Ucapan yang sering diungkapkan ialah: "Selamat berpuasa", "Selamat berbuka puasa", "Selamat bersahur" dan bermacam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Mungkin ucapan ini diungkap hampir sama seperti ucapan "Selamat hari raya" dan "Selamat menunaikan ibadah Haji". Tapi ada beberapa perkara yang perlu diteliti dengan lebih mendalam dalam melihat kesesuaian penggunaan ucapan ini lagi untuk generasi seterusnya. Kerana ucapan ini telah menjadi sinonim bagi masyarakat hari ini sedangkan ia ada kelemahan dalam maksud dan doa dalam ucapan ini sendiri.
Berikut saya akan merungkai satu-per-satu kelemahan yang telah dibiasakan dalam masyarakat mengucap ucapan ini kepada saudara-saudara se-Islam yang lain.
Ucapan "Selamat..."
Melihat pendefinasian ucapan "selamat..", ini adalah diucapkan selalunya untuk mendoakan orang yang ditujukan ucapan itu agar ia selamat dalam melakukan sesuatu yang akan dilakukannya. Contoh yang paling jelas ialah apabila kita mengucapkan kepada teman atau saudara kita yang akan berangkat ke perjalanan yang jauh, pasti kita ucapkan "Selamat Jalan" kepadanya. Kerana kita mengharapkan agar dia selamat dalam perjalanannya nanti. Sudah menjadi pengetahuan semua orang bahawa perjalanan yang jauh pasti mendatangkan bencana dan bahaya, mungkin sekali berlaku kemalangan dalam perjalanan itu, nauzubillah. Maka kerana itulah diucapkan "selamat jalan" kepadanya.
Bagaimana pula dengan ucapan "Selamat Datang"??Ucapan ini pula sering kali digunakan ketika menyambut tetamu yang hadir ke tempat kita. Ucapan ini juga sesuai dengan mendoakan para penziarah serta tetamu tersebut sentiasa dalam keadaan selamat. Kerana mungkin ketika kedatangannya di tempat kita itu boleh juga mendatangkan kemalangan kepadanya seperti kepala terhantuk di pintu rumah sebelum masuk rumah lagi. Atau terduduk di kerusi yang rapuh sehingga menyebabkan tetamu jatuh ketika hendak duduk padanya. Kerana itulah ucapan itu adalah tepat untuk diucapkan.
Pencerahan semula pada kesilapan dalam ucapan "Selamat berpuasa".
Bukanlah suatu kesalahan dalam mengucapkan ucapan ini, tetapi saya ingin mencadangkan kepada penggunaan yang lebih tepat dalam kita ingin membiasakan ucapan ini di kalangan kita semua. Sekiranya kita ingin mengucapkan selamat atas sesuatu perkara, pasti dalam kita hendak melakukan sesuatu itu adalah berbahaya. Jadi saya ingin bertanya para pembaca sekalian, adakah berpuasa itu mampu mendatangkan kebahayaan?
Seolah-olah ucapan ini lebih menakutkan mereka yang baru sahaja ingin memulakan pengalaman dalam berpuasa ini. Kerana ucapan ini boleh dibayangkan, sesiapa yang berpuasa, pasti bahaya datang dan yang lebih menakutkan, boleh membawa kepada maut. Pasti mereka takut untuk berpuasa. Macam Upin dan Ipin yang juga agak ragu-ragu ketika hendak berpuasa. Akhirnya, mereka dapat berpuasa dan terbukti bahawa berpuasa tidak menyebabkan kematian.
Bahkan di bulan Ramadhan, dibuka semua pintu-pintu Syurga untuk hamba-hambaNya yang beribadah di dalam bulan ini, dan ditutup semua pintu-pintu Neraka. Dilapangkan pula pada ahli kubur di bulan ini. Maka seharusnya kita berbangga dengan segala nikmat yang Allah berikan pada bulan ini. Jadi, mengapa perlu takut sekiranya kita dijemput menemui Allah di bulan ini?
Sememangnya wajar kita mengucapkan "Selamat Hari Raya" apabila Hari Lembaran semakin tiba. Kerana memang terdapat banyak kes jika orang ramai ingin pulang ke kampung untuk berhari raya, ada sahaja berita-berita tentang kemalangan-kemalangan yang tidak diingini. Memanglah "malang tidak berbau", tapi kerana itulah kita mendoakan dia agar selamat balik kampung untuk berhari raya. Tapi lain situasinya dengan berpuasa ini. Di bulan Puasa inilah seharusnya kita memberi galakkan kepada orang ramai untuk lebih berpuasa lagi sepertimana yang diperintahkan oleh umat sebelum kita. Bukannya berwaspada dalam berpuasa daripada kematian.
