Wednesday, October 22, 2008

Anda dan blog

ada satu perbualan yang ingin dikongsi bersama.

APA PERASAAN ANDA SETELAH BERJAYA MEMILIKI BLOG SENDIRI?

"ya Allah..xtau la nk gambarkan mcmane..mcm sonok pon ade..siap kecoh satu skola ni haa..tp rase mcm malu2 pon ade..bknnyer power sgt blog ni..biase2 jer..tu pun buat bende ni..lgpon buat blog ni pon mcm ragu2 gak..tp ntah la..skrg bende dh siap..gune sebaiknyer la.."

Bagaimana pula perasaan anda ketika anda baru sahaja siap memiliki blog ini?

yelah..hampir semua orang yang saya jumpa, pasti memiliki blog..kalau ada, pasti sembunyikan identiti..tak pun tidak beritahu kepada sesiapapun yang dia memiliki blog, tetapi dialah yang sangat menyerlah dalam blognya, mana tidak, itu blognya, dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu.ada pula ragam yang dia sudah memiliki blog, tapi tak pernah pula mengupdate blognya sendiri, jadi dia juga turut berbangga bersama dengan orang-orang yang memiliki blog ini..hehe..xpe la..

itu semua ragam orang tentang blog.

Pernah saya terpikirkan..
"Kenapa blog ini menjadi suatu perbualan hangat dikalangan ramai orang, hampir semua orang sebut tentang blog"

sehinggakan ada yang kata..
"eh..ko dh tgk blom blog si tuuuuut..pergh selamba dia jer tulis gini-gini gitu-gitu.."

kadang-kadang ada pula..
"ko dh add link dia tu x?pergh..best gile blog dia"

ada pula yg ini..
"yahuu..aku dh ade blog..wahai dunia..!!aku juga memiliki blog ar..!!"

yang ini pula selalu keluar dalam Yahoo Messenger..
"new update from my blog..check out this....(link).........."

pergh..macam-macam reaksi..sehingga ada yang me"rating"kan blog orang lain pula..

tapi inilah hakikat dunia..kadang-kadang kita sibuk dengan dunia kita sahaja..sibuk dengan blog masing-masing..seolah2 ingin menyuarakan suara hati..yg bebas bersuara kpd seluruh alam..dan seluruh alam mesti mendengar suara hati ini..maka bermacam-macam cara digunakan untuk disuarakan tu..seolah-olah dunia ini dia yang punya..yang lain semuanya menyewa jer..

biarlah mereka dengan dunia mereka..dan kita juga sudah terjebak dalam dunia serba mencabar ini..maka tidak dapat tidak kita perlu jaga diri kita dan diri yang lain juga..
mari kita saling ingat-mengingati sesama kita..

reaksi itu fitrah bagi semua manusia apabila dia mendapat sesuatu..terutamanya apabila dia dapat apa yang dia mahu..XLR ker..blog ker..chicken chop ker..kete ker..istri ker..pasti seronok!!kerana itulah perhiasan yang Allah jadikan kepada kita yang akan indah dengan dunia ini..

Sememangnya Allah sudah berfirman:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." [ali-Imran:14]

Bukankah ada sesuatu yang lebih indah lagi dari memiliki semua yang ada di dunia ini di suatu hari nanti?ya..itulah janji Allah yang pasti..iaitu Syurga..

Bagaimana pula perasaan kita jika kita menyedari yang kita adalah ahli Syurga?

Pasti sangat seronok bukan..

jika kita tau seseorang itu Ahli Syurga berdasarkan dalil-dalil tentang ciri-ciri ahli Syurga, pasti kita ingin selalu bersama orang itu dan mencintainya agar kita juga akan masuk Syurga bersama-sama dengannya.

jika kita dapat masuk syurga, pasti kita akan merasa bangga dan ingin memberitahu seluruh penghuni langit dan bumi bahawa dirinya kini dijemput Allah dan akan melihat Allah di Syurga nanti bersama Rasulullah s.a.w. serta para sahabatnya juga bersama orang-orang soleh yang lain.

Bukankah kehidupan seperti itu sangat indah?

Maka sama-samalah kita..

jaga diri masing2 yer..dan jangan lupa jaga diri orang lain juga..

No comments: