Sunday, March 7, 2010

"Abang"? "Mas"? "Cikgu"? "Ustaz"?

Begitulah bermacam-macam gelaran yang hebat diperdebatkan sesama warga Al-Amin terutamanya pelajar baru. Ingin saya berkongsi sedikit apa yang berlaku dalam masa 3 bulan selepas pembukaan sesi persekolahan 2010 ini.

Saya hanyalah seorang Pembantu Makmal di sekolah ini, tetapi saya tidak pernah menyangka bermacam-macam gelaran saya dipanggil. Belum lagi pengalaman 3 tahun di sini, memang banyak. Tapi saya terasa ingin berkongsi kerana ada suatu peristiwa yang tak dapat saya lupakan.

Ada di kalangan warga Al-Amin yang memanggil saya dengan gelaran "Abang". Tapi dalam bentuk penulisan pula, ada khilaf di antara warga Al-Amin terhadap penulisan nama penuh saya. Ada yang menulis dengan "Sarep", ada pula yang menulis dengan "Syarif", ada juga "Syarep" dan ada pula "Sharif". Walau apapun ditulis, saya tetap memberi respon bahawa yang dimaksudkan ialah saya. Kerana saya tetap saya.

Antara sebab saya mungkin dipanggil "Abang" adalah kerana saya dahulu pernah bersekolah di sini, yang mana ketika saya masuk bekerja di Al-Amin ini, adalah junior saya ketika saya berada di tingkatan 5 dan mereka pula di tingkatan 1. Sehinggalah panggilan "Abang" ini diturunkan secara mutawatir kepada generasi seterusnya.

Maka generasi yang memanggil dengan gelaran "Abang" ini agak kurang selasa jika ada gelaran lain dipanggil pada saya seperti "Cikgu" dan "Ustaz". Apabila mereka mendengar akan gelaran baru ini, mereka akan tergelak. Respon mereka; "Abang Sarep dah naik pangkat". Yolah tu...

Alkisah tentang beberapa pelajar baru yang berlaku khilaf dalam panggilan terhadap saya. Ketika ada 3 orang pelajar baru sedang berjalan dan hendak melintasi saya, mereka pun memberi salam kepada saya. Maka terjadilah suatu kisah yang agak kelakar.

Pelajar 1: "Assalamu'alaikum Ustaz"
Pelajar 2: "Assalamu'alaikum Cikgu"
Pelajar 3: "Assalamu'alaikum Abang"
(Ketiga-tiga pelajar ini memberi salam secara serentak)
Sarep: "Wa'alaikum salam wrhmtllh wbrkth"

Pelajar 1: "Eh!!Panggil Ustaz la! Tu Ustaz tu! Dia check ana punya tilawah haritu!"
Pelajar 2: "Tak la!! Dia Cikgu, haritu dia ajar Sains kelas ana."
Pelajar 3: "Apa pulak!! Abang-abang senior semua panggil dia Abang. Dia Pembantu Makmal je."
Pelajar 1: "OK..macamni..kita tanya ustaz..Jom!!"
(Saya mendengar perbualan mereka sambil tersenyum kerana mereka bertelagah di sebelah saya sahaja. Kemudian saya pun terus berjalan pergi.)

Pelajar 1: "Ustaz!! Ustaz ni ustaz kan??
Pelajar 2: "Eh apa pulak!! Cikgu la!!"
Pelajar 3: "Ada pulak tanya soalan macam tu..Apa la korang ni?"
Sarep: "Eh!! Jangan la gaduh sebab tu jer..Ana tak kesah antum nak panggil ana apa. Ana ni Pembantu Makmal jer. Tak lebih dari itu."
Pelajar 1: "So nak panggil apa?"
Sarep: "Anta panggil ana ustaz kan? (sambil memandang tepat pada Pelajar 1) Anta pula panggil ana cikgu kan? (sambil memandang tepat pada Pelajar 2) Anta pula panggil ana abang kan? (sambil pandang tepat pada Pelajar 3). Semua tu ana terima. Bahkan ana ucapkan terima kasih sebab beri gelaran yang baik pada ana."
Pelajar 1, 2, & 3: "Yeah!! Kita betul!!!" (berteriak dengan muka bangga semacam).

Ketika khabaran tentang saya pergi ke Indonesia pada tahun 2008 tersebar di kalangan warga Al-Amin, apabila saya tiba di SMIAA, ramai pula memanggil dengan gelaran "Mas" Syarep. Mas dalam bahasa Indonesia itu bermaksud "abang" juga. Apabila ada orang yang tak mengenali saya dengar orang memanggil saya "Mas", terus orang itu bertutur Indonesia dengan saya kerana menyangka saya ini orang Indonesia pula.

