Monday, November 17, 2008

Dendang Perantau I (Sarep and the Weather of Perth)

Salam Perantauan..

hehe..untuk maklumat para pembaca, kini saya sudah selamat tiba di Perth, Australia. Alhamdulillah..di sini memang banyak beri pengajaran kepada diri saya serta lebih mengajar kepada diriku tentang nikmat bersyukur terhadap ciptaan Allah serta dapat juga berkenalan dengan kaum-kaum yang lain.

Mungkin di penulisan kali ini, hanya ringkas dan tidak sepadat mana serta tidak juga diisi dengan beberapa gambar yang menarik di negeri orang ini. Saya tidak dapat nak mengambil kesempatan yang ada untuk mengupdate setiap hari. Bahkan, untuk menjadikan penulisan yang lebih menarik, seharusnya membuat draft idea agar penulisan lebih menarik perhatian para pembaca serta memberi erti kepada para pembaca seluruhnya.

Saatnya saya bersama sepupu dan suaminya tiba di Australia ini, sebenarnya di airport tu ada banyak kisah lucu yang ingin saya ceritakan, tapi mungkin sekarang, mungkin di post yang akan datang. Cuma yang ingin saya sentuh dalam post kali ini ialah tentang cuaca dan makanan. Saya juga ingin menyelit tentang program mingguan yang saya kena pergi di sini.

Kali pertama saya melancong ke luar negara..menaiki kapal terbang, adalah ke Jakarta,Indonesia. Kini, ke Perth, Australia pula. Kedua-duanya memberikan pengajaran serta ilham yang sangat bermakna buat diriku. Memang benarlah kata Allah yang menyuruh kita melata ke Bumi Allah ini kerana padanya akan memberikan pengajaran tentang orang-orang terdahulu. Tak ingat pula ayat dan surah apa tentang hal ini, sebab belum Haafiz lagi, tak boleh nak petik terus dari al-Quran, perlu dibantu bantuan buku rujukan serta Mu'jam(al-Quran indeks).

Saya ingin membuka cerita tentang bahasa di tempat yang dikunjungi saya. Mula-mula di Indonesia. Bahasa Indonesia sememangnya hampir sama dengan Bahasa Malaysia, tetapi berbeza pada tempat-tempat penggunaan kalimah tersebut serta berbeza juga dengan makhraj huruf yang diguna pakai di Malaysia. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sebelum ini sangat kerap membaca buku-buku Dakwi dari Indonesia serta beberapa novel yang juga menjadi bacaan saya sebelum ini. Jadi bila pergi ke Indonesia, tidak terasa terlalu kekok untuk bertutur Indonesia dengan baik. Di Australia pula, menggunakan bahasa Inggeris, daripada saya kecil sehingga sekarang belajar bahasa Inggeris, alhamdulillah saya juga tidak kekok di sini.

Tapi masalahnya, luhjah atau loghat yang digunakan mereka itu membuatkan saya kadang-kadang tidak dapat memahaminya. Contohnya di Indonesia, kadang-kadang mereka akan menggunakan luhjah bahasa bangsanya dalam penggunaan pertuturan Bahasa Indonesia. Kalau di Australia pula, begitu jugalah masalahnya. Masalah luhjah yang membuatkan saya tidak dapat agak pertuturan mereka. Tentang ini, saya tak dapat nak berikan contoh kerana ia perlu didengari, jadi, barangsiapa yang ingin mengetahui tentang hal ini, bolehlah mendampingi saya untuk tahu lebih lanjut.

Berkenaan dengan makanan pula, ya Allah!! Bermacam-macam jenis makanan saya dapat rasakan di luar negara. Sudah pasti semua makanan yang telah melalui trakea saya pasti hanya menjadi kenangan dan tidak dapat untuk berkongsi dengan para pembaca juga. Yang pasti, semuanya sedap dan mempunyai rahsia tersendiri. Tapi yang pasti, di Australia, asyik makan kambing sahaja, takut juga nanti kena high blood presure pula, tapi alhamdulillah selepas diperiksa, tiada pula.

