Thursday, May 13, 2010

Musafir Terakhir


Petang semalam, saya dikejutkan oleh satu berita yang menggemparkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefon bimbit saya. Berita itu merujuk kepada berita kematian al-Marhum Abuya Haji Ashaari bin Muhammad, pengasas Kumpulan Al-Arqam yang dikaitkan dengan penyelewengan aqidah suatu masa dahulu.



Walaupun sebelum ini, ketika pengharaman Al-Arqam, masih ramai lagi yang bercakap-cakap tentang Al-Arqam dan juga tentang Abuya sendiri. Bermakna sentuhan Abuya Ashaari sebelum ini pada pergerakan Al-Arqam sangat memberi kesan kepada perkembangan gerakan kumpulan ini.

Terus terkenang pengalaman saya bersama dengan Abuya Ashaari secara langsung. Walaupun usia saya masih sangat muda ketika itu (umur 6 tahun), pergi ke Zoo Negara bersama-sama dengan kumpulan Al-Arqam ini termasuklah Abuya Ashaari itu sendiri. Dia mengajarkan saya tentang Pencipta haiwan-haiwan di Zoo ini. Ketika itu, terasa penanaman kepentingan aqidah pada diri saya walaupun masih kanak-kanak yang tak tahu apa-apa sangat, tapi saya mengakui sentuhannya memang mendalam.

Kemudian kumpulan nasyid bersama-sama kami mengajak menyanyikan nasyid "Bermacam-macam binatang..yang ada di dalam hutan"..hehe..lepas tu tak ingat..

Beliau sangat peramah dan mesra pada kanak-kanak. Sehinggakan beliau menyuapkan nasi terus ke mulut saya, dan baki daripada suapan itu, dia pula yang memakannya. Itu perkara yang saya tidak dapat lupakan.

Tidak lama selepas itu, berlakunya pengharaman kumpulan Al-Arqam ini. Saya tidak lagi mengenali dengan lebih rapat tentang gerakan ini. Tapi sentuhannya masih diingat sehingga ke hari ini walaupun jasadnya tiada lagi. Al-Fatihah untuk al-Marhum.

6 comments:

almuna said...

Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Walau apa pun pandangan dan tindakan orang, mungkin kerana kelalaian beliau sendiri, cikgu rasa jasanya sangat banyak... al arqam di bawah beliau dengan beraninya meneroka bidang perniagaan, mempelopori jubah jilbab etc walau mereka dikutuk dicela dikata macam2....mereka tetap tegar...my first taste of tofu fa adalah yang dijual oleh akhawat al arqam di Kuantan....

Awau said...

sayup-sayup kedengaran gemersik lagu abuya mengucapkan selamat tinggal namun pengikut2nya akan masih ttp berjuang~

~al-Barq~ said...

"Sehinggakan beliau menyuapkan nasi terus ke mulut saya, dan baki daripada suapan itu, dia pula yang memakannya."

Saya teringat peristiwa sewaktu iftar'08 ketika anda mnyuapkan nasi ke mulut saya. Saya takkan lupa peristiwa itu.

p/s: Saya juga takkan lupa kata2 anda "Siapa yg kene suap ni jd Amir Andalus lepas ni". hahahahaha

mas syarep said...

Bila pasang balik nasyid2 al-arqam..mmg teringat dan terkenang zaman2 dulu..mula2 terkenangkan ust asri..lpstu plak ustaz ashaari..

inilah perihalnya mati..tak siapa tahu bila masanya akan tiba..

Muhammad said...

Bila aqidah tersasar.. Subhanallah.. Semoga beliau sempat kembali ke pangkal jalan sebelum meninggalkan dunia ini..

Unknown said...

Abuya Imam Ashaari Attamimi is the best person ever born in Malaysia. Tak kenal maka tak cinta. Kalau nak kenal kenalah dapatkan info yang tepat. Dalam dunia yang fana ini ada macam2 benda. Kalau kita profesional, sila selidik dulu. Bab aqidah jangan main-main. Siapa kita nak bercakap bab aqidah. Pelik juga ya kalau Abuya tersasar bagaimana beliau boleh memimpin sebuah jemaah yang besar. Cuba kita fikir. Manusia-manusia yang tak tersasar tu ada ke yang boleh pimpin jemaah macam Abuya. Senang, fikir logik je kan.