Baru jer selesai tengok cerita dokumentari "The Universe"..menarik..kerana mereka membawa perihal tentang pengakhiran Bumi dengan penerangan saintifik.
Ada fakta yang diterangkan sangat bersangkut dengan apa yang telah diterangkan di dalam al-Quran tentang Hari Kiamat. Ya Allah!! Apabila melihat gambaran secara grafik bergerak yang membayangkan pengakhiran Bumi, terasa sangat gerun dan menakutkan. Tiba-tiba sejenak terfikir, "kenapa selama ni baca al-Quran xterasa segerun ni?". Mungkin sekadar membaca sahaja, tapi tidak mengambil sebarang 'ibrah (pengajaran) daripada al-Quran. Nauzubillah.
Fakta tentang percanggahan pengakhiran Bumi;
Pendapat pertama:
-bila kita melihat langit dan memerhatikan pada suatu bintang yang tetap, kita akan mendapati saiz bintang itu akan bertambah.
-Kenapa jadi begini? Ramai ulama' berpendapat..eh silap..saintis berpendapat bahawa bukan saiz bintang itu yang bertambah, tetapi ia semakin menghampiri galaksi kita.
-Bagaimana ia boleh menghampiri Galaksi kita? kerana tarikan graviti pusat cakerawala(Milky Way) yang kita duduk ni semakin kuat.
-Macamana tarikan tu bole kuat? Haa..kat sini ada percanggahan lagi; ada yang kata ditengah2 galaksi ni ada lohong hitam(black hole), dan ada yang kata kuasa tarikan itu semakin kuat akibat daripada pertambahan saiz center galaksi itu akibat penggabungan dgn jirim2(mass) yang berhampiran dengannya. Pendapat paling kuat adalah yang pertama tentang lohong hitam, tapi saintis yang berpendapat kedua telah mengkafirkan saintis yang berpendapat pertama. Maka kedua-duanya jatuh kafir..(hahahahaha!! xmemasal jer)
- Jadi oleh kerana semuanya semakin tertarik, pasti akan berlaku perlanggaran dan berlaga di antara satu sama lain.
- Pada asalnya semua berada pada orbit masing2, tapi jika ditarik pada suatu kuasa yang kuat, mereka masih dalam orbit masing2, cuma orbit menjadi semakin sempit dan membuatkan mereka(bintang2) membebaskan tenaga yang lebih akibat ruang yang semakin mengecil.
- Maka benda2 yang kecil semuanya akan terbakar.
- (yang menarik dalam fakta ini); dlm dokumentari tersebut ada menyebutkan "keadaan ketika itu seolah2 kita semua digulung seperti menggulung tikar, dan menjadi rapat diantara satu sama lain"..
wa syamsu kuwwirat...
- keadaan bumi ketika itu, air laut akan tersejat kerana kepanasan yang melampau(wa izhal biharu sujjirat..wa izhal biharu fujjirat)..dan bumi akan merekah seperti tanah yang gersang kekeringan air tampak seperti rata(wa izhal ardhu muddat)..
- bila semuanya dihimpunkan (wa jumi'a syamsu wal qamr) menjadi satu belon yang padat dengan air sehinggakan belon pun tak dapat menambung kepadatan tersebut serta tenaga di antara satu sama lain, maka booooom!! pecah..terjadi suatu letupan yang besar (big bang).
- Ketika big bang itu, semuanya menjadi serpihan halus seperti debu(wa izhal jibalu nufisat)..
- Dialog dalam dokumentari tu mcmtu la sebutnya..
Pendapat Kedua:
- Setiap planet punya tenaga dan sumber masing2, dan perlepasan tenaga tersebut akan terus berjalan, bagi setiap bintang2, mereka akan terus membakar. Boleh digambarkan seperti sebuah arang batu yang dibakar. Arang batu akan terus membakar sehinggalah ia tidak mampu membakar lagi dan menjadi abu.
- maka begitulah juga yang akan berlaku pada matahari.
- Apabila tiada lagi cahaya matahari, bumi akan terus merasa sejuk dan diliiputi kegelapan dan salji sejuk.
- Melihat langit juga tidak bercahaya kerana semuanya malap tidak bertenaga(wan syaqatis samaa'u fahiya yauma-izin wahiyah)..
- sehinggalah lohong hitam memakan semuanya(bintang2 tu) dan kemudian menjadi generasi baru yang dilahirkan.
conclusion: yang mana satu pendapat lebih kuat?dlm cerita tu kata yg kedua lebih kuat. tapi kita sudah ade al-Quran tentang Hari Pengakhiran tu..cuma cara penyampaian mereka tu yang menggemparkan tu..Sekali lagi..mereka saling kafir-mengkafirkan mana yang tidak menerima pendapat mereka walhal mereka itulah yang kafir sedang mereka semuanya memang kafir!!(hahahahahaha!!sengal sekali lagi)
- Kita mampu tentukan kebenaran kerana kita sudah beriman dengan Hari Akhirat yang telah diceritakan dalam al-Quran.
lepas tu..sejenak terfikir lagi; "Kenapa org bukan Islam mampu menceritakan hal sedemikian sedang tidak ada sebarang production drpd org islam ttg dokumentari seperti ini?"
