Assalamualaikum wrhmtllh wbrkth..
Sekali lagi blog yang akan ditulis kali ini bergenre merepek..hehehe..saya memohon maaf terlebih dahulu kepada para pengunjung yang setia ke blog ini kerana apa yang bakal anda baca pada blog saya kali ini adalah sesuatu yang agak merepek..
Sebelum saya memulakan satu luahan yang sangat gembira ini, saya ingin mengajak para pengunjung blog ini untuk baca tulisan pada link ini http://bicaraalbarq.blogspot.com/2009/05/saya-mengalah.html sebagai bukti apa yang bakal saya tuliskan ini.
Secara kronologinya tentang perkembangan Gerakan Kepala Botak (GeKeBo) ini telah diilhamkan oleh Muhammads yang telah membuka minda ramai pengunjung blognya tentang persoalan "kepala botak". Perkembangan perbahasan tentang kepala botak ini lebih rancak lagi apabila diketengahkan persoalan Ketua Umum yang berkepala botak. Heh! Penulisan ini seolah-olah seperti Voltaire bagi para pendokong Revolusi Perancis. (hahahaha!!)
Selepas pendedahan itu, maka lebih jelas lagi pada orang ramai bahawa mereka ini telah bertindak secara sulit lagi halus sehingga mereka inilah yang menduduki barisan kepimpinan penting di sekolah ini. Maka seorang demi seorang para pemuka GeKeBo telah dikantoikan iaitu Pengarah Tamrin T4 '09, Pengarah Ujicekap '09, Pengarah Wafdul Amin '08, Ketua Biro Surau '09, Ketua Rumah Al-Fatah '09, Setiausaha Pengawas '09, dan ramai lagi.
Tetapi alhamdulillah, kerana ramai diantara mereka telah sedar akan kelemahan gerakan ini dan insaf untuk kembali kepada fitrah. Usaha-usaha untuk menyedarkan mereka terus dijalankan dengan giatnya. Penulisan demi penulisan sebagai usaha untuk menyedarkan mereka agar kembali kepada perjuangan fitrah. Pejuang yang berusaha keras ini sentiasa ditentang oleh pelopor GeKeBo ini iaitu al-Barq. Sentiasa sahaja berlaku pertentangan yang sengit. Setiap kali si pejuang yang berusaha keras ini menulis, pasti al-Barq akan mencelah untuk melemahkan penulisan itu.
Walhal, seorang demi seorang pemuka-pemuka GeKeBo ini telah kembali kepada fitrah. Mereka pun sedar bahawa, perjuangan mereka tak berkekalan kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan selamanya botak. Maka di fasa-fasa kejatuhan GeKeBo ini, orang ramai tidak lagi menerima ketaksuban perjuang pelopor ini. Samalah GeKebo ini jatuh seperti tamadun-tamadun dan kerajaan-kerajaan yang pernah ada di dunia ini. Mereka tumbang tewas kerana salah satu faktornya ialah, mereka tiada lagi sokongan. Revolusi Perancis juga seperti begitu, pada awal fasa kebangkitan revolusi ini sangatlah rancak, tetapi akhirnya, revolusi dikhianati oleh orang mereka sendiri kerana ia tidak relevan lagi. Maka ramai orang tidak lagi menyokong perjuangan.
Inilah kata-kata pelopor GeKeBo ketika mengisytiharkan pembubarannya yang menyedari faktor kekalahannya:
"Hakikatnya sukar ditelan namun begitu, terpaksa menerimanya juga. Aku sedar bahawa terdapat duri dalam daging dalam perjuangan GeKeBo yang telah membawa kepada masalah perpaduan. Oleh sebab itu langkah yang terbaik adalah untuk membubarkan terus perjuangan ini."
Maka tatkala pengumuman ini diumumkan, seluruh dunia menyambutnya dengan girang gembira, sinar mentari pagi menyuluh dengan indahnya dicelah-celah awanan emas, burung-burung berkicau girang, dedaun gugur bagaikan bunga sakura gugur umpama meraikan kepulangan para pejuang dari medan perang, ramai orang bersorakkan gembira meraikan kejayaan ini. Tiada lagi guruh guntur mahupun petir sambar-menyambar di langit biru ini. Tidak dapat digambarkan lagi kegembiraan atas kejayaan ini. Indahnya suasana ini. Setelah diakui yang mana yang hak dan mana yang batil, maka itulah kejayaan yang dibanggakan dengan harga yang mahal kami korbankan.
Kami beramai-ramai bertasbih mengagungkan Allah Taala serta bertahmid atas kurniaan yang Allah limpahkan kepada kami ini. Kami juga memohon ampunan atas segala ketelanjuran kami bahkan kami juga memohon ampun bagi mereka yang berada dalam kebatilan.