Kini berkenaan tentang cuaca pula. Di Indonesia, kalau di Jakarta, memang panas sangat, lebih panas di Malaysia, tapi di Bandung pula, kerana ia kawasan tanah tinggi, maka suhunya juga rendah, seperti di Bukit Fraser ataupun di Bilik Guru yang dibuka aircorn-nya kerana inilah tempat-tempat yang paling sejuk pernah saya pergi. Maka di Australia pula, ya Allah..Allah saja yang tahu apa yang saya lalui.

Mereka di Australia kata; "Sekarang ni musim panas, suhu bole sampai 44'C tau!!". Memang betul saya percaya kata mereka itu, tapi bila tiba di Australia, ya Allah!! Bila angin sepoi lalu sahaja, rasa sejuknya sehingga ke medula oblogata!! Melihatkan orang-orang tempatan(omputih) ni sekadar memakai "singlet" sahaja, yang lebih dasyat ada yang tidak berbaju tapi berseluar berjalan di pedestrian ataupun di tepi pantai. Tahukah anda!!?? Sekarang ini bersuhu 25'C!!!! Memang sejuk sangat!!!!

Ada penduduk tempatan pelik melihat saya memakai jaket sejuk di tengahari yang panas bagi mereka, lalu dia pun bertanya;
"Good day mate!! Are you not feel hot today?".

Dan saya pula menjawab; "Good day!!I'm freezing here. Maybe because i'm new here."

Orang tempatan itu bernama Robert, usianya dalam lingkungan 30-an, segak dan tampan orangnya, tingginya mungkin sudah mencecah dalam 200m ke atas. Dia gelak setelah mendengar jawapan ku langsung dia bertanya negara asalku. Sudah pastilah jawapan ku adalah Malaysia. Kemudian kami terus berborak dan dia pula menyatakan harapannya untuk berkunjung ke Malaysia. Lalu inilah jawapanku "Malaysia are gladly to welcoming you." Kemudian dia pula mengajak saya untuk berkunjung ke kedainya nanti. Dalam perbualan saya dengan Robert ini, jelas melihatkan betapa peramahnya mereka walaupun dengan orang asing dan saya pula tidak bertutur dengan elok sehinggakan grammer saya pun tidak tersusun tapi dia tetap melayan saya dengan ramah.

Bukan Robert sahaja yang bertanya tentang ini kepada saya, malah ramai lagi yang bertanya kepada saya. Dalam perbualan dengan mereka, banyak lagi topik perbualan kecil yang pasti selit dan antaranya ialah berkenaan dengan Islam serta masalah gejala sosial yang melanda pada remaja mereka hari ini.

Barulah sekarang ini, saya menyedari betapa nikmatnya cahaya matahari itu. Baru hari ini saya sedar betapa pentingnya panas matahari itu. Sebab panas matahari itulah yang sebenarnya memanaskan kita dicuaca yang sejuk ini. Patutlah ramai orang putih suka berjemur di bawah cahaya matahari. Tidak Allah jadikan semua ini dengan sia-sia.

Maka pengalaman ini juga dikongsikan pada pelajar-pelajar Malaysia di University of Western Australia yang sedang mengikuti program dauroh yang diadakan untuk mereka. Saya pula hanya sekadar menjadi muwajih jemputan dengan memberikan tazikrah ringkas sahaja berkenaan matahari. Hehe. Mereka juga ketawakan saya kerana hal ini.

