Tuesday, November 18, 2008

Dendang Perantau II (The Advanture of Sarep to Center of the Perth)

Salam Perantauan sekali lagi...

Alhamdulillah, ada kesempatan pula sekarang ini untuk menulis lagi di negara orang. Kebanyakan pusat membeli-belah di sini mempunyai WiFi,jadi dikesempatan ini, maka menulis sebentar untuk berkongsi dengan para pembaca. Alhamdulillah kali ini, saya sudah membiasakan diri dengan cuaca di Australia. Cuaca, bukan lagi penghalang bagi saya.

Kali ini, saya ingin menyentuh tentang freindly penduduk tempatan ini. Memang benarlah Allah mengatakan yang Allah menciptakan manusia ni berpasang-pasang dan berpuak-puak untuk kita saling mengenali(lita'arofu). Maka inilah hakikat yang saya pelajari dari perantauan saya ini. Baik di Indonesia mahupun di Australia. Bukanlah saya kata begini, maka rakyat Malaysia tidak friendly, tapi mereka punya kelebihan yang tidak ada pada kita dan kita pula ada kelebihan yang tidak ada pada kita.

Sekali lagi saya ingin minta maaf kerana tidak dapat memuatkan gambar dalam blog kali ini kerana saya sedang menulis blog ini di tepi kedai sahaja sambil menunggu sepupu-sepupu saya sedang membeli-belah, jadi tidak kesempatan untuk memuat-turunkan gambar. Maaf ya.

Saya sangat teruja melihatkan orang-orang tempatan di sini sangat mesra dengan semua orang, baik dia bukan orang Australia sekalipun seperti; orang Cina, Pakist, Hungarian, Italian, Spanish, Maorish, French, English, Russian, Polski, Sweedish, Turkish, Malaysian, African, dan banyak lagi. Telah menjadi budaya hidup mereka untuk ramah-mesra dengan semua orang. Mereka juga mempunyai nilai berbudi-bahasa dalam pergaulan mereka. Semua itu telah menjadi satu budaya hidup di Australia ini. Saya suka memberikan contoh ketika mana saya memasuki ke sebuah kedai, baru sahaja masuk, mereka terus melayan saya dengan greetings yang sangat mesra.

Selalunya inilah ucapan-ucapan mesra mereka:
- "Good day mate!!"
- "Hello mate!!"
- "Cheers!!"
-"How do you do mate!!?"
-"Welcome to our store that we will help you to by the best from us"
-"How are you doing mate?!!"
-"ouh..Malaysian?Welcome to our country mate!!"
-"It is wounderfull to meet you mate!!"
dan banyak lagi.

Tapi, ada juga yang rasist(perkauman) serta berlaku tidak sopan. Yang rasist ni selalunya pada orang Africa dengan panggilan khas untuk mereka iaitu "niegar"(terdapat percanggahan pendapat tentang cara mengeja perkataan ini). Ada juga Australian yang tidak suka orang Afrika dipanggil sedemikian. Jadi mereka tahu jika sesiapa yang memanggil orang Afrika seperti itu, maka dia adalah rasist. Tapi kalau kita keluar malam, cukup di depan rumah sahaja, pergh!! Nanti nampak ramai yang mabuk berjalan terhuyung-hayang di jalanan sambil menyanyinya, mencarut sana-sini(sampai tiang lampu pun kena mencarut), lepas tu ada yang berkelahi sesama mereka(tumbuk kalau kena xpe jugak..mabuk la katakan), dan banyak lagi.

Bila keadaan seperti itu berlaku di jalanan, pasti polis tempatan akan datang dengan segera dan menyelesaikan pergaduhan tersebut dengan kudanya yang besar. Saya teringat ketika saya di Indonesia, saya juga pernah menyaksikan pertelingkahan seperti ini di Indonesia, tapi lebih dasyat kerana mereka bergaduh dalam keadaan sedar(tidak mabuk) dan membawa senjata tajam yang merbahaya. Di Indonesia, terdapat dua buah Universitas yang bersebelahan yang selalu sahaja bergaduh pada Jumaat malam Sabtu, menurut penduduk tempatan, mereka ini kadang-kadang bergaduh kerana perkara yang kecil seperti perempuan dirampas orang, orang sebelah pihak diperas ugut oleh pihak yang lain hatta ada pelajar dari universitas lain itu menumpang tandas di universitas yang lain juga menjadi punca tawuran, iaitu pergaduhan. Biasanya mereka bergaduh kerana mahu menunjuk siapa yang lebih kuat.

