari pagi menyuluh dengan indahnya dicelah-celah awanan emas, burung-burung berkicau girang, dedaun gugur bagaikan bunga sakura gugur umpama meraikan kepulangan para pejuang dari medan perang, ramai orang bersorakkan gembira meraikan kejayaan ini. Tiada lagi guruh guntur mahupun petir sambar-menyambar di langit biru ini. Tidak dapat digambarkan lagi kegembiraan atas kejayaan ini. Indahnya suasana ini. Setelah diakui yang mana yang hak dan mana yang batil, maka itulah kejayaan yang dibanggakan dengan harga yang mahal kami korbankan.

Kami beramai-ramai bertasbih mengagungkan Allah Taala serta bertahmid atas kurniaan yang Allah limpahkan kepada kami ini. Kami juga memohon ampunan atas segala ketelanjuran kami bahkan kami juga memohon ampun bagi mereka yang berada dalam kebatilan.

Maka tercatatlah sejarah di bumi Al-Amin ini akan tewasnya gerakkan rahsia ini. Biarlah ia menjadi lagenda sekalipun, kerana zaman gemilang mereka sudah berlalu pergi. Segala benda (kepala botak) yang masih kekal sehigga hari ini hanyalah tinggal memorial atau tugu peringatan sahaja. Itulah yang akan menceritakan kepada generasi kita yang akan datang tentang semangat perjuangan mereka. Lepas ni memang boleh masuk laman blog "Salam Sejarah" ler..

Inilah kisah pengakhiran perjuangan yang tiada ertinya! Ambillah hal ini sebagai pengajaran untuk kita semua agar kita mengambil iktibar bersama.



(hahahahahaha!!!!syok sendiri menaip dengan girangnya!!!!tribute to al-Barq..hahahaha!!)