Sunday, May 24, 2009

Tabahnya Guru Kita...

Alhamdulillah, selepas ditekan oleh ramai pihak yang menuntut agar saya memperbaharui entri untuk blog saya ini, maka inilah masanya saya dapat mengambil sedikit masa yang saya ada untuk menulis tentang sedikit pengalaman saya dalam dunia peperiksaan Bahasa Arab Tinggi.

Baru-baru ini, saya dengan semborononya, saya ingin menolong Guru Bahasa Arab saya, Ust Soleh bin Elias menanda Kertas Peperiksaan Bahasa Arab Tinggi Tingkatan 4, Kertas 1. Inilah pertama kali saya menanda kertas Bahasa Arab. Perasaan yang sangat seronok dan "tak-dapat-digambarkan" sangat membuak-buak. Mungkin disaat itu terasa ingin menjadi seorang guru, kerana itu perasaan-perasaan itu terbit.

Saya diberi bantuan skema jawaban sebagai panduan untuk membantu menanda kertas ini. Asalnya, jawapan-jawapan itu telah saya ketahui sebelum saya mula melihat skema jawaban tersebut. Mungkin kerana, bagi saya kertas bahasa Arab itu senang bagi saya? Tapi bila saya ingat kembali ketika saya berada di Tingkatan 4, memang soalan Bahasa Arab Tinggi susah. Tapi saya tak tahu kenapa saya sudah menjadi Pembantu Makmal melihat soalan-soalan tersebut, macam senang sahaja.

Lalu saya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja menanda kertas jawaban para pelajar Tingkatan 4 ***. Nama kelas dirahsiakan.

Mungkin apa yang saya buat itu salah kerana "itu bukan kerja saya" selaku seorang Pembantu Makmal sekolah. Kemudian saya mengambil kerja orang lain pula. Ia sememangnya terlarang dalam perkhidmatan di institusi seperti ini.

Tapi, apa yang ingin saya kongsikan daripada pengalaman yang julung-kalinya ini ialah; saya menyedari ketika menanda kertas jawaban mereka, akan terbit berbagai-bagai perasaan. Antaranya; lucu, sedih, geram, kecewa, dan macam-macam perasaan yang akan melalui benak hati saya yang sedang menanda kertas-kertas itu. Tapi bila dah melalui semua perasaan-perasaan itu, tiba-tiba, ada pula jawapan yang membuatkan kita gembira kerana pelajar ini dapat jawab dengan baik.

Memang benar kata seorang guru; "tak semestinya semua pelajar itu bagus dan begitu juga sebaliknya, apa yang penting, kita terus curahkan ilmu pada semua orang dengan adil".

Tatkala perasaan kecewa ketika menanda itu terbit, dalam benak hati saya terus berkata; "Ini baru seorang yang aku tanda, walhal guru-guru ini menanda beratus-ratus orang lagi". Bermacam ragam dan bermacam jawapan yang dijawabnya sebagai tanda itu usaha mereka sehabis daya memerah minda bagi menjawab soalan-soalan tersebut.

Ya Allah, sesungguhnya saya menjadi saksi kepada mereka yang masing-masingnya berusaha untuk buat yang terbaik dalam institusi ini. Terimalah amalan mereka baik yang memberi mahupun yang menerima ilmu itu ya Allah.

Di saat itu juga, saya bermonolog di dalam diri;
"Bagaimana agaknya ketika guru-guruku menanda kertas jawapan ku dulu? Dengan tulisanku yang buruk itu mengalahkan cakar ayam, mungkin cakar harimau agaknya. Hehe!! Bagaimana pula perasaan mereka ketika saya tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan sedang mereka telah mengajarkanku sebelum ini".

Di saat ini, para guru sedang berperang dengan kertas jawapan peperiksaan para pelajar ini. Penuh bergelimpangan kertas-kertas jawapan peperiksaan para pelajar menggunungi meja-meja para guru. Ada yang sudah mula pening akibat tulisan yang berbagai rupa untuk dibaca, ada pula yang sakit-sakit badannya kerana duduk statik dalam tempoh masa yang agak lama semata-mata untuk memeriksa kertas jawapan peperiksaan para pelajar.

Kalaulah saya terlepas peluang merasai pengalaman yang julung kalinya ini, mungkin saya tidak sedar akan nikmat ketabahan seorang guru itu. Saya juga terasa satu perasaan yang agak pilu untuk digambarkan. Oleh kerana ada pelajar yang telah menjawab dengan seusahanya, tapi pelajar itu tetap tidak berjaya memberikan jawapan terbaik dan begitu jugalah dengan markahnya. Maka saat itu, saya mula merasai perasaan kesian, sehingga berat hati untuk memangkah jawapan pelajar itu yang salah. Apatah lagi terasa berat hati bila memberi markah yang sedikit kepada pelajar tersebut.

