Monday, December 28, 2009

Semua orang ada Facebook???

Baru-baru ini, ada pergi ke sebuah pasar raya besar di Lembah Klang yang ada Wifi, jadi kelihatan di tempat-tempat minum, ramailah muda-mudi duduk dengan komputer riba masing-masing sambil minum air dan berlepak bersama teman-teman mereka.

Apa yang menariknya, sepanjang-panjang kedai minum tu, hampir kesemua yang membuka komputer riba (laptop) itu, melayari facebook. Tu belum tengok yang menggunakan telefon bimbit. Ketika mata saya meliar melewati penghuni kedai-kedai minum tu, kebanyakkan pemilik facebook tu, ramai yang bermain game. Macam-macam jenis game ada. Ada yang tanam pokok la, ada yang ternak lembu la dan macam-macam.

Saya terasa, yang saya ini, alien. Sebab saya tak tahu apa-apa tentang facebook. Bila kawan-kawan dan sepupu-sepupu saya inginkan alamat facebook saya. Saya tidak memiliki facebook itu. Semuanya gelakkan saya. Seolah-olah saya sudah ketinggalan zaman. Seperti facebook ini adalah keperluan asas yang mesti dimiliki oleh semua orang.

Dahulu yang sama sepertinya adalah seperti friendster, kemudian myspace, dan ada macam-macam lagi. Ketika itu juga adalah sama seperti keadaan facebook ni. Semua orang ada friendster.

Tapi sekarang ni, bila fikir balik. Apa yang menarik pada ini semua?

Saya juga memiliki friendster dan myspace. Tapi tak tahu apa yang menariknya. Setakat dapat terus berhubung dengan kawan-kawan dan melihat perkembangan mereka atau penyusutan mereka melalui gambar-gambar mereka sahaja. Cuma untuk kali ini, facebook dengan tujuan dan konsep yang sama, menghubungkan orang yang jauh menjadi dekat, dengan ditambah lagi game supaya dapat menarik minat ramai orang dan tidak mahu mereka cepat bosan. Jadi kerana itulah mereka letak game.

Kemudian, tiba-tiba datang la email yang diforward-forwardkan tentang facebook yang ada kena-ngena dengan Israel. Saranan untuk memboikot facebook terus diudarakan. Tapi dalam masa yang sama, ada pula yang membawa bermacam-macam dalil. Ada yang mengatakan facebook itu haram kerana membawa kepada kelekaan dan kelalaian pada waktu solat dan sebagainya. Kemudian ada pula yang menjawab daripada syarah itu, bahawa bukanlah salah facebook tu, tapi orang yang tak dapat kawal dirinya sehingga leka solat dan sebagainyalah yang salah.

Ada pula yang mengatakan kita perlu memiliki facebook kerana itu juga menjadi medium dakwah secara elektronik. Kita perlu berikan medium alternatif serta sumbatkan tazkirah-tazkirah supaya mereka dapat mengforwardkan tazkirah-tazkirah itu agar tidak kelalaian.

Tapi, walau macamana sekalipun, saya melihat, facebook terus diminati oleh pemuda-pemudi hari ini. Bahkan, negara kita juga ada facebook. 1 Malaysia facebook!! Mungkin dengan peningkatan pelanggan facebook ini, berkurang pula blogger di negara ini. Hebat juga cara kerajaan menangani blogger ini ya.

Jadi bagaimana sekarang? Perlukah kita memiliki facebook??? Tanyalah pada diri anda sendiri..

8 comments:

amin.mh said...

