Monday, August 31, 2009

Soal-jawab tentang Blog makmal-berkebajian. Tapi anda malu bertanya.

Sebenarnya banyak cakap-cakap tentang blog ini dewasa ini. Kebanyakan cakap-cakap itu melibatkan satu persoalan yang sering mereka tertanya-tanya tentang blog ini. Cuma mereka semua malu bertanya kepada pemilik blog ini.

Maka dengan ini, saya cuba memberi jawaban serta pencerahan semula setiap daripada soalan-soalan yang saya dengar dari mulut orang. Moga para pembaca dapat memahami isi kandungan entri kali ini.

1. Mengapa Mas Syarep menulis terlalu panjang penulisannya pada setiap kali entrinya?

Saya suka menggunakan ungkapan Ustaz Abdul Aziz bin Sheikh Ahmad, salah seorang guru di SMIAAG terhadap saya ini. Katanya: "Apabila Pembantu Makmal menulis, tak reti-reti nak berhenti!!!".

Mungkin agaknya, kenyataan itu adalah daripada pemerhatian Ustaz Abdul Aziz. Tetapi apa yang mampu untuk saya elakkan daripada menulis sepanjang ini. Memang, setiap kali mula menaip di papan kekunci (keyboard) ini, pasti susah untuk saya berhenti gerakan-gerakan lincah jari-jemari ini. Kerana itulah, kadang-kadang ayat yang ditulis itu, tidak dapat difahami oleh sebahagian orang yang membacanya. Ataupun, mungkin ramai orang mengharapkan penulisan saya lebih bergenre merepek, lucu dan yang sama waktu dengannya.

Apa yang saya cuba sampaikan dalam setiap penulisan saya, lebih banyak saya cuba menyertakan contoh yang sesuai bagi pembaca blog ini. Tapi mungkin saya sendiri tidak mengenali para pembaca dan tidak tahu siapa yang membaca, maka kerana itu saya tersalah langkah dengan terlampau banyak tulisan dalam ayat-ayat ini. Maka dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada para pembaca sekalian sekiranya penulisan dalam blog saya membuatkan anda membuang masa, menyakitkan mata kerana hendak bersenggang mata membaca tulisan-tulisan saya, pening memahami maksud kata dalam penulisan blog ini, dan apa-apa yang membuatkan saya bersalah kepada anda.

2. Bagaimanakah Mas Syarep mendapat sumber-sumber penulisan anda?

Mana-mana penulisan yang melibatkan pengalaman dan cerita-cerita, kebanyakkannya adalah pengalaman saya sendiri yang saya melaluinya semua itu. Maka diceritakan semula sebagai merekodkan pengalaman kehidupan saya bersama-sama pembaca. Cerita tentang rekaan, selalunya saya memaklumkan terlebih dahulu entri itu bergenre merepek.

Selalunya kalau menggunakan pengisian-pengisian, saya akan merujuk buku-buku tarbawi agar dalam setiap pembacaan itu juga, dapat bermuhasabah kerohanian juga dan ligat berfikir tentang masa depan Islam yang penuh gemilang ini.

3. Apakah Mas Syarep tidak bosan menulis?

Kalau menulis dengan pen, memang saya tak berminat sangat kerana tulisan saya sememangnya buruk. Tapi kalau tulisan berkomputer ini, tidak menyakitkan mata saya untuk menulis. Maka kerana itu ia tidak membuatkan saya terasa bosan menulis. Hehe..

4. Mengapa Mas Syarep tidak menulis buku sahaja?

Kadang-kadang saya menerima soalan ini sebagai perli terhadap saya, tapi kadang-kadang dalam husnu dzhon saya, merasakan soalan ini adalah pendorong untuk saya menerbitkan buku sendiri. Memang saya bercita-cita sedemikian, dan juga cuba belajar untuk ke arah itu. Mudah-mudahan suatu hari nanti, saya dapat menerbitkan buku saya sendiri nanti, Insya-ALLAH.