Tetapi para guru dapat mengharunginya dengan tenang. Adakah mereka tak berperasaan? Bagi saya, mereka bukanlah tidak berperasaan. Tapi itulah profesionalnya mereka dalam kerjaya mereka ini. Kenapa mereka terpaksa juga memberikan markah yang sedikit kepada pelajar yang tidak dapat memberikan jawapan yang terbaik? Kerana mereka tahu paras keupayaan pelajar-pelajar mereka dan mereka perlulah melipat-kali-gandakan usaha mereka untuk memahamkan pelajar-pelajarnya itu.

Guru juga punya keluarga di rumah masing-masing. Punya anak kecil, punya isteri mahupun suami. Guru juga punya perasaan. Tapi mereka dapat menyusun dan mengatur perasaan dan tanggungjawab mereka selaras dengan amanah yang mereka pikul selagi mereka hidup.

Saya masih pelik sehingga hari ini, mengapa ada golongan yang membenci para guru ini? Adakah mereka yang membenci guru itu sudah merasai kehidupan seorang guru itu sehingga dia sanggup membenci gurunya itu? Adakah mereka percaya pada kemampuan dan keikhlasan para guru itu? Aduh..

Oh Tuhan, tidak mungkin ada orang yang dapat melalui semua itu melainkan mereka itu adalah guru-guru yang tabah. Rahmatilah mereka ya Allah. Ampunilah mereka ya Allah. Tabahkanlah hati mereka ya Allah. Biarkan mereka terus thaabat dalam dunia perguruan ini ya Allah. Amin..

Sememangnya inilah tugas yang suci. Inilah yang membuatkan saya juga ingin mencontohi mereka dan menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Insya Allah. Tahniah dan syabas buat guru-guru yang dikasihani Allah. Teruskan usaha kalian semua dengan berbagai mehnah yang melanda ini.

10 comments:

~al-Barq~ said...

mesti waktu nak tanda karangan tu tgh guling2 en ......

mas syarep said...

ya btoool!!!!
muahahahaha!!
stlh dikaji oleh pihak berkuasa bhgn penapisan media elektronik..cerita ttg tu sgt bahaya utk diceritakan..boleh diambil tindakan antarabangsa..hahahaha!!!

Unknown said...

sarep, post la pasal ahlul fraser. aku terdengar lagu bingkai kehidupan, terus teringat. rindu bebeh kesejukan tengah hari di sana. mankie lagi. wahhhhh :D

Azraai Ahmad said...

'Guru' Wa Erai!

Asif said...

Guru, without them, there'll be no development. First ayat, came down to Muhammad, IQRA'!! Means, the significance of the power of knowledge in Islam. But, there is no other great group capable to carry this feat, unless, so-called title. TEACHER. The first command to Muhammad, the first group respected, teachers. May God bless them.

Ibnu Ali said...

hisy, setelah baca post anta.... risau pulak ana dengan kertas BAT ana ni....

mas syarep said...

Ibnu Ali ->
hehe..ana bce paper 1 BAT nta..tp xtanda..hehehe..hebat nta..mampu membuat pakar2 BAT dr kalangan ustaz2 kite tu khilaf sesama mrk hanya krn jwpn nta..hahaha!!

amirularif ->
aku ade video psl bukit fraser..30minit gitu..baek ko copy utk bw ke langkawi..huhu..bole tangkap rindu..nnti mesti ko peluk bantal sorg2..sambil tgk video tu..ko termenung mcm mankie..lpstu meleleh air mata ko di perantauan tu..hehe

Azraai Ahmad ->
Sensei wa erai!!!yoooouuush!!!

Karim D'Pure ->
ayat2 tu..kne tulis kt blog cegu alia yer..atau mne2 cegu..sy ni..pembantu makmal..salah org ye tmpt anda post tu..time kasih..hahaha!!

Afiq Hakimi said...

Abang Sarep dapat sneak peek jadi guru. Harap dapat menjadi guru sebenar satu hari nanti. Untung jadi guru dari segi pahala, ajar sikit, orang buat dapat pahala dah. Aaah! Jealous dengan guru!

Azahari Sharif said...

tabah tabah mas, walaupun dibahan aduka depan orang ramai.

mas syarep said...

speedster412 -> hehe..time kasih..mmg skrg ni..cita2 ana nk jd guru kt alamin..sbb nnti guru2 yg ajar ana dh xde..sape nk teruskn lg perjuangan mrk melainkn pelajar2 nyer sendiri..

azahari -> siapa jelah ana ni..bole dibahan sesuka hati..sbb mmg ana bkn guru pun..