Maka tercatatlah sejarah di bumi Al-Amin ini akan tewasnya gerakkan rahsia ini. Biarlah ia menjadi lagenda sekalipun, kerana zaman gemilang mereka sudah berlalu pergi. Segala benda (kepala botak) yang masih kekal sehigga hari ini hanyalah tinggal memorial atau tugu peringatan sahaja. Itulah yang akan menceritakan kepada generasi kita yang akan datang tentang semangat perjuangan mereka. Lepas ni memang boleh masuk laman blog "Salam Sejarah" ler..
Inilah kisah pengakhiran perjuangan yang tiada ertinya! Ambillah hal ini sebagai pengajaran untuk kita semua agar kita mengambil iktibar bersama.
(hahahahahaha!!!!syok sendiri menaip dengan girangnya!!!!tribute to al-Barq..hahahaha!!)
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
WAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!
tengah tahan sakit perut ....... berguling-guling kat lantai .....
hakikatnya apabila kuasa musuh terlalu kuat serta perpecahan berlaku dalam gerakan sendiri peluang untuk menang dalam perjuangan ini amat tipis ....... maka langkah yang paling bijak adalah untuk membubarkan terus dan harap agar ia akan bangkit semula seperti dahulu ...... buat masa kini ...........
salam sejarah GeKeBo
wahahahahaaha
aa...
em..
jap...
ngah sengih2...sbb da ketawe tak hagak...
...wakakakaka!!!!
awat tak buat jamuan meraikan hari gilang gemilang ini~???
Boleh lah ex-GeKeBO join skalI~~
wahaha~
(semue mende nk jamuan.lpas jamuan, jamuan agi...lpas tu, jamuan lagi..jamuan jugak pastu, dah habis?jamuan penghabisan pulak..lpas tu? jamuan kenangan2 pun kene ade...maka akan ada pulak jamuan reunion...lpastu???..~)
ape pun....
GeKeBO...sejarah di alam maya~
gakebo?
ape mende ntah~ ngarot tol..
ridonkulous!!
merapek..
tp, layan woh baca..ades2 dush2
hahah
aku tahu pergerakan ini mengasaskan tapak daripada batch g-13th lagi..apa bila inspirasi KETUA UMUM pada ketika itu dijadikan inspirasi utk pergerakan GekeBO....tp pembubarannya ini adalah satu hikmah yang perlu diambil ikhtibar dah ibrah...agar tiada lagi gerakan-gerakan yang tidak ada asas yang kukuh....
hahhahahah
layan beb
hmm...
satu lagi sejarah kejatuhan sebuah dinasti di Al Amin.
Apapun, semoga Al Amin terus maju dengan di bawah panji2 Makmal yang Berkebajikan itu!
hehe..lme xupdate blog ni..tibe2 tgk reply ni..melucukn hati la..even merapek pon..tp antum bace gak sampai abes ek..time kasih..rase sgt terharu dgn sokongan anda terhadap penulisan saya ini..
kpd Rahman D..time kasih krn membuka mata kami bahawa gerakan ini tlh bermula di zmn g13 lg..bile dibuat kajian balik..hampir stiap thn..pasti ade pelopor utama GaKeBo ni..jd dgn pengisytiharan ini..patut kita banggakan..
kpd -Amin HAR-..nk buat jamuan?heh..xseronok langsung..
kpd ~al-Barq~..rse2nyer kn..batch g4(kuasa dua)..sape pelopor gerakan tu ek?
Amin,
Rasanya "ada orang yang makan cili..."
tak pasal2 nama ana tertulis dalm blog ni. haha, apa bole buat, nasib badan. tak tau la apa nak dikatakan pasal GeKeBo, sebab kelakar sangat sampai tak sangup nak tulis...
hahahihi.
(terdiam sebentar bila baca post ni)...
Nampaknya GeKeBo ini hanyalah akan dicoret sebagai mitos yang menarik sekali. Patut dijadikan dokumentari tentang fenomena yang baru saja berakhir ini, supaya kader2 al-Amin dapat mengetahui kebenaran tentang kejatuhan empayar megah ini yang pernah cuba menguasai sekolah al-Amin...
...
BAHAHAHAHAHHAHAHA
Fera..!!
Ana menyambut baek cadangan nta!!
kite akan buat lakonan semula..sesuai ditayangkan time mjls perpisahan korg nnti..hahahaha!!
Muhammads..sape termakan cili..dia la yg tersedak..hehe
selagi tak ada undi tak percaya terhadap GeKeBo,kami takkan merestui pembubarannya...hahaha
Post a Comment