Selama saya hidup, saya tidak pernah lagi melihat pergaduhan yang dasyat di Malaysia melainkan pergaduhan diantara orang yang mabuk, pergaduhan di antara budak-budak kecil(budak sekolah menengah pun ada!!), dan pergaduhan ketika demostrasi silat(demostrasi jalanan tu, saya tak panggil ia sebagai pergaduhan).

Sekarang ini, sepupu saya membawa saya ke bandar Perth. Ketika ini, saya dengan sepontan membuat perbandingan kehidupan di Perth dan juga Kuala Lumpur. Perth adalah sebuah bandaraya yang hendak membangun, manakala Kuala Lumpur pula sudah pesat membangun, bangunan di Perth tidak sepadat di Kuala Lumpur. Tapi melihatkan tapak pembinaan di Perth ini, saya sangat kagum kerana ia sangat bersih dan tersusun. Manakala pekerjanya pula adalah tterdiri dari kalangan penduduk tempatan. Anda pun tahulah kalau di Malaysia bagaimana bezanya. Kalau di Indonesia pula, bahan-bahan binaannya sangat mudah didapati, kerana ia menggunakan bulu sebagai rangka binaan dan batu-bata pula adalah buatan tangan. Teknologi yang digunakan di Australia memang hebat, bayangkan, untuk membina sebuah rumah satu tingkat, cukup 3 orang sahaja yang membuatnya.

Kemudian tahap kebersihan Bandar Perth memang sangat terjaga, setiap pengguna di Bandar Perth seolah-olah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan Bandar tersebut. Ada yang sanggup berjalan jauh semata-mata untuk membuang sampah. Kita pula? Boleh membuang sampah di merata-rata tempat. "Nanti ada la yang kutip sampah tu". Heh!! Itu saja alasan mereka.

Kemudian, para peniaga di Australia tidak pernah menipu, jika barang itu tidak berkualiti atau rosak, dia akan beritahu apa yang rosak dan kemudian dia turunkan harganya. Kalau ada diskaun tapi tidak tertera, maka dia akan beritahu tanpa menyembunyikannya, jika dia terlupa barang itu ada diskaun, dia akan minta maaf dengan segera kemudian dia berikan freegift. Memang menarik. Jalan raya di Perth pula, tidak ada kereta yang terlalu laju dan tidak ada yang terlalu perlahan. semuanya menurut undang-undang, jika menyalahi undang-undang, dengan segera polis akan datang dan saman pesalah tersebut. Kemudian yang paling saya kagumi ialah, pedestrian(pejalan kaki) sangat-sangat diraikan, jika ada yang ingin melintas jalan kecil di zebra line, pasti semua kereta akan memberi laluan kepada pejalan kaki.

Kalau di Malaysia, heh, tau-tau jelah kan..hehe..

Tadi, baru dapat panggilan dari kampung kami di Muar, Johor. Nenek kami sedang tenat di Hospital Muar. Kami terus membuat keputusan untuk segera pulang ke tanah air agar kami dapat menziarahi nenek kami yang tercinta itu. Kami terus menyingkatkan percutian kami di sini. Insya Allah, esok kami akan pulang ke tanah air. Kalau tidak, kami akan pulan hari Ahad, tapi kamii telah memutuskan hari Khamis akan kami pulang. Apabila mendengar berita itu, sayu di hati kami yang berada di perantauan ini. Tidak ada lagi mood bercuti, yang kami tahu, kami mahu pulang (pasang lagu Ebiet G. "aku ingin pulang") ke pangkuan nenek kami. Yang lebih sayu, ibu saudara ku menyatakan nenek asyik menyebut nama kami serta anaknya iaitu ayahku. Ayah saya sekarang di Mekah sangat-sangat merindukan ibunya yang sedang sakit tu, hampir setiap hari ayah memberi SMS kepada kami tentang keadaan nenek. Ayah hanya mampu berdoa untuk ibunya yang sedang tenat.

Insya Allah, apabila pulang sahaja ke tanah air, saya akan meneruskan penulisan tentang pengalaman ke negara orang ini. Semoga kita berjumpa lagi..

2 comments:

Rahman D said...

syarep kalau aku macam kau la..pergi utk melancong..hahha pasti aku tengah ketawa dan bergembira sekarang.hahhahahhaa

Awau said...

sadis :(