Ini pula ada gelaran yang baru pertama saya dengar orang panggil pada saya. Berikut adalah perbualan yang menyebabkan berlakunya panggilan baru ini.

(Ketika di program tamrin sebelum solat Isya')
Pelajar 4: "Abang, kali ini siapa yang jadi Imam?"
Sarep: "Kali ini, biar abang-abang tu yang jadi Imam""
Pelajar 4: "Kalau macam tu, abang jelah yang jadi Imam. Sebab Abang kan abang jugak. Abang ni Abang segala Abang-abang. Abang di atas Abang-abang."
Sarep: "Uish..takde la macam tu. Abang ni hanya abang jer"
Pelajar 4: "Eleh abang. Apa-apa jelah abang. Tapi abang tetap abang segala abang-abang."

Wah!! Ini lebih dahsayat gelaran ni.

Tapi, walau apapun. bukan saya meminta segala gelaran-gelaran ini. Bukanlah berhak saya pada semua itu. Tapi melihatkan keadaan ini, betapa setiap yang diberi gelaran ini dipandang mulia sehingga ia dipanggil sedemikian.

Kan sedap di dengar bila pelajar memanggil gurunya dengan gelaran "Cikgu", atau "Ustaz" atau "Ustazah". Kenapa pula panggilan rasmi pada guru-guru sekarang mesti menyebut "Puan" atau "Cik" atau "Encik". Hilang darjat guru tu sendiri dalam pemuliaan mereka jika tidak di panggil "Cikgu".

Betapa mulianya mereka yang bertugas menjadi guru. tapi alangkah sedihnya jika mereka yang dimuliakan ini, dicemari dengan tingkah laku atau peribadi yang tidak selayaknya. Bagaimana seorang guru boleh merokok sedangkan dia melarang pelajarnya merokok? Itulah yang menyedihkan.

Begitulah Allah memuliakan orang yang berilmu itu pada yang lain dengan beberapa darjat kerana ketinggian ilmu itu bukan untuk disombongi, tapi untuk dididik agar dapat mengharungi kehidupan dengan lebih baik dan selamat mencapai tujuan hidup. Bukannya seseorang itu banyak ilmu maka banyaklah gajinya. Itu bukanlah ukuran, tapi sejauh mana dia mengamalkan ilmu itu dalam mendapatkan redho Allah.

Kalau setakat ilmu itu hanya untuk peperiksaan, maka ia tidak akan kekal di dada selama anda hidup di dunia ini.

5 comments:

amin.mh said...

oleh itu, majlis menjemput ustaz abg syarifuddin utk menyampaikan taklimat beliau. dengan segala hormatnya dipersilakan.

ha kan senang

~al-Barq~ said...

yaaa mas lah mas segala mas mas berbanding mas mas yg ada di al-Amin kini hahahaha

Awau said...

pengorbanan
seorang abang
di kala abang-abang yg lain
mencari keabangan di perantauan

~adik

Asif said...

ALLAH..nta punya metodologi memang tersusun, dari segi mengharmonikan pendapat, syarah dan sebagainya. Nta datangkannya dalam bentuk penceritaan nta.

Masa ana di Indon, ada beberapa ikhwah yang tanya ana kenal nta atau x, who knows, nta really terkenal. Lagi terkenal insya Allah nta dalam kalangan penduduk langit. Aminn..

mas syarep said...

amin.mh..
hehe..sudah la..xpyh letak apa2 pun dah senang sbnrnyer..lg buat tegelak ade ar..hehe

~al-Barq~..
xtau nk kata apa..sbb xtau ni lawak ke ape..ape2 jelah al-Barq..

Auzaie..
ni lg sorg..sastera dia mmg menebal..sebut betul2 "keabangan" tu..klo tambah huruf "g" lg di blkg..mmg dasat ler..

Asif..
ade ikhwah indon kenal ana?tu ikhwah m'sia yg blaja kt indon kot..hehehe..dia silap org kot..cube sebut skit spe nme ikhwah tu..bole ana doakan dia dlm kerinduan tu..hehe..ana xharap utk dikenali ramai..ana hanya hrpkn redho Allah je..biar la sesape kenal ana pun..mudah2an Allah membalas mrk dgn slm ana terhadap mrk..