Kali ini, tiba-tiba mahu menulis benda yang mungkin macam merepek..Hahahaha!! Mungkin setelah membaca pada link ini http://muhammads3x.blogspot.com/2009/04/kepala-botak.html. Saya juga ingin memberi respon tentang subjek yang mahu dibincangkan. Hehehe.. Segala apa yang bakal anda baca ini, hanyalah gurauan semata-mata dan mungkin juga terlalu banyak merepeknya. Harap maaf atas segala ketelanjuran tersebut.
Apa pendapat anda terhadap kepala botak?
Sudah pasti saya amat geli hati melihat mereka yang dulunya bergaya dengan fesyen rambutnya, tiba-tiba bila berjumpa, kepalanya botak pula. Ramai orang kata kepala botak itu memudahkan belajar. Benarkah fakta tersebut? Mungkin juga, kerana kalau kepada ada banyak sangat rambut dan kemudian serabut pula, maka rambut-rambut itu telah menjadi penghalang untuk ilmu masuk ke kepala, kerana itulah ramai para pelajar membotakkan kepala mereka dengan alasan ini. Tapi, bagaimana pula kalau bukan para pelajar yang membotakkan kepala mereka? Seperti guru, ataupun pembantu makmal sekalipun? Ataupun para pekerja yang berada di luar sana? Mungkin mereka pula berpendapat, dengan membotakkkan kepala mereka, masalah-masalah yang dibebani mereka sewaktu bekerja tidak akan menjadi beban mereka untuk menguruskan rambut. Hehehe..
Adakah sekolah membenarkan pelajarnya botak?
Kalau mengikut peraturan, yang tidak boleh ialah jika tahap botak itu adalah ditahap botak yang sangat licin. Sehingga mampu memantulkan cahaya lalu menyilaukan para gurunya yang mengajar di depan. Sepatutnya pihak sekolah harus menggalakkan pelajarnya botak kerana fakta yang ditemui tentang kepala botak lebih mudah untuk belajar. Hehehe..bagi saya, fakta ini akan lebih dikuatkan apabila keputusan peperiksaan penggal pertama keluar. Kita akan lihat keputusan peperiksaan mereka yang botak ini. Hehehehe..
Kenapa Ketua Pelajar "kepala botak"?
Mungkin Ketua Pelajar membotakkan kepalanya kerana terlalu banyak masalah pelajar yang telah menyerabutkan rambutnya. Serta tidak sempatnya untuk beliau menguruskan rambutnya kerana terlalu banyak perkara penting yang dia perlu siapkan seperti kerja rumah, PEKA, belajar juga laporan Ketua Pelajar. Jadi dia tiada masa untuk menyikat rambut. Maka dia pun mengambil keputusan untuk membotakkan kepala. Ini semua, hanyalah KEMUNGKINAN. Hehehe..
Tidakkah anda mahu mencontohi "Ketua Pelajar"?
Saya lebih berminat untuk mencontohi akhlaknya bukan kepala botaknya. Kerana kepala botaknya membuatkan mimik mukanya serta keterampilannya lebih garang lagi menakutkan. Hahahahaha!! Dengan matanya yang tak berapa besar, halus rambutnya tumbuh di atas kepalanya, mukanya yang selalu "ketat", jarang sekali melihat senyumannya terbit dari alis mulutnya yang berada di bawah kepala botaknya itu. Mungkin dia punya gaya tersendiri. Maka dia berhak atas dirinya sendiri. Mungkin sebenarnya Ketua Pelajar kita sangat menyanjungi tokoh yang dia kagumi, maka dia pun membotakkan kepalanya. Siapakah tokoh itu? Pemimpin no.1 di Sekolah kita. Siapa lagi? Hehehe..(Gurauan semata-mata, tak berniat nak memburukkan sesiapa)
Kenapa anda tidak suka kepala botak?
Kenapa anda suka kepala botak?
Saya tidak suka kepala botak!!! Kerana ia membuatkan kepala saya terlalu panas. Hahahaha!! Saya tidak mahu menebang setiap helai rambut yang berada di rambut saya kerana rambut dapat menghalang keterikkan panas matahari, malah ia juga dapat memberikan tempat teduhan kepada kulit-kulit kepala daripada ia menjadi gersang merekah serta kutu-kutu rambut dan berteduh di bawahnya. Hahahahaha!!!
Bagi saya, secara keseluruhannya tentang kepala botak di sekolah kita ini, sangat membahayakan. Kerana para pemuka-pemuka kepala botak telah mendominasi di bumi kita yang tercinta ini.!! Apakah kita mahu melihat warga kita semuanya dipengaruhi membotakkan kepala mereka!!! Inilah satu rancangan halus Gerakan Kepala Botak (GeKeBo) yang mempengaruhi kita agar menebang rambut-rambut kita.
