Sekarang ini, dah begitu banyak Mushaf Al-Quran mudah untuk didapati. Ada juga yang menggunakan teknologi terkni untuk membantu orang ramai mudah untuk mempelajari al-Quran.
Sepengalaman saya melihat al-Quran yang ada di sekeliling saya, bermacam-macam bentuk mushaf yang saya dah jumpa. Alhamdulillah perubahan demi perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini terhadap al-Quran ini adalah satu suasana yang sihat pada masyarakat Islam hari ini. Tapi sejauh mana kita sebagai umat islam menghargai pembaharuan ini?
Cuba bayangkan ketika awalan, Mushaf Al-Quran adalah sebesar ini. Bagaimana umat Islam ketika itu cuba mengamalkan Al-Quran itu sendiri? Antaranya mereka menghafalnya pada waktu kanak-kanak lagi dan ketika meningkat dewasa sehingga ke mati sekalipun, mereka tetap menghafalnya. Mereka mempelajari al-Quran ketika zaman kanak-kanak mereka kerana dahulu ditempatkan Mushaf-mushaf Al-Quran ini hanya di madrasah-madrasah (sekolah) atau Istana sahaja kerana bilangannya amat terhad. Buktinya; lihat sahaja biografi ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Khawarizmi, dan ramai lagi. Semuanya hafal al-Quran ketika usianya kecil lagi.
Ketika saya kecil pula, Mushaf Al-Quran semuanya serupa; iaitu jenis mushaf dari Saudi. Itu adalah yang paling kecil ketika itu. Jadi di Malaysia ketika itu tidak begitu banyak jenis mushaf yang ada untuk dimiliki.
Kemudian saya melihat ada Mushaf Al-Quran yang berzip, wah!! Ini suatu pembaharuan yang terkini (ketika itu) kerana jarang untuk menjumpai mushaf yang berzip ini. Saya tak boleh bayangkan bagaimana orang terdahulu sebelum kita mencetak Mushaf Al-Quran hanya dengan menulis dengan tangan mereka sahaja. Nasib baik tulisan mereka cantik.Ketika saya kecil pula, Mushaf Al-Quran semuanya serupa; iaitu jenis mushaf dari Saudi. Itu adalah yang paling kecil ketika itu. Jadi di Malaysia ketika itu tidak begitu banyak jenis mushaf yang ada untuk dimiliki.
Tidak beberapa lama selepas itu, kelihatan ada banyak Mushaf Al-Quran yang mula membantu Umat Islam dengan meletakkan warna-warna di dalam mushaf untuk membantu pembaca baca dengan bertajwid. Kemudian ada juga yang didatangkan dengan makna ayat al-Quran itu sendiri dan ia lebih ringkas. Tapi ada yang lebih menarik ialah, mereka (penerbit mushaf) menggunakan konsep yang sama dengan meletakkan makna ayat di dalam mushaf, tapi kulit mukanya yang lebih beraneka warna.
Lebih membantu lagi apabila ada dapat membaca dan juga didengari bacaan daripada Qari-qari Al-Quran yang sedap-sedap didengari bacaan mereka. Sehinggakan jika mereka ingin membaca, ingin melagukan seperti para Qari tersebut. Maka kehadiran Mushaf Digital berinovasi ini juga dapat membantu bagi mereka yang sedang belajar membaca al-Quran. Kerana padanya (mushaf) itu terdapat kaedah tajwid (ada tanda dan warna), ada benda serupa pen yang apabila disentuh pada mushaf itu, akan ada bacaan audio daripada pen itu yang membacakan ayat tersebut.
Waah!! Canggihnya dunia hari ini. Ada juga yang menggunakan inovasi untuk mendidik anak-anak kecil yang meletakkany juga beberapa perkara yang interaktif seperti gambar-gambar tentang kisah-kisah yang diceritakan di dalam al-Quran dan sebagainya.
Maka dikesempatan ini, saya ingin mengajak para pembaca agak dekatkanlah diri anda dengan al-Quran. Kerana, sekiranya anda dekat dengan al-Quran, anda juga mendekatkan diri dengan Allah. Kerana al-Quran itu adalah Kalamullah. Bukan sekadar mushaf semata-mata. Bayangkanlah generasi terdahulu seperti para sahabat, yang meletakkan segala urusannya dengan al-Quran.
Bayangkan juga mereka yang hidup pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu, mereka sudah menguasai al-Quran terlebih dahulu, barulah mereka mempelajari ilmu-ilmu lain seperti metamatik, sains, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dihayati dengan ilmu-ilmu al-Quran di dada. Alangkah indahnya mereka mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan mereka.
Sekarang ini juga ada produk minuman yang menggunakan keberkatan al-Quran dan keupayaan berzat daripada Za'faran untuk menyihatkan tubuh badan kita. Saya terbayang, kalaulah Air Musoffa yang ditulis ayat-ayat As-Shifa' (penyembuh) dengan tinta Za'faran itu mampu memberikan manfaat yang baik, kenapa tidak dengan produk atau servis perkhidmatan seperti restoran makanan ataupun suasana kerja yang dipasang bacaan al-Quran atau diajak bersama-sama rakan sekerja untuk membacankannya bersama-sama. Memanglah yang melimpahkan keberkatan itu adalah Allah, tapi kalau tak berusaha untuk mendapatkan keberkatan, sampai bilalah takkan dapat keberketan itu.
Baru-baru ini saya ada pergi ke sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah saya. Restoran itu biasa-biasa sahaja kerana memang selalu juga pergi ke restoran tersebut sebelum ini. Cuma ada terlalu banyak kelainannya berbanding sebelum ini. Kelainannya ialah pemilik restoran itu memasang ayat al-Quran di premisnya. Apatah lagi mereka memasang surah Yasin. Apa tanggapan para pembaca jika dengar surah Yasin di suatu tempat? Mungkin ada yang mengatakan; "Malam Jumaat ker malam ni?" atau "Ada kematian ker kat sini?". Pada keesokkan petangnya saya datang pada waktu yang sama juga, premis itu memasang bacaan surah Yasin juga.
Saya yang sedang menunggu makanan sampai ke meja makan saya, tiba-tiba membacakan juga ayat yang dibacakan bersama-sama dengan audio yang dipasang itu. Saya menyedari, bahawa bukan saya sahaja yang membacakannya juga, tapi turut yang membacakannya ialah pelanggan lain yang sedang menunggu makanan mereka atau yang sedang makan. Turut serta membacakannya juga adalah para pelayan di restoran tersebut dan juga tukang masak yang sedang memasak di dapur itu. Jelas melihat mulut mereka terkumat-kamit mengikut membacakan Surah Yasin juga. Surah yang ramai orang menghafalnya dipasang, maka ramai yang mengikut bacaan tersebut walaupun tidak melihat mushaf. Bayangkanlah keberkahan makanan yang dimasak oleh orang yang membacakan al-Quran itu. Alhamdulillah, yang lebih mengagumkan saya lagi, pelanggan yang sedang menunggu makanan mereka tidak berborak ataupun tidak berbuat bising kerana mendengar ayat al-Quran ini, lalu mereka menghormatinya. Subhanallah!!
Selepas daripada itu, saya terfikir untuk memasangkan bacaan al-Quran di dalam makmal sekolah saya dan saya juga ingin membaca al-Quran di makmal juga. Mudah-mudahan pelajar yang menggunakan makmal ini juga mendapat keberkahan al-Quran dengan suasananya dan kecintaan mereka terhadap al-Quran. Insya Allah.