Selepas Dauroh itu, ada beberapa orang pakcik yang bertanya tentang latar belakang saya dan mereka terkejut kerana saya hanyalah pembantu makmal di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Terus mereka ingin memasukkan anak mereka ke sekolah al-Amin. Hehe..mesti Ust Hasni bangga. Ada juga yang minta saya mengajar di sekolah swasta di Perth ini. Hehe..Apa la yang terkejut sangat. Tazkirah yang saya berikan sedikit pun tidak begitu menarik sangat. Kemudian Ikhwah-ikhwah di sana membawa saya pulang ke rumah sepupu saya. Di sana ada ramai ikhwah Indonesia, mereka pula menyangkakan saya ini adalah daripada Indonesia. hehe..Ikhwah Indonesia ada mengatakan kepada saya, yang mereka tidak pernah terpikir untuk menceritakan pengalaman pertama kalinya ke negara orang kepada orang ramai untuk dijadikan bahan tazkirah. Tapi mungkin ini cara saya dalam berdakwah.

Tiba-tiba kami sekeluarga dapat panggilan dari Malaysia mengatakn nenek kami sedang tenat di Hospital Muar, terus kami semua gelisah kerana kami berada jauh dari mereka. Insya Allah bila saya pulang Khamis nanti, saya diarahkan oleh ayahku di Mekah untuk terus ke Muar. Tolong doakan untuk nenek ku yang tenat akibat stroke ya..Amiin..

Sedarilah wahai para pembaca di Malaysia, Syukurilah nikmat matahari di Malaysia ini. Saya pernah terfikir, jika Matahari tiada...bagaimanakah jadinya??????Mungkin lebih sejuk daripada apa yang saya alami sekarang ini. Hari ke-2 di Australia sudah demam, kemudian mengisi tazkirah pula..hehe..Mungkin jika matahari tiada, akan berlaku seperti yang saya cerita sebelum ini dalam tajuk "Percanggahan tentang pengakhiran Bumi".

Nikmat Matahari adalah nikmat yang paling dirasai harganya ketika saya di Australia ini.!!! Tempat yang paliing menakutkan saya pula di Australia ialah, tandas....sebab setapak kita masuk ke tandas, menggigil mengharapkan cahaya matahari menyinari diri ini....

Untuk kesempatan ini, saya juga ingin mendoakan para pembaca semua sejahtera hendaknya, dan kepada calon SPM, "buat elok-elok naa Add Math tu.."

6 comments:

almuna said...

Salam untuk yang merantau. Pertamanya, nak sampaikan 'terkejutan' boss awak Cikgu Rushida tentang awak ke Ostolia...dia kata' nanti dia siap bila balik nanti...tak cakap pun nak ke ostolia'
Nampaknya pulau terbesar di dunia yang awak kunjungi tu belum sampai lagi musim panasnya. Bulan 12 nanti akan panas terik. Beruntunglah berkunjung sekarang kerana cuaca nyaman....dan sejuk. Kita kat sini pun asyik hujan tiap hari. Tapi best hujan..malaysia bersih!
Best ar cite ostolia ni. kalau ada peluang citelah lagi ya.
(tu orang dah offer ngajar kat ostolia, ok gak tu)

have fun...

MMQ said...

wah... best2.. nanti cerita lagi

-.rashid.- said...

hebat,
tgkp gmbr
pstu mskkn dlm
semaian "salam perantauan"
hahahaha
robert mencecah 200m?? manusia ke bngunn tuh??

mas syarep said...

to almuna: hahaha..haritu org dh bitau..tp dia mcm xpercaya jer..so..nk kata ape kn..org dh xpercaya..sampaikn slm pd my boss yer..hahaha!!sini mmg nyaman..tp sejuk dia..mmg sejuk sgt ar..

to wardah^_^: insya Allah..ada sambungan..mcm cite harry potter..hehe

to .-rashid-.: aduh..tersalah type la..tertnggal "c" jer..tu pon bole detact ek?bagus nyer..nnti ana hantarkn salam perantauan utk hari raya haji nnti..so tgk ar sokabo kt m'sia yer..hehe

Rahman D said...

syarep...mmg kene rasa nikmat matahari malaysia la...kita yang merasa nih mmg bergetar beb...hahahaha....boleh la nnt kita hantar salam perantauan utk raya haji...tapi background aku unta la..kalau ostolia tu..kanggaro la kot .ggagagaga

Awau said...

seronok :D