Thursday, January 21, 2010

Cuba try test uji....

Perkara yang sama, tapi maksudnya mendalam. Itulah lafaz yang selalu tersasul jika sesuatu yang tidak dapat dibuat. Seperti nak menghidupkan komputer riba, atau LCD Projector atau alatan elektronik dan sebagainya.

Oleh kerana takut jika berbuat sesuatu untuk cuba menghidupkannya akan menjadi rosak, maka diminta orang untuk cuba memasang alat elektronik tersebut agar ia hidup. Maka mereka ini hanya mengeluarkan teori untuk membantu pemasangan alat elektronik itu sehinggalah hidup. Maka dengan dorongan serta teori mereka yang takut untuk memasang alat-alat itu, maka terkeluarlah istilah "Cuba kamu pasang sini...try situ pula..test dengan ini pula..dah uji?".

Maka akibat masa yang mendesak, jalan penyelesaian pun masih tidak berjumpa lagi dengan tekanan. Maka terkeluarlah kalimah keramat yang tersangat mendorong lagi termotivasi untuk menyelesaikan masalah itu iaitu: "CUBA TRY TEST UJI.."

Mengapa ayat yang sama makna dilafazkan di dalam satu kalimah berlaku?

Jika dilihat mengikut kaedah wurud (sebab keluar), ia adalah akibat tekanan yang mendesak mengaburi emosi supaya penyelesaian mesti diselesaikan secepat mungkin. Apabila manusia digelapi dengan lumuran tekanan, maka timbangan pemikiran seseorang akan menjadi tidak sesuai dengan keadaan asalnya sehingga dapat dibuktikan bahawa emosinya benar-benar terganggu.

Kemudian kita melihat pula kaedah hukum shorof (susunan ayat), meletakkan setiap ayat-ayat itu di dalam suatu kalimah adalah dengan sandarafan isim mausouf yang berganda mengikut turutan yang hebat kepada lebih hebat. Di dalam ilmu qawaid pula, kaedah penyebutan itu tidak dibaca secara jazam (mematikan huruf belakang), tetapi ia dibaca dengan majrur (berbaris bawah) kerana ada perkataan yang dihilangkan sebelumnya.

Mari kita membahas lagi tentang kekuatan kalimah ini dari segi kepentingan setiap ayat itu satu per satu memenuhi dalam satu kalimah yang seterusnya menjadi suatu penegasan yang mutlak untuk melaksanakannya.

Penggunaan ayat pertama iaitu "CUBA" membawa maksud kepada "haraplah, hendaklah, silalah, sudilah" dirujuk di dalam Kamus Dewan edisi ke-empat muka surat ke 290 pada kalimah cuba. Ringkasnya ia memberi maksud mengajak atau menyuruh secara halus.

Penggunaan ayat yang kedua iaitu "TRY" mengikut kamus The Everyday Dictionary:"to make trial of, to attempt, to afflict". Ringkasnya ia adalah satu usaha yang dilakukan berulang-ulang kerana untuk mendapatkan hasil. Tapi ia berbeza pula dengan ayat "TEST" mengikut kamus yang sama iaitu:"means of trial, to examine, to prove, to attest". Suatu usaha yang lebih lagi untuk memastikan sesuatu itu berhasil dengan ini pembuktian.

Akhirnya, kalimah disudahi dengan perkataan "UJI" yang membawa maksud percubaan untuk menentukan buruk baiknya. Ia seperti sentuhan penyudah dalam suatu usaha untuk memastikan keberhasilannya.

Maka kekuatan kalimah ini adalah sesuai dengan melafazkan dalam nada terburu-buru sebagai bentuk kesungguhan yang tidak terperi harapannya untuk mendapatkan hasil itu. Kerana itu ia dibaca secara tafkhim (keras/kuat) dengan tanpa sebarang panjang kerana ia perlu disegerakan. Sekiranya ia dibacakan secara tarqiq (lembut), maka nada itu adalah memberi erti sebagai mengajuk atau memperlekehkan atau mengejek kepenggunaan ayat tersebut dengan nada yang melucukan. Maka haruslah kenal akan seseorang itu dalam menggunakan kalimah ini.

Maka tamatlah perbahasan saya tentang kalimah hebat ini sebagai kaedah penggunaan kata di dalam kehidupan kita ini seharian. Seandainya ia sesuai untuk anda gunakan, maka gunakanlah dengan baik.

p/s: Ini adalah versi meghaban lagi merepek..muahahahaha!!

7 comments:

~al-Barq~ said...

kalimah yg xde org pernah terfikir "kepelikannya" pon die bole lg bahaskan hahahahaha

amin.mh said...

Apabila Pembantu Makmal Menulis...

sesuai ah dgn cuba try test uji~
hahahahaha

almuna said...

a ah la sarep ni, pasai tu pun dia boleh cerita.tu pasal selalu dia jadi bidan terjun bagi ceramah. dan kalau main games yang sebut satu perkataan dan cakap pasal yang berkaitan dengan perkataan tu, mesti dia menang punya.

Awau said...

mmg motif,
analogi dan perbahasan yg pnjg,
konklusinya,mari mencuba :D

mas syarep said...

bila baca balik ape yg ana tules ni..mmg berguling2 gak ar..ust hasnan ckp..dia xsampai hati nk tules komen sbb lawak sgt..

hahaha..mmg spontan gak ar..maaf la sape2 yg bce lpstu gelak sampai jatuh sakit ye..hehe

~al-Barq~ said...

mmg smpi senak perut... nk nafas pun x larat dh

Yayasan Ilmu said...

Assalamualaikum, menarik cerita saudara. Mungkin saudara boleh menyumbang kpd idea yg dimuatkan dalam Yayasn-ilmu.blogspot.com boleh kita kongsi sama-sama,insya Allah