Sebenarnya memang ada, seperti Harun Yahya telah banyak membuat dokumentari tentang kebesaran Allah dan isi kandungan al-Quran itu sendiri. Tapi kenapa dia seorang sahaja? Kalau di Astro tu..terlalu banyak cerita dokumentari berkenaan sains yang dibuat oleh orang-orang kafir. Pasal beruk mereka buat, pasal gajah mereka buat, pasal kumbang pon mereka buat, pasal labah-labah pun mereka buat, pasal bencana alam mereka buat, pasal alam semesta mereka buat, pasal tangkap ketam pon mereka buat jugak.. Kita? Sekadar tengok dan mendapat fakta. Tapi disebalik usaha mereka, mereka tetap berkeras kepada pemahaman saintis sebelum ini iaitu dalam falsafah darwin; "segala kehidupan ini adalah hidup di atas kemahuan dirinya". Banyak peluang yang mereka cuba selitkan nilai-nilai yang menolak ketuhanan. Apa lagi nikmat Allah yang mereka ingin dustakan.
Kenapa kita tak cuba untuk membuat dokumentari seperti mereka? Hehe..saya ada terfikir jawapannya, tapi tak tau la betul ker x?hehe..tp rasanyer ni lebih kpd gurauan ar..hehe..
Mungkin sebab kita nampak kerjaya yang lebih baik ialah seperti doktor; rawat orang sakit, gaji mahal.
atau engineer; buat bangunan ker kete ker korek minyak ker ape2 laa..gaji mahal..
atau arkitek; lukis2, kira2, lpstu present..dpt tender..gaji mahal..
jadi pembantu makmal; dok kt makmal memanjang, sediakn barang2 utk eksperimen,kadang2 xsediakan gak..lpstu dpt gaji..hehe..sory
(hehe..)
Kenapa kita tak memilih untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada yang lain?
Kebanyakkan orang yang membuat dokumentari tu, pakar monyet, pakar gajah, dan macam2 pakar la..
Di Malaysia ni ada banyak misteri yang kita belum bongkari tapi tiada orang yang sudi untuk mengajak rakyat Malaysia untuk kita berfikir tentang misteri itu.
Antara contoh yang sangat misteri bagi saya; tentang ulat gonggok..ulat ni makan ape?kenapa dia suka bergulungkan diri?kenapa mesti ulat ni banyak sangat kaki?aaaaarrggh!!dh terlalu banyak persoalan dlm kepala ni..
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
mana kau tahu takde yg berusaha nak buat semua tu? mungkin ada. kita je yg tak tahu. maybe kita yg terlalu asyik beranggapan semua ummat Islam duduk goyang kaki tunggu disuap oleh orang kafir. MUNGKIN ada diluar sana. amin
laa..kn org dh kata..mmg ade..tp xbyk..bkn xde langsung yg berusaha kot..sbnrnyer lbh drpd satu la..
tp pokoknyer..bkn bende tu..pokoknyer..kite xnk/jarang/xterpikir pon utk kaji bende yg ade kt dpn mata kite..tu yg sbnrnyer nk disampaikn....
harap jgn salah erti naa...
okay. tapi yg paling dekat dgn kita pun ada je yg suka mengkaji. contoh macam acap. soalan-soalan yg dia kemukakan dekat guru pakar fizik pun cikgu tu tak boleh nak jawab. sebab soalan dia 'di luar kotak'. insyAllah, in future semakin ramai orang macam tu. islam akan naik. amin
kalau boleh..biarlah apa yang dia kaji sampai guru pakar fizik sekolah pun tak boleh jawab tu..diketahui orang lain jugak..tu pun salah satu dari maksud saya kenapa saya menulis begitu..wahai encik amirul..
para saintis telah bercanggah antara satu sama lain..
dan mengkafirkan di antara satu sama lain....
situasi antara amirul dan mas syarep sedemikian rupa...
tidak mengkafirkan..
tetapi terdapat unsur percanggahan di antara satu sama lain..
hanya 2 perkataan boleh diungkapkan selaku org di tengah-tengah...
"peace..peace..."
to amirul: woit..jgn lawan pembantu makmal kite tuh
to mas syarep: hahahahahah...perdebatan yang mantap dengan murid pra SPM
^aktivis kedamaian^
paling tak tahan tengok impian dan cite2 besar mas sarep tentang macam mane makmal al-amin satu hari nanti,., wawawa~~!!!
boleh jek makmal al-amin jadik camtuh,., tp, mas sarep kena sponsor ah,., boleh??,., hahaha,.,
~salam
pasal tangkap ketam tu dlm discovery channel...x de yg lain dah...
hahaha~
salam~
Post a Comment