Thursday, January 14, 2010

Rehat yang Membunuh..!!


Seronok pula melihat poster ini, benar-benar mengingatkan diri saya sendiri tentang bahaya berehat. Memang kita perlu berehat, tapi ada bahayanya jika kita terlebih berehat. Kerana Allah sudah meletakkan fitrah bagi semua manusia waktunya berehat.
Dalam al-Quran surah An-Naba' ayat 9 dan 10:
وجعلنا نومكم سباتا
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat."
Juga di dalam surah Al-An'am ayat 96:
فالق الإصحاب وجعل الليل سكنًا والشمس والقمر حسبانًا ذلك تقدير العزيز العليم
"Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Sememangnya fitrah manusia berehat di waktu malam. Tapi kini, waktu malamlah ada bermacam-macam aktivti. Menghidupkan malam dengan berbagai aktiviti tak sepatutnya. Ada yang nak tengok cerita "Cucu Betong" la, ada nak tengok movie, ada yang nak main game, ada yang nak main futsal, ada yang main basketball, dan yang lebih dasyat, ada yang berlatih silat dari selepas Isya' hingga ke 3 pagi.
Kalau ada kerja yang sangat penting sehingga ke malam, dibolehkan. Tapi janganlah melewatkan malam dengan benda yang tidak penting sehingga ke larut malam. Tapi kalau sewaktu siang hari pun kita masih mahu mencari-cari waktu rehat yang banyak sangat, ia benar-benar akan merugikan kita. Kerana apa? Berlalulah detik-detik penting di siang hari yang akan kita ketinggalan. Sememangnya Rasulullah s.a.w. juga ada berehat sebentar di waktu tengahari (qailullah), tapi ia hanya seketika.
Kerana rehat akan menyebabkan kita menangguh-nangguhkan kerja kita. Sehingga akhirnya kerja itu akan tidak siap dan memberikan mudharat pada kesan kualiti kerja kita nanti. Pepatah Arab mengatakan; "Masa umpama pedang, jika kamu tidak menggunakannya, kamu akan dicantasnya".
Mencari-cari kerehatan menandakan nafsu kita semakin pandai memujuk-mujuk kita sehingga kita tewas dengan nafsu sendiri. Apabila nafsu terus memujuk kita, lama-kelamaan kita pula akan menuruti segala kehendaknya. Pujukkan nafsu itu antaranya, sehingga ke peringkat membanding-bandingkan di antara kesenangan dengan beban yang akan kita pikul nanti. Pastilah kesenangan yang akan dipilih kerana ia telah menjadi penanda aras dalam penilaian. Kerana itulah ada hadith yang menyatakan bahawa jihad tertinggi ialah melawan hawa nafsu. Melawan musuh yang tidak nampak ini.
Seorang mujahid tidak akan mudah tewas kepada musuh-musuhnya termasuklah nafsu ini. Baginya, jika rehat, masa akan terus berlalu, dan rugilah kerana tidak menggunakan masa yang juga senjatanya di dalam berjuang. Mereka lebih suka terkorban ketika berjuang daripada rehat meninggalkan perjuangan yang berlangsung.
Jadi, bagaimana pula anda?

5 comments:

~al-Barq~ said...

rehat yang berlebihan juga membantutkan mutaba'ah amal kita ......

p/s: saya tetap bersyukur walaupun 45/50

Awau said...

al-barq-satu pengakuan yg jujur
hmm sememangnya kerehatan berlebihan membuat seseorang itu kelelahan,dan tak bermaya,contohnya:tidur lebih daripada yg perlu membuatkan badan jadi lesu dan hormon tidak aktif..

Karim V said...

Jalan INI sememangnye memenatkan,
sebab kita yg mengerakknnye..

barakallahu alaik..

p/s:sdg merindui zmn "kesucian" bilik persediaan makmal...
hehe
:)

Hasnan said...

salam mas,

poster menarik..cuma, maksud استراحة المقاتل bkn 'rehat yg membunuh' tp 'rehat si pembunuh'... lain maksud tu kan?

p/s: mas mmg pembunuh! pembunuh tikus makmal :)

mas syarep said...

~al-Barq~..
haa..tau pun..tp 45 tetap bwh 49 kn?hehe......

Auzaie..
time kasih..

Karim V..
takde la..kite penat bkn sbb kite menggerakkannya..klo xde kite pun..ia tetap berjalan..tp yg memenatkan tu..adalah kite..yg kering..

Hasnan..
hehe..tajuk ana mmg cite psl "rehat yg membunuh"..sbb tu ana lbh cite rehat yg membahayakan..bknnyer ana nk tarjim tajuk poster tu..hehehe..cover cemerlang ana ni..hehehe..