Monday, June 22, 2009

Merudumkah Akhlak mereka???

Selepas membaca entri ini http://almuna.blogspot.com/2009/06/merudumkah-akhlak-mereka.html, terasa ingin juga memberi komentar melalui penulisan kali ini di dalam enrti saya pula.

Bagi saya, tentang hal ini, banyak faktornya. Tapi persoalan diketengahkan adalah; benarkah Akhlak mereka merudum? Dengan bukti-bukti serta fakta yang dibawa oleh penulis blog itu, ternyata ia dapat memberikan jawaban terus kepada persoalan itu. Sungguh ia benar-benar memeranjatkan saya, tapi saya tidak pernah rasa kejanggalan serta pelik melihat hal ini kerana ia juga berlaku di hadapan mata saya.

Maka tidak perlulah pula mengemukakan bukti-bukti dari pihak saya pula. Sedangkan ia akan lebih memburukkan imej sekolah ini pula nanti jika dibaca orang yang bukan ahli. Sudah terjawab persoalan yang pertama; iaitu memang benar terdapat penurunan paras Indeks Pengamalan Akhlak (IPA) di kalangan para pelajar Al-Amin.

Hal ini membawa kita kepada persoalan seterusnya. Mengapa hal ini terjadi? Siapakah yang terlibat dalam hal ini? Ataupun siapakah yang patut ditunding jari padanya tentang masalah ini? Sejak bilakah hal ini mula meruncing? Dan, bagaimanakah cara mengatasi masalah ini?

Soalan-soalan ini memang soalan yang sangat sensitif. Bagi saya jika saya mendengarnya, saya sangat terasa bahawa diri saya ini terpanggil kepada hal tersebut. Bukanlah saya menulis enrti ini untuk menyalahkan sesiapa. Tetapi hal ini patut diambil berat bersama-sama oleh semua warga Al-Amin khususnya dan para pencinta Dakwah ila Allah secara umumnya.

Bagi saya, ini juga menjadikan cabaran kepada diri saya sendiri untuk bertindak melakukan sesuatu. Ya, mungkin saya tidak dapat mengubah semuanya dalam masa yang sangat cepat. Saya yakin, guru-guru berhempas pulas, memerah keringat, memeras buah fikiran, untuk cuba menyelesaikan masalah ini. Bukan mereka sahaja, malah tetap ada dikalangan warga Al-Amin juga memikirkan tentang hal ini, dengan cara apakah dapat ia selesaikan.

Bermacam-macam program tarbawi yang diadakan untuk warga Al-Amin. Dengan usrahnya, daurohnya, tamrinnya, Mukhoyyamnya, kursus-kursus, perkhemahannya. Adakah semua itu tidak memberikan apa-apa natijah (hasil) kepada peserta yang terdiri daripada kalangan pemuda Al-Amin?

Mungkin kita banyak membincangkan tentang persoalan-persoalan secara teknikalnya. Cuba menyelesaikan masalah secara teknikal. Maka terbitlah bermacam-macam idea untuk selesaikan masalah ini. Antaranya membuat penapisan sebelum masuk, buang pelajar bermasalah, kuatkuasakan undang-undang yang lebih tegas, menyalahkan badan berkanun dan bermacam-macam lagi. Semua itu mungkin boleh dilaksanakan, tapi, benar-benar fahamkan situasi semua pihak?

Saya ingin mengajak para pembaca khususnya warga Al-Amin berfikir sejenak tentang beberapa isu penting dalam membincangkan hal ini; apa tujuan Al-Amin ini ditubuhkan? Siapa yang terlibat dalam penubuhan Al-Amin ini? Apa yang mereka buat pada anak-anak yang dihantar ke Al-Amin ini?

Sudah pastilah mereka yang menubuhkan, yang membina dan yang berusaha untuk menjadikan Pusat Pendidikan Islam Al-Amin ini realiti adalah orang-orang yang mencari redho Allah. Mereka tubuhkannya kerana ingin dapatkan Redho Tuhannya. Dan mereka tanamkan pada anak-anak yang dihantarkan ke Al-Amin ini adalah pendidikan-pendidikan untuk mendapat redho Illahi.

Kalau kita tersimpang jauh dari perkara-perkara ini, jom kita sama-sama kembali kepada asas kita sebagai umat Islam yang sedang menuntut ilmu, yang berkerja, atau apa pun amal kita..mencari Redho Allah. Berdoalah agar kita terus tabah melalui manusia-manusia yang menjadi cabaran kepada kita. Terus kekal dalam jalan yang serba mencabar.