Lihatlah, Ketua Pelajar sekolah kita adalah kepala botal, Pengarah program Tamrin t4 2009 pun kepala botak, Pengarah Uji Cekap 2009 pun kepala botak, Pengarah Wafdul Amin 2008 pun kepala botak, Ketua Sukan 2009 dalam organisasi Pelajar juga kepala botak, Setiausaha Pengawas 2009 juga kepala botak. Inilah bukti agung yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar hendak mendominasi sekolah kita!!!!(hahahahahahah..dah berguling2 ar sambil type bende ni)
Wahai Warga Al-Amin yang dicintai, sesungguhnya, akan tibanya hari yang menggembirakan kita semua, di mana, dominasi para pemuka kepala botak akan tamat tidak lama lagi.!!!
Maka bangkitlah kita semua untuk bersiap sedia menghadapi detiknya itu. Berbaris menyiapkan diri kita untuk hari tersebut. Kita pula yang akan mengisi segala kekosongan mereka itu nanti. Bersedia dengan hati yang tabah. Itulah hari yang di mana mereka semua akan dibekukan. Tidak akan ada lagi pendominasi daripada para pemuka kepala botak!!hahahahahaha!!!
p/s: Wahai mereka yang berkepala botak. Jangan kecil hati. Kerana tulisan ini, hanyalah bentuk gurauan semata-mata..hahahaha!!
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
AHHHH
WHAHAAHHAHAHAHAHA
x leh nk komen skrg, tgh berguling2 gelak! wahaahahahahha
wahai para GeKeBo sekalian bangkitlah! Gunakanlah kepalamu! Silaukanlah mata2
"musuhmu"!!! Bangkitlah sebelum terlambat...sebelum kita dibekukan.
(seruan daripada pengarah tamrin tingkatan 4 '09)
Akan datang satu masa dimana kamu akan dikepung dan mata2 mu akan disilaukan.....
Jawab mereka yang berambut: adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?
Tidak! bahkan kamu sebenarnya lebih banyak. Tetapi kamu tidak mempunyai satu kebolehan.
Kebolehan apakah itu??
Iaitu kebolehan memantulkan cahaya matahari menggunakan kepala. Maka mata2mu akan terus disilaukan oleh mereka.
WAHAHAHAHAHAHAHA (waktu tgh type bnd ni tgh tahan sakit perut)
BWAHAHAHAHAHA!!
Jikalau ada yang 'putih' di 'atas'..
ada yang degil tetap 'hitam' di 'atas'...
Maka, Terbitlah cahaya2 memancar kilauan menerangi alam dari 'atas' juga!!!
Majulah GeKeBo utk Negara...
(saya berguling ats kerusi aja)
Wahai ahlul GeKeBo..sedarlah kalian bahwa kalian tidak akan selamanya botak!!!
Akan tiba masanya nanti, rambut-rambut kalian tidak lagi dapat akan tumbuh bercambah-cambah. Setiap cambahnya akan keluar 7 cambahan lagi.
Antum ni..sptmana yg telah diberitahu oleh tok syeikh ana..dia kata:
"Sentiasa akan ada sekelompok dari warga kita yang sentiasa berjuang bersama2 orang botak dan menyilaukan musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga sekolah membekukan mereka.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab tok syeikh;” Di sekolah al-amin dan sekitarnya”
hahaha..mmg xtahan ar korg bg komen ni..
effect sampai bawak ke sekola tu..hahahahaha!!!
(abes makmal kena gulingan ana..hahahaha)
wahai golongan2 penentang GeKeBo!!!! Kamu tidak akan sekali2 dapat menumbangkan kami. Apabila tumbuhnya rambut kami maka selagi wujudnya gunting, selagi wujudnya alat pencukur, selagi wujudnya mesin pemotong rambut akan kami gunakan untuk membotakkan kembali kepala kami. Kamu fikir kami akan tewas apabila dibekukan. Tidak sekali2!!! Bahkan kami akan bertambah kuat dan mata2 kalian akan kami silaukan!!!
WAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA!!!!!!
......
BWAHAHAHAHAHAHA
Menyilaukan guru dengan kekilatannya! Memimpin AA ke arah botak! GeKeBo!!!!
=P
hahahaha
eh kilat, x der erti GeKeBo hakikatnya,
hahahaha
nk bagi nmpk garang bukanlah misi utama kebotakanku tp ada objektif lain hahahahah siiir
jenis2 botak yg ditentang oleh pihak berkuasa sekolah ialah botak yang licin (tanpa sehelai rambut pun di kepalanya)..krn itu botak spt ini difatwakan haram bagi mereka yang ingin mengamalkannya di sekolah ini..krn..mampu menyilaukan guru2 yg mengajar anda..
jadi krn itu..amat dituntut utk anda semua menjauhi drpd amalan yg terlarang ini..
kami tidak mahu menentang anda..krn seruan kami jelas mengajar anda sume ke arah harapan yg menyelamatkan..hehehe..
to .-rashid-. : trusknlah dgn misi anda..klo itu bagi kamu lbh baik dari dunia dan segala seisinya..atau ianya lbh baik dari anak unta merah..atau ia lbh baik dari DSLR..trusknlah dgn misi anda..
Post a Comment