Salam
memang baru2 ni keluar berita Tv3,
facebook sangat digemari rakyat malysia.
dan game itu...
All the games are making you to be addicted and puntual, just for the games!

cuba try masuk facebook
ana dah
dan ana curiga
begitu banyak maklumat yang dimahukannya
sehingga nombor phone anda juga..
dengan alasan 'to ensure the owner is a real, not a spam'. Maka sebagai ganjaran letak no phone, nnt xperlu word varification utk add manusia
Tapi ana tak buat pun no phone itu, lama2 word varification tu hilang sendiri

Ana ada dengar, facebook, memang kita guna secara percuma, tapi dijadikan saluran mengumpul maklumat pihak israel. Memang, yang ana hairan, Malaysia lah, I'm Muslim lah, macam2 lagi lah tertera sebagai group dlm facebook. Formality sgt kah facebook ni smpai PM pun ada facebook, hadi awang pn ada facebook?

Ana? ya ana ada facebook. baru ditubuhkan dlm sebulan lepas.
dalil ana?
tak ada dalil..
cari community

Khalilah Alhuda said...

rasanya boleh hidup lagi walaupun xde facebook.. ramai je lagi macam 'alien'... :)

almuna said...

betul kata huda, kita masih boleh hidup lagi tanpa facebook. In a way, cikgu suka facebook sebab dapat ctc kawan2 lama, sedara mara sepupu sepapat yang jauh2 yang di zaman canggih ni jarang kita dapat bertemu. dapat jugalah tau sepupu yang di sana tu dah berapa anaknya, apa kerjanya etc. Begitu juga kawan2. Tapi on the other hand, facebook ni macam satu ruang untuk kita menyibuk2 mengambil tahu hal orang lain. Ada masa ia jadi tempat meluah perasaan secara terbuka. Ada masa bila kita baca apa yang orang share kat wall kita, macam berlagak je orang tu kan...beritau dia bercuti di mana, tengah buat apa, baru lepas shopping kat sini kat situ etc etc.
Ke cikgu je yang rasa macam tu? Tak tau la....
Aanyway, I'm in it because I dont want to be 'left' behind in this fast world. I need to know what facebook is and what it has done to my kids and my students and everybody....
So that's why....
But I'll live without it as I had been in the past!
Wallahualam.

~al-Barq~ said...

hahahaha biasalah setiap orang ade pendapat masing........

mas syarep said...

hoho..
xsangka plak ade yg tinggal comments yg panjang spt ini..terima kasih sume berkongsi pendapat masing2 ttg facebook..

mcm biase la..ade yg pro..n ade yg contra..gejala comunity electronic ni..mmg dh lama berleluasa..

zmn ramai org berblog..sume org pun nk berblog..zmn org berfriendster..sume org nk berfriendster..n byk lg yg tlh menawan minda orang ramai di atas nme teknologi..

terserah pd kita bagaimana kite menilainya..

Awau said...

Mungkin saya mengerti apa yg tersirat di sebalik kata-kata yg ditaip dan diterjemahkan dalam 'font' dan terpapar di skrin ni,apa-apapun kalau nk mengajak kpd kebaikan,perlu konsistensi,bila zaman blog-semua berblogging,bila fb-semua fb dan tinggal blog,lbh baik kita aktif dua2,itu namanya pendirian,syukran mas,saya mengerti..

mas syarep said...

iye..lbh krg mcmtu la mksdnyer..

ahmad al-qarni said...

salam.. pada hakikatnya fb xla penting sangat, jika nak dikatakan medan eletronik utk berdakwah? brapa pratus je.. banyak yang lagha pada yang manfaat. lagipun masjid kan ada.. tu adalah satu2nya medan dakwah yang da lama ujud, kita seolah2 nak nafikan peranan masjid jika asyik mengetengahkan fb, fs, dan sebagainya.. fikirkanla.. kalau benda tu menyumbanh kearah yahudi laknatullah, kenapa kita masih lagi aktif dengan benda tu, wlupun ianya sedikit.. bayangkan, kalau dalam air minuman anda ada sekecil tahi cicak, adakah anda tetap minum??? padahal ianya tak merosakkan langsung minuman anda.. fikirkanla.. ramai lagi umat islam yang lain terseksa kerana kita..