Jadi, apa ucapan yang sepatutnya?
Kita melihat semula objektif puasa itu sendiri apa. Puasa bukan sahaja menahan diri lapar dan dahaga, malah ia juga meletakkan diri kita kepada keadaan yang kita tidak biasa. Daripada selalu makan dan minum pada bila-bila masa, kepada hanya boleh makan pada waktu malam sahaja. Puasa juga menuntut kita agar menjaga pertuturan dan tingkah laku kita supaya tidak berbuat dosa seperti mengumpat, mengeji, mencarut, dan sebagainya. Hal ini perlulah bagi setiap Muslimin untuk berhati-hati sepanjang ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.
Dalam keadaan umat Islam menjaga diri dan membawa diri mengharungi Madrasah Ramadhan ini, mungkin dirinya itu sedang lesu tidak bermaya, tidak cukup tenaga, akibat semua itu membuatkan dirinya kurang keceriaan dalam membuat sesuatu ibadah. Keadaan inilah memerlukan satu ucapan yang memberangsangkan sebagai motivasi untuk kita meneruskan lagi ibadah puasa yang serba mencabar ini. Maka, mengapa tidak ucapan kita itu berbentuk motivasi supaya kita semua dapat menghidupkan lagi suasana Ramadhan dengan kemeriahan dalam beribadah, bukannya kemeriah berpesta sempena pukul 12 malam nanti.
Dilihatkan pada perayaan lain, ada ucapan yang menggambarkan kemeriahan perayaan mereka. Kerana itulah mereka terus mengucapkan ucapan tersebut supaya sesama mereka itu, dapat memeriahkan perayaan yang mereka tunggukan. Apakah ucapan tersebut? Itulah dia "Happy Deepavali", mungkin itu perayaan agama Hindu, maka kita tidak boleh ikut ya? Bagaimana pula "Happy New Year"? Bagaimana pula "Happy Independence Day"? Semua itu menggambarkan kemeriahan yang ingin dibawa dalam perayaan tersebut. Sedang kita semuanya mengatakan bahawa di dalam bulan Ramadhan adalah bulan berpesta Ibadah. Jadi mengapa kita tidak mahu menggambarkan betapa meriahnya pesta bulan Ramadhan ini. Bukannya meriah pada Bazaar Ramadhan itu, tetapi pada ibadah tersebut.
Maka di sini, saya mencadangkan kepada para pembaca sekalian, serta seluruh umat Islam, agar sama-samalah kita mengucapkan "Happy Berpuasa", atau "Happy Ramadhan" atau yang lebih tepat dan dianjurkan dikalangan umat Islam ialah; "Ramadhan Kareem".
Happy Ramadhan semua!!! Syaitan dah dibelenggu!!! Siapa lagi yang ingin mengganggu kita untuk beribadah!!! Jom jom jom jom..jom ibadah ibadah!!! hehe
5 comments:
yaaaaa btul tuh...... hmm mcmane dgn "selamat hari guru"??? apakah bahaya2 yg kmungkinan berlaku ketika mnyambut hari guru??? jika tiada kita tuka ngn ucapan len sbb dlm bhs english mmg "happy teachers day" wahahahaha
mmg btul kene ucap slmt hari guru..sbb nnti time mjls hari guru tu..klo buat stage pakai kayu..kang ade guru lalu..skali stage tu patah..haa..bahaya tu..so kne ucap la..n ucapan slmt hari guru sgt sesuai..kenapa?klo cegu2 tensen dgn bdak..nnti hipertension..so klo hipertension asik sakit2 je..so sbb tu ler kena doakn juga selamat utk mrk..
jgnlah sampai buat guru pecahkan meja...
ingat sesungguhnya kejayaan berada dicelah-celah meja guru...wahwahwahwa
skrip brade mirol tu
"ust dah hancur abis dah,tak leh baiki dah"
wah sedih dengar....
have a great ramadhan ! - boleh ke :P
hahaha man!!tu ade sbb wurudnyer knapa bole terjadinya masalah meja guru tu sampai jd mcmtu..hahaha!!!
'adz..bole tu..idea yg sgt bagus!!hehe
Post a Comment