Wednesday, April 29, 2009

Bila student nak exam..pembantu makmal macam tiada kerja..

Ya Allah..hari ini, tiada apa-apa eksperimen pun di makmal. Kalau ada pun, cuma kelas sahaja. Alhamdulillah. Banyak kerja-kerja untuk Tarbiyah telah disiapkan. Best jugak jadi pembantu makmal ni..Alhamdulillah..hari ni jer dapat abiskan tilawah!!! Rasa macam hari dalam bulan Ramadhan pula.

Tapi, perasaan sebagai orang makmal, tetap terasa lain, sebab orang makmal selalunya bersifat "cari jalan penyelesaian dengan macam-macam percubaan". Jadi, kes saya kali ini, tiada apa yang hendak diselesaikan. Ayah saya selalu pesan, "kalau dah takde masalah, pergilah cari masalah untuk diselesaikan".

Asbabul nuzul tentang ayat Ayah saya itu ialah, ketika saya masih muda, menduduki tingkatan 5. Bila ayah melihat saya tiada kerja hendak dibuat, ataupun tengok televisyen,

Ayah akan tanya; "Dah siap homework?"
balas saya; "Sudah.."
Ayah tanya lagi; "Dah takde latihan nak buat lagi ker?"
saya jawab: "Ada banyak kat buku latihan, takkan nak buat semua? Banyak tu.."
Ayah balas; "Kalau dah takde soalan nak dijawab, cari lagi soalan."
Ayah tambah lagi: "Kalau rajin buat selalu latihan, nanti kita terlatih la, baru kita boleh ready untuk hadapi segala soalan-soalan yang lain. Sama juga dengan masalah. Okey?"

Mengikut pengalaman saya sebagai pembantu makmal. Ketika pelajar sedang periksa, kami pembantu makmal-lah orang yang paling banyak tidur. Hahahahahaha!!

(tengah tak tau nak buat apa sekarang..)

7 comments:

~al-Barq~ said...

Kami GeKeBo sentiasa ada kerja untuk dilakukan .... masa kami tidak terhabis begitu sahaja ....... masa untuk tidur dah habis ...... wahaahahahaha

-.rashid.- said...

'kami'??? 'gekebo'??? haish, sape gekebo? anda sorang je la kot
hahahahaha

-Amin HaR- said...

haha, mmg sah..
Pancaran al-barq style gekebo..
begitu semangat gekebo!
teruskanlah perjuangan anda ya~
salam sejarah gekebo~ ~ ~

Awau said...

madah apakah ini?
sah anda semua
dari negeri gekebo :)

Unknown said...

rakyat negara botak dah kuasai wilayah makmal-berkebajikan ni. sarep, aku cadangkan kau pergi gilap myvi kau tu sampai cat dia terhakis. bagi bersinar baik punya. lawan sinaran2 budak gekebo ni. mesti dorang gentarrrr. hahaha

nahwanNur said...

Assalamualaikum,

ustaz syarif, bagus juga point ayah ustaz. Boleh jadi panduan.

Biasanya orang yang cenderung kepada sains memang pemikiran dia lebih kepada menyelesaikan masalah dan mencari masalah untuk diselesaikan.

Dan orang yang cenderung ke arah sastera akan mencari sesuatu untuk membentuk persoalan lainnya (erm, boleh kata masalah juga kot). Lepas tu suka membunga-bungakan sesuatu perkara.

Kalau orang yang tak cenderung kepada mana-mana? maksudnya, sains dia minat, sastera dia minat, semua minat..hmm

Jangan tidur ustaz, dok dekat belakang makmal tu senyap-senyap :) Terima kasih atas bantuan ustaz selama di makmal

Jazakallahu khair

Ibtasimi, ALLAH Al-Musta'an

mas syarep said...

to ~al-Barq~: perjuangan kami org2 spt kami baek org makmal maupun sesape pun..lebih tinggi dr ambisi individu..tidak tersilau dgn apa2 bentuk material..tidak terikat dgn mana ikatan..bahkan perjuangan kami bersifat keterpaduan..bkn persekutuan..kami tak memperjuangkan nama sesuatu..tapi apa yg kami perjuangkan lbh agung dr apa yg anda ada..

to .-rashid-.: biarla dia acid..dh xde point lain nk tulis..biarlah dia rse sorg2 berjuang menegakkn nme yg dh lme lupus dh..hahahaha!!

to -Amin HAR-: jgn lupe kite buat sejarah alamin nme pejuang bangsa GeKeBo ni..biar nme dia terus terpahat dlm buku sejarah alamin..hahaha!!salam sejarah gekebo juga!!hahahaha!!

to si Pengembara: tu ler..lenkali bce drpd awal..klo tertinggal..mmg xtau ape ler..hehe

to amirularif: agak2 ar gilap sampai cat terhakis..mau menitik air paip di makmal..hehehe..aku ingat..aku nk pakai baju blink2..biar bdak al-barq sorg tu kene silau dgn baju blink2 aku..hohoho!!dh die sorg nk nyilau sorg2..

to nahwanNUR: thnx..sbb ingatkn jgn tido..ape bole buat..mata dh ngantuk..mengutamakan hak mata ler..hehe

baek org sains mahupun org sastera..sume tu..org juga..masing2 punya tanggapan masing2..terserah la pd sesape pon nk menilai ttg sesuatu..asalkn xde lg masalah di muka bumi ni..insya Allah nnti time tu..bole ler msk sorga..destinasi abadi..