Thursday, November 20, 2008

Bila dia sudah tiada........



Salam perantauan untuk kali terakhir..

Sekarangl ni, alhamdulillah sudah selamat tiba ke Malaysia. Kepulanganku kali ini adalah emergency kerana sudah mendapat panggilan daripada tanah air, tentang perkhabaran nenekku yang sedang tenat. Nampaknya, kisah Dendang Perantau karya ku kali ini akan berkesudahan dengan nada dan rentak yang menyedihkan. Sangat sesuai lagu Ebiet G. yang berjudul "Aku ingin Pulang" dimainkan ketika hendak memulakan bacaan blog kali ini.

Mungkin kisah sedih ini tidak menjadi permintaan yang tinggi dari kalangan pembaca untuk mengikuti kisah di dalam blog ini, tetapi, saya juga berhak untuk menulis atas permintaanku juga.

Pada hari Selasa di Perth, kami sudah mendapat maklumat bahawa nenek kami sedang sakit tenat, dan kami pula mengambil keputusan untuk pulang. Tetapi bayaran pertukaran jadual penerbangan sangat mahal, akhirnya, atas budi bicara pegawai penerbangan swasta ini, kami berjaya menukar jadual kami dicepatkan daripada hari Ahad kami pulang, ditukar kepada hari Khamis pagi. Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 3.45 pagi waktu tempatan, kami chek-in untuk menyimpan barangan kami ke dalam pesawat. Sesudah itu, kami berehat sebentar dan bersedia untuk solat Subuh pada pukul 4.08 pagi waktu tempatan.

Selepas sahaja menunaikan solat, kami mendapat panggilan dari tanah air dengan nada sayu; "Tok Mak meninggal pukul 3.10 pagi tadi.."


.......


Harapan kami untuk pulang menjenguk nenek kami yang tenat itu, tidak kesampaian, secara tiba-tiba memori dan wajahnya terbit di dalam benak hati kami mengenangkannya. Maka tak langsung, terus bercucuran air mataku mengalir melelehi pipiku. Nafasku tersekat-sekat menahan kesedihan, hatiku terus menjadi hiba, harapan untuk pulang juga turut hancur berkecai seperti cermin yang jatuh menghempas Bumi. Kerana jadual penerbangan kami pula yang ditangguhkan kerana keterlewatannya dan kesilapan yang mereka kesali.

Saya dan sepupuku terus menangis menutup muka kami dari pandangan orang ramai. Selama 10 minit air mata kami terus mengalir tidak henti di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth itu. Dalam fikiran kami, kami mahu pulang!! itu sahaja!! Tapi apakan daya, kami berjauhan. Bila ditanya bilakah jenazah akan dikebumikan? Mereka menjawab pukul 2 petang. Kami tetap hampa kerana pasti tidak sempat akibat keterlewatan penerbangan itu serta perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam.

Selama kami tidak menjejak kaki kami di tanah air, air mata kami terus mengalir, kami cuba menahan linangan air mata tersebut, sehinggalah ia bertakung di anak mata kami. Sakit juga menahan kesedihan ini. Tapi kami pasrah, apakan daya, itu kan ketentuan Tuhan. Sungguh kami terus redho dan cuba berusaha untuk menenangkan hati kami dengan membaca ayat al-Quran. Selepas membaca surah Yaasin berkali-kali, Kami mengerti maksud ayat dalam surah itu yang meminta kita untuk bersabar atas ketentuan Tuhan. Selepas mengambil masa untuk menenangkan diri, alhmdulillah emosi kami mula stabil. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga menangisi anak baginda; Kasim, yang meninggal dunia dalam usia yang muda, cukuplah jangan sehingga meraung-raung akibat kematian seseorang.

Terus saya mengajak sepupuku dan suaminya untuk mendirikan solat Jenazah Ghaib, kerana saya teringatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah melakukannya, ketika mana Pakcik Baginda; Ja'afar bin Abdul Mutalib syahid di medan perang Mu'tah, baginda mengajak para sahabat yang berada di Madinah untuk membawa makanan untuk meringankan beban keluarga Ja'afar bin Abdul Mutalib serta mendirikan solat jenazah walaupun tiada jenazah di hadapan mereka. Maka kami pun mendirikan Solat Jenazah Ghaib di Terminal, menghadap dinding di tempat menunggu perlepasan.

Alhamdulillah..kini kami tiba di tanah air, walaupun tak sempat melihat wajahnya dan bermesra dengannya buat kali terakhir, cukuplah doa kami mengharapkan redho-Nya.

Allahumma ghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fu anha wa akrimiha fi ashabul jannah..

Tribute to nenek ku...Tik binti Idris...87 tahun..

7 comments:

Afham Fuad said...

Kita doakan agar rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh dan solehah...

almuna said...

Sedihnya...dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT....

Anonymous said...

tabah sarep, tabah. takziah yeh. sedekahkan al-fatihah banyak-banyak

`Ammar Sahrim said...

innalillahi wainna ilaihiraji'un. smoga tabah menghadapi ujian Allah ini dalam peningkatan darjat keimanan..

mas syarep said...

terima kasih semua..

Alhamdulillah dapat melalui semuanya dengan baik..

Insya Allah..makbul doa ntum semua..

|makhlukDIA| said...

ttbe teringat nenek ana..hah same la kite..x sempat jenguk..xpe ade hikmah uh..takziah..

Awau said...

takziah