Wednesday, November 4, 2009

Blog..Keperluan atau Sampingan???

Assalamu'alaikum.. Ya Allah, lamanya tidak memperbaharui bahan-bahan penulisan di dalam blog kali ini. Apabila ramai yang bertanya kepada saya;"Kenapa tak update blog?". Saya hanya mampu menjawab;"tak sempat, sibuk sedikit, feel tak datang lagi," dan sebagainya. Tiba-tiba ada yang memberi respon daripada jawapan saya itu tadi, kata mereka; "ahh!! itu semua alasan, tak ada idea la tuu, sengaja tak nak kongsi ilmu" dan sebagainya.

Ketika itu, saya berfikir sejenak sebab saya memiliki blog itu sendiri. Adakah blog ini adalah keperluan yang membuatkan timbul keharusan dalam memilikinya serta mengupdatenya? Atau ia cuma sekadar medan untuk menulis semata-mata, melahirkan idea-idea yang tersemat di kepala ini, dan sekadar mengisi masa lapang? Atau adakah blog ini dimiliki adalah kerana menjadi adat untuk mengikut trend masa kini, yang mana jika semua orang memiliki blog, maka dia juga mengikut trend untuk memiliki blog juga?

Seandainya blog ini diwujudkan adalah atas dasar keperluan, maka seharusnya seseorang itu hidup matinya, baring bangunnya, makan minumnya juga dengan blog. Sekiranya tidak berblog, boleh datang hukumnya dosa pada dirinya.

Tapi sekiranya itu sekadar sampingan, menjadikan blog ini sebagai alat untuk mencapai ahdaf atau sebarang objektif. Maka setiap kali ia digunakan sebagai alat untuk mencapai perkara yang baik, turunlah kepadanya satu imbuhan kebaikan baginya atas apa yang dilakukannya.

(pergh..ayat macam dalam kitab Bulughul Maram pulak..hehe)

Anda pula bagaimana???

3 comments:

Isyraf Imrani said...

Ana po xtau ana jadikan blog ana sebagai ape, nak kata sampingan tidak, nak kata keperluan pon tidak juga

mas syarep said...

so..
cari masa untuk mengenali erti sebenar ye..
tips nya....

cuba tgk sungai....
agaknya..kenapa air di sungai tu..terus mengalir..?????

Anonymous said...

betul jugak.teringat pesanan sorg brader ni.letak matlamat dalam berblog ni penting.kalo sekadar untuk suka2, untuk hobi, untuk buat diari ke ape ke jadah lah, it's fine.sekali-sekala dia malas nak update ok je.tapi kalo niat dia untuk dakwah, to remind people, kenapa biar blog terbengkalai 2-3 bulan even setaun?sedangkan kerja2 tu kena bterusan.momentumnya mesti kekal.thnx coz ingatkan benda buat kali ke-2.