Thursday, October 23, 2008

Kata-kata Hikmah yang Memberi 1001 Makna



Kunna kal-shams bil-manafi'ah

wa kunna kal-lail fi satr

wa kunna kal-ardhu fil tawaadhi'

wa kunna kal-bahru fil-karm..


Jadilah seperti Matahari pada memberikan manfaat
(kepada orang lain walau diri kita yang berkorban lebih hanya untuk orang lain)

Dan jadilah seperti Malam pada menutupinya
(berbagai rahsia dan keaiban langit yang terbentang luas)

Dan jadilah seperti Bumi pada tawadhu'nya
(membiarkan semua makhluk di dunia ini memijaknya tanpa berkira sedikit pun
membiarkan dikorek semua isi dalamnya tanpa meminta balasannya)

Dan jadilah seperti Laut pada memberinya
(segala isi Laut yang misteri dan berharga diberikan kepada sesiapa sahaja yang mahukan seperti ikan yang terlalu banyak serta mutiaranya dan banyak lagi)

Kunna kal-syajaratun muthamiraat..
tulqaa bil-hijr..
wa ta'ti bi-ahly al-thamara..


Jadilah seperti Pokok yang berbuah..
dicampak padanya(pokok) itu batu..
dan dibalas daripadanya(pokok) itu akan buah yang sedap..


Pokok yang berbuah..pasti ramai orang yang inginkan buah yang sedap dari pokok itu, tapi buah itu tak dapat dicapai tangan, maka dicuba pula dengan galah, cuba menjolok. Jika dapat buahnya, pasti bergirang hati dengan merasai nikmatnya buah tersebut.

Tapi ada pula yang ingin buah itu dengan batu. Dibalingnya batu itu pada buah tersebut. Bukan sekali balingan sudah mampu memutuskan buah tersebut dari tangkainya. Maka dibalingnya batu dengan banyaknya dan berkali-kali. Bukan buah itu yang kena, tapi kena pula pada dahan yang lain, daun-daun yang lain, yang menggugurkan benda lain pula. Tapi akhirnya si pembaling yang membaling batu keras itu pada pokok mendapat hadiah buah pula, iaitu buah..

Oh indahnya!!

Kita yang kadang-kadang futur kerana dilanda dengan berbagai-bagai ujian, pasti berbolak-balik hati kita. Kenapa kita tidak melihat alam yang Allah jadikan kepada kita yang penuh dengan seribu pengajaran. Maka memang benarlah Allah menyuruh kita untuk melihat alam yang luas terbentang ini kerana ia memang ada manfaatnya bagi (ulul al-bab)orang-orang yang berfikir.

Maka si ulul al-bab inilah yang memberi jawapan-jawapan yang bernas kepada sesiapa yang kepudaran imannya, bergoncang hatinya, kusut pikirannya. Kerana itulah perumpamaan seperti ini terbit dari kalam si bijak pandai ini. Subhanallah, tidak sia-sia Allah ciptakan semua yang ada di langit dan Bumi.

Moral of the Story: Berbudi dan membuat baik kepada semua yang ada di dunia ini. Walaupun kita berkorban lebih. Tak usah la merungut. Dunia pun tidak merungut.

Memang kita berbeza dengan Bumi ini, mari kita lihat kuda pula. Dari tok-nenek moyang kuda tu hinggalah ke generasi kuda sekarang ini, mereka semua ditunggang oleh manusia. Tapi kuda-kuda ini tidak pernah merungut mahupun memberontak dengan membuat akta-akta atau perlembagaan horse right. Tapi mereka terus bersyukur dan terus berjalan seperti yang diminta manusia yang menunggangnya dengan elok. Jika berkasar dengan kuda..hehe..pasti kuda itu meronta-ronta kerana tidak selesa..jaga-jaga..

____________________________________________________________________

Sebenarnya..kata-kata ni, adalah kata-kata yang Murobbiku sampaikan kepadaku secara peribadi..takkan ku lupa setiap helah lafaznya satu persatu..setiap syarah dan maksud yang beliau cuba sampaikan sekalipun..terus tertanam dihatiku seperti mana Sultan Harun Ar-Rashid yang cair mendengar bait sya'ir dari Iqbal..

No comments: