Monday, April 27, 2009

Bergerak!!

Kita perlu bergerak untuk amal kerja kita.
Kita perlu bergerak untuk diri kita sendiri.
Kita perlu menggerakkan orang lain juga.
Kita perlu bergerak atas jalan dakwah ini.

Dalam arena dakwah ini, tidak dapat tidak untuk kita sentiasa bergerak menjalankan tugas kita melakukan kerja-kerja dakwah ini. Dakwah pasti tidak akan berkembang jika ia tidak digerakkan oleh para dai'e. Tapi, nak menggerakkan dakwah ni, bukannya mudah. memang sukar untuk terus tetap bergerak dalam perjuangan ini.

Seperti orang berlari di track larian dalam suatu stadium. Kalau kita berlari bersama-sama teman-teman kita dengan kadar halaju yang sama, lama-kelamaan, pasti akan ada yang mula perlahan, kemudian pasti ada yang "pancit", kemudian ada pula yang berhenti sebentar sambil tercungap-cungap, malah yang lebih teruk lagi; jika ada yang berhenti, bukan sahaja berhenti di tepi track, tapi terus balik keluar dari stadium. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, ada juga yang dapat mengekalkan stamina dan halaju mereka untuk lari bersama.

Tetapi sekiranya mereka ini saling memahami di atas jalan juang mereka yang sama ini,; pastilah yang lambat itu tidak akan menghalangi jalan mereka yang laju, malah memberi jalan lagi untuk mereka. Dan yang laju pula tidak akan menghina lagi memarahi mereka yang lambat, malah mereka akan memberi galakan serta motivasi kepada mereka yang lambat agar dapat bersama-sama nanti.

Begitulah resam di dunia perjuangan, pasti ada yang terus bersemangat berjuang, pasti juga ada yang sudah mula rasa "penat" berjuang, kemudian, akan datang pula perasaan "futur", putus asa, dan membuat keputusan untuk berhenti. Mereka ini manusia juga, bukan robot. Kenapa tidak biarkan mereka berehat sebentar?

Bagi mereka yang sudah yakin dengan jalan juangnya, yang sudah mempercayai dengan jalan juangnya, yang sudah benar-benar sanggup mati untuk memperjuangkannya; pasti mereka tidak kenal apa itu berhenti. Banyak kisah-kisah para sahabat juga para Anbiya' yang mereka ini berdakwah tidak kenal henti. Nabi Nuh a.s berdakwah malam dan siang. Tapi mereka menyumbatkan telinga mereka dengan jari mereka agar tidak mendengar dakwah Nabi Nuh a.s.

Kubur para sahabat pun, kebanyakkanya banyak di luar tempat lahir mereka (Mekah dan Madinah), sehingga ada yang di China, Asia Tengah, Kota Kostantinopel, dan banyak lagi. Kerana mereka mengabdikan seluruh kehidupannya untuk berdakwah. Sememangnya Allah memberi formula kepada kita suatu kehidupan yang lebih indah.

Firman Allah s.w.t:
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi KEHIDUPAN kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." [al-Anfaal 8: 24]

Dalam setiap perjuangan itu pasti akan ada kesusahannya. Tidak akan rasa nikmat jika tiada rasa susah. Apabila kita dapat melepasi semua kebahayaan dan keperitan dalam kesusahan berjuang, di situ akan kita rasa nikmatnya. Yakinilah bahawa segala kepayahan yang bakal anda hadapi itu, adalah pada tahap yang anda boleh hadapi sebenarnya.

Seperti fiman Allah Taala:
"1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2)Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).
3)Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4)Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5)Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
6)(sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7)Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain).
8)Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." [al-Nasyrah 94: 1-8]

Inilah ayat yang sepatutnya memotivasikan kita. Ayat ini juga untuk para penggiat dakwah juga. Bahkan para sahabat juga mendakwa bahawa mereka mencapai kemuliaan hidup baru daripada hidup kehinaan dahulu hanyalah kerana Islam. Islamlah yang memuliakan mereka. Maka itulah yang mereka perjuangkan walau tergadai nyawa sekalipun.

Jika dianalogikan dengan suasana medan perang. Bahawa setiap perajurit itu akan terus mara ke hadapan sehingga capai misi mereka. Iaitu menguasai kawasan musuh (jika itu misinya). Dalam keadaan hiruk-pikuk medan peperangan, pasti ada kepayahan, dengan peluru meluru tidak mengenal siapa, bedilan meriam meletup di mana-mana sahaja. Ada yang berlindung diri, ada yang terus menembak, ada yang mencari peluang untuk terus mara. Dalam keadaan ini, pasti ada yang terkorban, pasti juga ada yang tercedera tidak dapat meneruskan lagi perjuangan. Yang lebih menakutkan bagi angkatan perang, jika ada yang pura-pura mati atau sembunyi atau melarikan diri sebelum perang kerana takutkan suasana itu.

Bagi mereka yang tahu tugasnya untuk melaksanakan misi. Mereka akan teruskan walaupun tubuh badan mereka dihujani peluru mahupun dihancurkan oleh bedilan meriam. Kerana mereka tahu, jika musuh tidak dibunuh, mereka pula akan membunuh kita serta rakan-rakan seperjuangan. Perajurit ini ingin tahu teman seperjuangan mereka hidup, apabila mereka nampak bahawa mereka saling bergerak mencapai misi dan terus berjuang. Jika tiada, mereka andaikan orang itu mungkin mati atau tercedera.

Begitu jugalah dakwah. Para dai'e yang tahu kenapa mereka berdakwah, segala keperitan itu, mereka akan terus bergerak, bekerja, beramal dan berdoa. Begitulah resam kehidupan para pejuang dakwah ini. Jika tidak nampak lagi seseorang yang sama-sama berjuang dengan kita lagi..faham-fahamlah maksudnya (ayat makan dalam ni).

Walau apa pun terjadi, bergeraklah untuk jalan juang ini. Walaupun usaha itu sedikit sekalipun, Allah-lah yang sebaik-baik memberi ganjaran terhadap apa yang kita buat. Usaha itu, biarlah ia bersungguh-sungguh, hanyalah redho Allah yang kita harapkan. Jom beramal!!!

9 comments:

ijalceritera said...

Terima kasih beri maksud Surah annashrah. Syukran kathiraa!!

mas syarep said...

sme2..

~al-Barq~ said...

Ya!! tiba masanya kita bergerak ....... sememangnya GeKeBo akan terus mendominasi SMIAAG ,,,,,,, tapi ketahuilah!! mereka yang ingin menghancurkan GeKeBo tidak akan dapat merasai pergerakan kami. Sebaliknya mereka merasakan bahawa kami tidak bergerak langsung ...... walhal yang sebaliknya telah berlaku. Tunggulah saatnya!!!!! Allahuakbar!!!!!!

zaini_jb said...

Kum Fa Anzir!

mas syarep said...

to ~al-Barq~: pergh..mentang2 br bce buku Majmu' ar-Rasail..antusias tak bertempat jadinyer..GeKeBo dah xde ape2 ar..org pun dh lupekn..dh ramai ahli GeKeBo berlepas diri..sudah la..

~al-Barq~ said...

itulah yg saya katakan .... kamu tidak akan merasai bahawa kami sedang bergerak ....... walhal kami tengah bergiat aktif sekarang ini....

Gajoh Kenit said...

perkh...makan dalam

mas syarep said...

to al-barq: peduli ape sy..xsedikit pun aktiviti anda memberikan effect pd kami..skrg ni dh xterik sgt matahari..so..korg ni diibaratkan mcm "cermin diri di dalam gelap"..mksdnyer..xde gune ar..sbb cermin dlm gelap..mne nmpk ape..hahahaha!!!

to Gajoh Kenit: siapakah anda?sy tidak berniat langsung nk mkn dlm..sy mkn jer..hehe..tp mne dpt gambo bungjono ni ek?hehehe..

Azraai Ahmad said...

"Inilah Sunnah Orang Berjuang!"