Monday, April 13, 2009

Markaz al-Mukhtabar Meletup???????

Tersebutlah kisah pada 12 April, saya pun menguli serta menyediakan persiapan bahan kimia untuk membuat satu yang hebat. Macam kes buat eksperimen sendiri laa. Tapi bukan eksperimen sendiri, sebab menggunakan guideline daripada buku-buku sains yang dibelajar ketika kolej dahulu. Juga gunakan bahan-bahan bacaan tambahan daripada internet serta melihat video-video yang membuktikan kejayaan mereka.

Maka saya juga bersiap sedia menyiapkan bahan tersebut. Saya buat ini pun sebagai kajian sama ada berjaya atau tidak untuk digunakan atas permintaan orang atasan. Maka disiapkan di awal pagi Ahad, tatkala orang lain sedang seronok mengambil sarapan masing-masing, saya yang hidup sebagai Nasrul Mukhtabar (pembantu makmal) ini berhempas-pulas menyiapkan bahan. Sambil menunggu kedatangan orang yang dijanjikan pada waktu itu, saya mengambil kesempatan itu untuk membuatnya.

Masa berlalu dengan cepat, mereka yang dijanjikan untuk datang menemui saya pun sudah sampai dan bermulalah perbincangan bersama-sama dengan mereka, tetapi saya tetap berusaha untuk menyiapkan bahan tersebut.

Selepas melihat keadaan fizikal bahan tersebut, saya rasa bahan itu sudah siap tapi belum pasti lagi.

Malang tidak sememangnya tidak berbau. Satu percikan api terjatuh ke bahan yang telah saya siapkan..apa lagi..mula-mula kedengaran bunyi...psssssssssssssssss...

Selepas itu..dlm beberapa detik sahaja..mata pun tak sempat untuk dipejamkan..terus..fffuuuuuuuuusssssss!!!!!!

Marak api menjulang ke siling bilik, percikkan bahan kimia terus meloncat ke sekitarnya tak kiralah sama ada yang kena itu adalah buku ker kertas ker kain ker maupun pembantu makmal sekalipun tidak dapat mengelakkan diri dari percikkan tersebut, asap putih memenuhi ruang udara di bilik tersebut. Para hadirin di dalam bilik itu semua masih terduduk lagi tergamam, ada yang mula terbatuk-batuk akibat asap yang memenuhi ruang, ada yang cuba menyelamatkan bukunya, ada yang mengeluarkan persoalan-persoalan "ape yg ko buat ni sarep??", ada juga yang sekadar memejamkan matanya sahaja. Hahahaha!! Lucu pula melihat situasi ini.

Apabila si Pembantu Makmal memberi arahan, "ok..buka tingkap, pintu dan duduk kat luar". Maka yang lain pun menuruti perintahnya. Tapi si Pembantu Makmal masih terduduk comel di sebelah letupan tersebut. Apakah perasaannya ketika itu? "Fuuh!!Cepat nyer!!" itu sahaja yang mampu terungkap daripadanya.

Tapi bila anda berkunjung ke bilik tersebut kini, ia seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Hehe..

Moral story is:
teringat pula pada satu hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Tarmizi; (tak hafal matan tapi lebih kurang la bunyinyer mcmni sbb hadith ni pjg..cuma keluarkan maa yang ingat sahaja) "Ketika terjadinya Hari Qiamat itu, semuanya takkan sempat menyelamatkan diri, sehinggakan makanan yang sudah masuk ke mulut, tidak sempat untuk mengunyahnya, orang yang mahu meminum air pula, tidak sempat setitis air jatuh ke lidahnya, orang yang menyaksikan peristiwa yang menggemparkan ini tidak sempat terkebil kelopak matanya..(dan banyak lagi yang diperumpamakan, cuma tak ingat yang lain).."

Kalaulah letupan itu berlaku terlampau sekejap, macamana pula Hari Akhirat nanti. Allahu Akbar!! Nauzubillah..

Moral value pula: A small mistake can change everything.
Kerana itulah ini dinamakan eksperimen. Kita punya objektif dalam pencarian atau kajian kita. Kita tau apa yang bakal terjadi. Tapi apabila kita buat eksperimen tersebut, berjaya atau tidak, itu semua bergantung pada fokus diri kita. Kalau hilang fokus, maka boleh datang satu kesilapan yang sangat kecil yang mampu memberi padah.

Nasihat untuk semua: Jangan main mercun, jangan main api, janga buat bom. Semua tu merbahaya....Ingatlah yang tersayang....

5 comments:

Anonymous said...

wahaha, macam kenal je peristiwa ni? hahaha. habis buku mencatat sejarah 'merah' bilik persediaan makmal. bila belek buku tu mesti teringat peristiwa ni.

mantap lah analogi. siapa yg pejam mata tu eh? huhah. tanamlah bom banyak2 dekat ladang kau tu

~al-Barq~ said...

Peluang untuk membakar makmal nampaknya dah terlepas.....nampaknya kena tunggu peluang lain plak.... hehe.....

Fera said...

ahhhh. ingat markaz apanya. rupanya makmal. pergh.

buatlah bom banyak-banyak supaya menjadi sekuriti dan ancaman. dapat ana bayangkan.

"kotor je meja ni, hah, nampak bom ni?" ;p

mas syarep said...

to amirulariff: hehehe..sejarah ar..rse kelakor gile bile teringat sume tu..hahaha!!sape terpejam mata?hehe..sape lagi..

to ~al-Barq~: selagi makmal tu masih ada..selagi tu anda semua mempunyai peluang membakarnya..hehe

to Fera: menarik gak idea ni..tp kang tetibe polis turun dr helikopter..kepung alamin ni..siap kluar dari sungai lagi..semata2 nk serbu si pembantu makmal jer kang..hehe

Awau said...

peh,dtg2 terus kene bom :)
saya bukan israel!