Jika kita mahukan suasana bi'ah soleha, suasana Islam yang harmonis itu, maka tanamlah Islam itu dalam hati sanubari anda semua. Secara automatik, kita akan mengamalkan kemurnian Islam itu dalam kehidupan kita. Selepas itu, kita mengajak individu-individu lain juga untuk lakukan perkara sama, iaitu; cari Redho Allah dengan pengamalan Islam itu sendiri. Kalau semua orang dapat buat. Insya Allah. Sungguh Allah menjanjikan kemenangan pada Islam. Ketika itu kalian akan melihat ramai manusia berbondong-bondong memasuki Al-Amin ini yang mahukan pendidikan Islam ini. Maka, jangan kita lupa ketika itu untuk bertasbih, memuji lagi bersyukur akan nikmat yang Allah berikan. Dan mohon ampunan kepada Allah agar ketelanjuran kita yang terlepas pandang selama ini ada silapnya.

Walaupun arus kemodenan telah generasi hari ini rasai. Tak bermakna kita tidak dapat mulakan apa yang generasi awal lakukan sebelum ini. Kemodenan adalah alat untuk kita mencapai matlamat kita. Bahkan ia memudahkan kita dalam urusan kita nanti. Akhlak merudum atau tidak. Kita perlu melakukan sesuatu yang berkesan berpanjangan dengan komitmen bersama-sama dari segenap masyarakat kita hatta dia seorang pembantu makmal sekali pun. Ayuh bersama membina Islam dari diri sendiri dengan Tarbiyah dan Dakwah..!!!

6 comments:

-Amin HaR- said...

hrm, sedangkan nk post di blog pon adalah bertujuan nkkan keredhoan Allah..
Jadi, sepertinya kelihatan manusia yang berbondong2, uh~
mcm surah al-Nasr je...
haha..al-amin..ya
al-Amin tu pengajian Ad-Deen!!

Khalilah Alhuda said...

salam..seblm tgn terus mnaip..
MINTA MAAF terlebih dahulu..
kerana ana 'pernah' menjadi pengkritik tegar terhadap bdn andalus..xla tegar.
(wow, bunyi mcm dahsyat)
tp, dah insaf.. ;D

lihat apa yg ex-pengkritik tegar ini pernah kritik ( smoga dapat ambil iktibar) :

a) ahli2 andalus sendiri xkomited dalam tugas dakwah.. berapa ketul je yg nampak..masalahnya, xramai yg nk buat kerja dakwah tp, bila sedikit yg nak buat plak xmujahadah...xistiqamah.. mungkin dlm pemikiran mereka, tugas dakwah ni didorong oleh 2 perkara.
1) persekitaran yg dah teruk.
2) kewajipan berdakwah 2 sendiri.
kalau sekadar TAHU, tp belum benar2 MAHU, ada sikit susah.. perasaan nk berdakwah 2 (yg kt ats 2) dtg dari dorongn 'luaran' bukan 'dalaman' pendakwah sendiri..

betulkan HATI kembali mungkin??

b)program andalus (rasanya prog syabab juga).. xada tindakan susulan..buat brainwash, tuntut dan tagih kata janji, tp xperinci samada janji itu dikota atau mainan mulut..
peserta program insaf seketika je.. sakit tekak AJK jerit2 nangis2,marah2,tak tdur mlm, rancang utk tnmkan kesedaran, tp, kesedaran yg nk dtimbulkn xdisiram..xdibaja..xdijaga.. akhirnya 'layu' dan 'mati' kesedaran dan keinsafan dalam hati..

c) ahli andalus 'nampak' macm tdak berperanan.. kita xperlu tuntut kesempurnaan, tp rasa amanah dan tggjwab.. jgn marah org, bila kita ckp andalus (ahli) hny pada nama, bila sendiri xlaksanakn amanh.
bila program andalus (cth : mukhayyam 09) utk org terpilih sahaja, orgnya..(bkn semua) alahai..
sedih bila tau, nk tidur ni, iktikaf dlm masjid lg,
sempat lagi (bkl pendakwah) mengirim sms mengucap kata rindu ucap slmt malam pd si 'dia'.. i miss u dsbgnya..

terdetik dlm hati.. "inikah bkl pendakwah??""ini bakal 'role model' sekolah??"

tersentak.tertunduk. tak terkata.

wowowo..melebih2 plak2.. cukuplah utk itu dulu.. maaf lagi skali..

