Dewasa ini, kedengaran berita-berita tentang bayi-bayi yang tidak berdosa di buang begitu sahaja. Mana-mana bayi yang bernasib malang, ada yang mati di tepi jalan, atau mati menjadi makanan binatang liar, atau mati digigit semut, atau mati kesejukan atau mati yang kita sendiri tak ingin dengar langsung.
Mengapa ini terjadi? Tak tahan mata ini membaca berita tentang kes yang menyakitkan hati. Tak tahan lagi telinga ini mendengar berita tentang kes ini. Sukar rasanya untuk merelakan hati ini apa yang berlaku ini.
Mengapalah dibuang-buang sahaja nyawa-nyawa kecil ini?
Apakah nyawa-nyawa kecil ini tidak bernilai?
Apakah nyawa-nyawa kecil ini harus menjadi bahan korban atas dosa insan lain?
Apakah nyawa-nyawa kecil ini sama seperti sampah?!
Walaupun ada yang membuang bayi ini, kebanyakkannya menyelimutkan bayi tersebut. Masih lagi ada perasaan bimbang dan risau pada bayi itu yang mungkin kesejukkan. Tapi tetap buang. Kenapa ya masih lagi berperikemanusiaan? Kalau tengok gambar-gambar bayi yang dibuang ni, rasa sayu sangat. Ada yang gebu-gebu lagi dibuang begitu sahaja. Ada yang masih ada tali pusat lagi.
Saya tak berani nak postkan sebarang gambar tentang ni. Rasa kurang selesa nak letakkan dalam entri kali ini. Inilah bahaya nafsu. Bila melayan nafsu, suka!! seronok!! Tapi bila dah terlanjur, tak nak tanggung. Ada pihak menyalahkan yang lelaki..tak nak tanggung apa, ada pihak menyalahkan yang perempuannya tergedik-gedik terima pelawaan nafsu.
Ada pasangan yang bila dah berkahwin, tapi tak dapat anak, nak sangat anak. Ada pula pasangan yang tak berkahwin, terus dapat anak, dibuang-buangnya. Kalau zaman dahulu, orang terpaksa memberi anak kepada orang lain untuk jadi anak angkat kerana hidup susah. Ramai pasangan yang tiada anak ini, mengambil anak angkat dengan kaedah ini. Tapi sekarang ini, bila dibuang, ada yang membelanya, tapi anak malang ini menghidap HIV pula. Inilah bahaya zina!!
Apalah malang nasib anak-anak zaman ini. Siapalah yang akan membela nasib mereka. Apa pula nasib keadaannya bila mereka dah besar nanti? Apa perasaan mereka nanti? Apa langkah untuk membela nasib anak-anak seperti ini nanti? Walaupun dah ada caranya, kenapa masih tak mahu sedar dan mengamalkannya?
Monday, March 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
denka!!
...bila rasa kasih tidak tercipta...
...bila maruah telah tiada...
..jadi..kita sama-sama sentiasa membaca berita serupa..
begitu juga anda klik pada Blog ku yaaaaaaaaaaaaa
Kita juga perlu berolah raga agar sehat sehingga dapat beribadah dengan yang kuasa
Post a Comment