Sesungguhnya perubahan dan evolusi yang berlaku pada Mushaf Al-Quran ini semakin berkembang, begitu jugalah dengan harganya. Maka ada yang mempersoalkan bahawa ini adalah seperti kegiatan menjual ayat-ayat Allah!! Itu adalah larangan Allah seperti di dalam al-Quran (tak ingat ayatnya). Pada pendapat saya, ini semua adalah usaha-usaha untuk membantu orang ramai untuk membaca al-Quran dengan lebih lagi, memudahkan untuk memahami maknanya sekaligus mengharapkan mereka memperoleh penghayatan daripada memahami makna-makna Kalamullah ini.
Bukanlah ini menunjukkan tidak perlu anda merujuk para ustaz atau ustazah, guru-guru al-Quran dan Kelas al-Quran. Belajar ilmu al-Quran itu wajib. Tapi gunanya pelbagai bentuk bantuan pada mushaf itu apabila anda ingin membaca dan mempraktikkan pembelajaran al-Quran secara peribadi. Kadang-kadang menjadi masalah kita pada hari ini, hanya membaca al-Quran pada Kelas Mengaji sahaja, Kelas al-Quran sahaja, Majlis Tahlil sahaja, itu pun baca satu surah sahaja, Majlis Tadarrus sahaja dan sebagainya.
Kita ada banyak waktu yang membuatkan kita mampu mengkhatamkan al-Quran sekali sebulan. Tapi ada pula fikir yang khatam al-Quran ini macam berkhatan, sekali sahaja sudah cukup. Bukan!! Lagi banyak khatam al-Quran, insya Allah lagi banyak pahala yang Allah janjikan kepada kita dengan dilimpahi keberkahan al-Quran itu sendiri. Seandainya anda dapat membaca satu juzuk satu hari, pasti anda mampu mengkhatamkan al-Quran dalam sebulan.
Tapi bagaimana untuk membaca satu juzuk satu hari? Penatlah nak baca sekaligus...
Sabar. Dalam satu hari ada 24jam, takkan dalam 24jam tak boleh nak dibahagi-bahagikan masa untuk membaca Al-Quran? Allah telah menetapkan kepada kita untuk solat 5 waktu sehari. Satu juzuk itu bersamaan dengan (kurang lebih/lebih kurang) 20 muka surat. Jadi andaikata anda membaca 4 muka surat sahaja setiap kali selepas anda menunaikan solat fardhu (4 m/s x 5 waktu = 20 m/s), insya Allah kalau anda dapat berterusan dengan usaha ini, anda dapat mengkhatamkan al-Quran selama sebulan.
Nanti timbul persoalan lagi...macamana nak berterusan tu plak?
Aduh..sebab itu kita kena kikis perasaan malas kalau kita nak buat baik. Selalunya setiap kali nak buat benda baik sahaja, pasti syaitan akan ganggu kita dan membuatkan perasaan kita lupa untuk membuat ibadah ni. Jadi, kalau anda nak jadi baik, anda perlu berperang dengan syaitan yang menggunakan nafsu anda sebagai senjatanya. Memang benarlah Allah mengatakan bahawa syaitan inilah musuh yang nyata tapi tak nampak. Ingat!! Ada hati..semua jadi..!! Tanamkan perasaan anda ingin bersama dengan Allah. Maka berdoalah dahulu setiap kali ingin membaca al-Quran dan selepasnya. Mudah-mudahan dilimpahi keberkahan pada si pembacanya.
3 comments:
Insyaallah suatu hari nanti setiap amalan yg dikerjakan masyarakat akan dipenuhi dgn keberkahan ayat al-Qur'an itu. skrng dilihat kbnykn restoran memasang bacaan al-Quran di restoran mereka. tidak mustahil nanti stesen minyak, kilang2, syarikat2 dan sebagainya mengamalkan al-Qur'an itu sendiri.
(terbayang minyak petrol yg dibaca dgn ayat yasin, insyaallah penuh barakah nanti hehe)
=) Makin maju
~al-Barq~..
hmm..ana pun tgh terbayang klo stesen minyak pun buat mcmtu..subhanallah!!
nurazahfathirah..
maju?terima kasih..
Post a Comment