(bisa di'delete' saja ini komen klu xberfaedah)

astaghfirullah..
sekian, wasalam.

mas syarep said...

to ~KhalilahAlhudaKamilen~..hehe..ana takkan delete..sbb ana xtau mcmane nk delete comment org ni..ahahaha..mula2 nk takjub jap..waahh!!mmg pengkritik berbakat ni..sgt bagus ade pengkritik gak..tp hrp diluahkan kritikan tu pd saluran..klo tak..sampai bila kami tak berkembang2..

psl mukhoyyam tu..ana pun xsangka plak ada org mcmtu..kami dh cuba sedaya untuk menapis buat pilihan peserta..tp ada jugak yg jd mcmtu..ana hrp org2 mcm nti yg tau atau kenal org2 yg berlaku mcmni..do something..sbb tu kami panggil ke prgm ni..bkn sekadar terduduk tak terkata..seperti disentak org..

dan satu lagi..prgm mukhoyyam tu bkn prgm andalus..tu prgm skola..hehe..

psl masalah2 dlm prgm2 andalus tu..ana pun kesal..tp apa yg ana tau..zmn ana..xde berlaku pun mcmtu..klo ade pun..tu pun sbb mmg difikirkan perlu dilakukan krn masalah keadaan..

sehingga hari ini ana masih mencuba untuk mengubah mana yg mampu..siapa jelah ana nk ubah semua benda..

psl prgm andalus mcm prgm syabab..
heh..mcm lucu plak..
ana boleh kemukakan segala bukti2 dan data2 knapa dia boleh jd mcmni..
tp ana xkn nyatakan untuk pengetahuan umum..
sbb ia mungkin akan menghentam beberapa individu..
jadi utk mengelakkan kemudhoratan dan menghampiri drpd fitnah..ana xnk bncng benda ni sedang ana ada jwpnnya..ana redho dan maafkan ttg hal ni krn nti xmengetahui..

ttg ahli andalus..hmm..nk buat mcmane lg?bkn senang nk cr kualiti2 yg komited..so..misal kata ana pilih nti jd andalus..nti ada berapa jawatan plak?ape org pandang plak pd org yg ada jawatan..
"laa..lps dia..dia..lps dia..dia lagi??"
kat alamin ni ramai pelajar2 yg baik..tp..tak dominan..tak kedepan..mcmana nk dpt yg berkualiti..???

ana pun minta maaf la atas apa yg berlaku dan kena plak masalah yg ditimbulkan nti mmg boleh dikaitkan dgn ana..insya Allah ana sebaik mungkin mencuba mana yg ana terdaya..ana hrp..apa yg ana buat ni..hanyalah semata2 nk cr keredhoan Allah Taala..mcm kata amin..tulis blog ni pun kne cr keredhoan Allah..thnx amin..

~al-Barq~ said...

xleh jd ni amin dah komen ......... mungkin tidak berape panjang tapi harap diterima sahaja ...... tentang akhlak ni memang payah siket kerana byk sgt faktor mempengaruhinya ....... walauapapun kita tidak mampu mengubah manusia ...... hanya Allah saja yg mampu mengubah manusia itupun kalau manusia tu sendiri nak berubah ........ jd yang kita mampu buat adalah teruskan dan buat sahaja apa yang dah sedia ada ......... terpulang kepada mereka unutk menerimanya, itu kita x fokuskan sgt kerana yang kita nak sebenarnya Allah yang menerima usaha kita ..... itu sahaja kot, mungkin bunyi cam merapu sket tp saja nak cakap ..... wallahualam

Asif said...

salam mas syarep. kabarin? waras? pasal NC and bakal NC tu, apply je law yg kta bncg di sungai haritu..

Quality over quantity.

Bila nk g mandi lg?

mas syarep said...

~al-Barq~..nk memahamkn org laen yg kite buat kerja tu la yg susah..org asik dok kata tak buat kerja jer..tp ape yg pasti..kita tau kita buat kerja..so truskn buat kerja..

Karim D'Pure..xleh nk apply mcmtu jer..kena ada kajian yg lbh mendalam lg..pasti jln2 utk dptkn quality tu..ada byk jln..tp mne yg sesuai tu..kena study lbh skit..