Monday, November 24, 2008

Tentang Nikah...?

Sekadar gambar hiasan

Ramainya orang asyik bertanya kepada saya;
"Bila nak nikah?"
"Dah ada calon kan? Apa lagi...?"
"Sarep..tengah tak sabo nak makan Nasi Minyak ni.."
"Aik?? Takkan datang bawak coklat dengan keychain jer? Mana kad?"
"Haa Sarep..lama tak jumpa..mana isterinya?"
"Nak pegi mana?Indon?Buat apa?Kawen ek?"
"Laa..ni pegi Aussie pulak..buat ape?Kawen orang sana pulak ker?"
"Sarep..naqib dah kawen..ni petanda besar untuk kawen ni Sarep!!"
"Jangan tunggu lama-lama Sarep.."

Ya Allah........soalan macam ni..........kalau sekali dua kena..tak per..ini..SANGAT KERAP!!!

aduh..


hanya mampu memberi jawapan;
"Bila? Kejap lagi..jom ar pegi..hehe"
"Calon??memang banyak kat luar sana tu..tunggu nak shake hand dgn juru nikah jer"
"Laa..pegi la kedai..banyak jual Nasi Minyak tu.."
"Kad? Lambat lagi nak raya..nanti ana bagi kad untuk hepi Deepavali..nak?"
"Isteri? Alamak..!!tertinggal la..hahaha!!"
"Pergh!!ni satu idea menarik!!pegi Indon nikah kt sana kn?murah skit..hehe"
"Cari orang Aussie la plak..nanti makan Nasi Minyak Daging Kanggaroo..hehe"
"Petanda ker?Amiiiin..mudah-mudahan!!!Makbul lah doa ntum"
"Jangan tunggu lama-lama??ermmm..erm...ya insya Allah"

Saya faham semua orang ingin memberikan dorongan lagi semangat agar dapat meneruskan satu Amal Dakwah kita..tapi apa kan daya..saya ini hanyalah seorang Pembantu Makmal..
Hendak "membina sebuah Masjid", perlulah mempunyai kontraktor yang siap-sedia menghadapi pahit-getir dalam usaha mendirikan masjid serta memahami kehendak majikan serta masjid itu sendiri.

Perlu juga batu-bata yang cukup lagi kukuh berkualiti untuk didirikan sebagai dinding-dinding dan tiang-tiang seri yang akan mengukuhkan bangunan masjid itu. Setiap batu-bata itu pula perlu ditampal dengan simen-simen yang dapat tahan lama. Cat yang akan menghiasi masjid tu pula perlu dicari cat yang dapat tahan dengan cuaca yang mencabar dengan panas dan lembabnya menyebabkan lebih mudah untuk kulat menumbuh. Dalaman binaan itu pula indah dihiasi dengan hiasan yang akan menyenangkan sesiapa saja melihatnya..

Jadi begitulah juga persediaan untuk membina rumah tangga. Kita perlu mencari calon yang siap sedia menghadapi pahit-getir dalam membina insitusi kekeluargaan ini serta memahami berkongsi hidup dengan teman baru juga keluarga yang dibina itu.

Persiapan dari segi luaran serta dalaman juga perlu kukuh agar keluarga yang dibina dapat mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran termasuklah fitnah dan juga hasad dengki. Bahkan kekeluargaan yang dibina bukan sekadar "cukup syarat", tetapi ia juga perlu dibina agar ia dilihat indah oleh orang lain sebagai salah satu cara/wasilah dalam berdakwah. Maka itulah penting kekuatan Iman yang menghiasi dalaman keluarga serta kekukuhan struktur kekeluargaan dari segi material dan intelektual.

Maka, sedarlah wahai para pembaca yang setia, semua ini memerlukan masa yang agak panjang, bukan mudah seperti yang disangka atau seperti melihat dalam cerita-cerita cinta seperti ada di televisyen. To build the great empire of Rome need 100 years or more, but to demolish it, only one day. Itulah pepatah yang Kevin Ruud(PM Aussie) ungkapkan dalam ucapan beliau tentang pemulihan sistem ekonomi di Australia.

Saya sangat berterima kasih kepada semua yang terus menerus memberikan galakan serta dorongan agar cepat bernikah. Mudah-mudahan usaha semua orang akan membuahkan hasil yang indah lagi manis. Teruskanlah usaha anda dan iringilah ia dengan doa juga. Sungguh, saya juga akan cuba melipat-kali-gandakan usaha saya serta doa saya dalam mencapai pembinaan insitusi kekeluargaan Muslim yang berkebajikan..!!!

4 comments:

Afham Fuad said...

ha..allahyarhamah nenek anta pun da kate..pilih pompuan yg baik hati budinya.x cantik x pe..

ingat uh..

almuna said...

Betul tu, semua nak kena ada kalau nak dirikan masjid. Tapi kan, kalau dirikan guna kemah dulu pun tak pe...Allah akan beri rezki tu kemudian, insyaallah. Tengok surau kita tu. Tak de lah lama sangat solat kat bawah kemah. Tup tup dah ada surau...ok jugak apa. Kemudian baru la ada cat, simen pasir suma tu.... reverse kira gitu

Awau said...

jgn terpengaruh! :D
harap dpt bina masjid
dgn batu-bata yang berkualiti
:D biarpun 1/2/3/4/5/6/7/8 bulan atau tahun
ana fhm..
bahkan susah ana meneka teman hidup dan dakwah anta sarep.
apatah lg ana?

mas syarep said...

thanks cegu alia!!!
nasihat yg plg best!!
hahaha!!

tp yg ana mksdkn dlm penulisan ana sblmni..bkn sekadar material..tp dr segi dalaman..terutama sekali rohis..

to auzaie..tak payah teka2..n jgn sekadar berhadap..terus jer buat dengan doa..baru la dpt hasil..tul x?hehe