5. Kenapa memilih nama makmal-berkebajikan?

Saya pun tak tahu. Tapi rasanya, mungkin ketika itu, fikiran saya semasa mendaftarkan blog ini, sesuai nama itu kerana saya sendiri adalah seorang pembantu makmal sahaja. Maka ia hanyalah nama semata-mata, bukan kempen atau promosi.

6. Kenapa Mas Syarep tidak menceritakan perihal makmal atau apa-apa yang boleh membantu para pelajar untuk menggunakan makmal dalam menjalankan uji kaji?

Asalnya, saya ada berhajat demikian. Tapi, masih tiada idea untuk membuat dimasukkan dalam penulisan blog ini. Insya Allah saya akan cuba, mudah-mudahan dapat membantu kecemerlangan para pelajar kita dalam bidang ujikaji sains ini nanti. Insya Allah.

7. Bila Mas Syarep nak kahwin?

Itu........Hanya Allah sahaja yang tahu. Jarak masanya seperti ini (sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah dirapatkan). Apabila tiba tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besarnya, dan Allah pula telah menetapkan akan berlakunya hari itu. Maka tiada siapa pun yang dapat menghalangnya. Sudah!! Hal ini tak perlu dijawab lagi, telah banyak saya terangkan lagi kerana sudah banyak tulisan-tulisan saya sebelum ini saya memberikan jawabannya.

8 comments:

ijalceritera said...

LOL. Jawapan riang ! Terkekek-kekek gelak. =) Happy Raya.

Awau said...

Syukran kerana memberi taujih,
sememangnya kita keliru dan terpana,mengapa kita menulis di dalam blog?Apa tujuannya?
Maaf pembantu makmal,
walaupun saya dah tak menjejakkan kaki lagi ke makmal,tapi saya masih lagi ingin berjumpa dengan pembantu makmal..
Maaf kerana tidak mengikut nasihat pembantu makmal,
Hati di sini sudah tersilap langkah,
tidak keruan,hendak ke belakang atau ke depan.
Harapnya tidak jatuh dalam khayalan.

*Kenduri Ust Fatah dengan Bro Auzan(petanda besar?)

Asif said...

Mcm kenal je tajuk. Tajuk buku ya? Ehehe..jwpn utk kawin tu, mcm iqtibas hadith pasal qiamat je. Kreatif!

~al-Barq~ said...

sebenarnya mengikut kajian saya dgn amin istilah yg plg tepat ialah 'pengurus makmal' bukannya 'pembantu makmal' ..... tetapi itu terpulang kpd diri masing2 saya tlh mengkaji dan itu hasil yg saya dapat.....

mas syarep said...

Izz-Al-Din..jzkllh and have great Ramadhan!!

Si Pengembara..innal insanun nisyaan..sesungguhnya manusia itu pelupa..lupa pd apa?mcm2 bende dia lupa..terutamanya ttg al-ghayyahnya..matlamatnya..terlajak kereta..bole reverse..terlajak perahu..bole u-turn..terlajak ke neraka..apa bole buat?ketemu pembantu makmal..xde ape2 pun..tp ketemu Allah..kn lg best..hehe

Asif..nama tajuk buku ek?ye ke kreatif?salah org ni..

~al-Barq~..masih tak jelas tentang kajian anda..maka kami ingin meminta penjelasan serta pencerahan tentang kajian anda tersebut..dgn ini kami memohon agar anda membuat kitab syarah pd kajian anda..agar kami lebih jelas tentang kenyataan anda..agar kami tidak kesesatan dalam kenyataan anda..

Abu Khalid said...

Salam

Seronok ana membacanya

mas syarep said...

time kaseh prof!!

-Amin HaR- said...

cara kami mengikifar sedemikian adalah sama caranya dengan pihak kamu yang mengiktiraf pihakmu..~