Monday, January 25, 2010

Dugaan Selsema


Sakitnya hidung bila selsema. Air terus mengalir daripada lubang hidung. Mengalir tanpa henti seperti Sungai Nil yang besar lagi luas, seperti Sungai Tigris yang deras, seperti Sungai Euphrate yang indah. Setiap kali terbesin, pasti keluar daripada ia akan sinaran-sinaran indah seperti mutiara-mutiara yang berkilauan.
Oh selsema yang datang pada waktunya. Engkau mewarnai hidupku dengan derita.
Oh selsema yang jarang kali untuk dimilikinya. Engkau pasti hilang jika aku mengambil ubat.
Oh selsema yang membuatkan aku sengau. Engkau membuatkan aku digelak orang yang mendengar kata-kataku yang sengau.

Jika diberi pilihan sama ada sungai atau selsema, aku lebih rela tidak memilih kedua-duanya. Kenapa? Kalau jumpa sungai, asyik dok berendam jer kat dalam sungai tu, kalau selsema, hidung asyik sakit jer...

Apabila selsema hadir, smua benda susah nak buat. Kerja susah nak buat, makan pun susah nak bernafas, nak fikir apa-apa pun susah, asyik dok fikirkan kat mana boleh dapatkan tisu.

Tapi bila dibandingkan hari-hari biasa, alangkah indahnya nikmat sihat, tapi kita selalu lupakan nikmat sihat ni. Sihat atau selsema, sihat tersangat la berharga. Kerana itu Rasulullah s.a.w. ingat kita bahawa betapa pentingnya kesihatan. Mudah-mudahan setiap dugaan ini menjadi kiffarah(penghapus) dosa-dosa lalu. Serahkanlah pada Allah atas hak-Nya.
Setelah berjumpa doktor, ubat pun dapat. Tapi pelik, M.C tak dapat....kenapa ek? Bukan senang nak merasa cuti ni..ish..tak mengapalah. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.

6 comments:

Unknown said...

syafakallah :)

pssst, aku tahu macam mana nak dapat MC. kena pandai buat mimik muka. haha

mas syarep said...

ko jer yg pakar bab2 buat muka ni..muehehehe

Unknown said...

peh kena balik. haha kau belajar la dari sekarang. nanti mahir la tu :P

amin.mh said...

ya
suara anda sengau2 terngiang di telinga..
walaupun jarang sekali dengar
tp uhh...ya saya sangat pasti itu suaranya!

wawan romansah said...

salema memang menjengkelkan ya tapi disyukuri saja

The Spiral Eyes said...

sakit itu kifarah dosa sahabat,waima tercucuk duri sekalipun