Tuesday, October 21, 2008

Alhamdulillah

Assalamualaikum wrhmtllh wbrkth..

Alhamdulillah, segala puji-pujian pada Allah Tuhan semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda (radhiollahu anhum) dan seterusnya para penyambung dakwah sehinggalah ke hari ini.

Memanjat segala kesyukuran, akhirnya dapat juga buat blog sendiri. hehe..bukan senang ye nak buat ni, ni pun belajar sendiri, try in error jer buat blog ni.

Kalau diikut, sebenarnya tak nak buat blog ni, sebab takut terkena tempias fitnah manusia di dunia ni yang berbagai akal fikiran masing-masing, tapi oleh kerana terlalu ramai permintaan orang serta "anak-anak" yang mengharapkan terbitnya blog ini di dalam dunia maya ini, serta atas arahan "orang atasan"ku yang menyarankan untuk sarep juga terlibat dalam dunia blog ini. Malah didoakan mrk agar terhindar dari diriku ini fitnah org2 yg hidup di zaman ini mahupun generasi yang seterusnya.

Mudah-mudahan para pengunjung yang mengunjungi blog saya, diminta tegurlah diri saya agar saya tidak terjebak dalam dunia fitnah yang serba menipu.

APA KELEBIHANNYA BLOG?
Itulah yang masih lagi menjadi tanda tanya pada diriku, "Adakah semua orang sudah memiliki blog, maka aku juga perlu memiliki rentak semua orang ini agar aku tidak ketinggalan?"

kemudian pasti akan timbul persoalan yang lain lagi; "Kenapa pula aku perlu mengikut jejak langkah orang?"

datang pula satu jawapan yang menjawab persoalan tadi; "Bukan ikut mereka, tapi kita bersama-sama dengan mereka di dalam dunia maya ini untuk menyumbang sedayanya kita dalam menyampaikan mesej-mesej kita yang disaluti kelainan."

"Kelainan apa pula?"

"hehe..xde kelainan mana pun, kita ni kan manusia juga seperti mereka, makan, minum, tido, main game, buat blog, sama seperti orang lain juga..tapi kelainan kita ialah kelainan di mana; hidup kita, makan kita, minum kita, tido kita,main game kita, kita buat blog kita, x sama dengan mereka semua sebab semua yang kita lillahi rabbil 'alamin, maka setiap perbuatan kita tu kita tau yang kita sedang diawasi Allah. Maka penulisan kita dalam blog kita, sudah pastilah tidak ditulis di atas emosi dan nafsu semata-mata. Tapi keikhlasan kita dalam penulisan ini juga seperti amalan yang kita buat selalu di dalam ibadah. Bukan dalam penulisan ini sahaja, tapi segalanya."

"maka..jagalah hatimu dalam mengharungi dunia ini"

"Betul juga..insya Allah..akan aku cuba untuk menjaga diriku ini hal-hal yang dilarang Allah."

Itulah yang berlaku di dalam hati ini. Terus menimbulkan persoalan, tetapi xde la sampai dtg syubbahat plak..hehe..dan jwpn terus menjawab persoalan itu..kerana..al-Islam huwal hal..Islam itu solusi..

dengan ini..aku tidak akan berganjakkan hati ini dari ISLAM itu agar hati ini dapat ku jaga dengan ISLAM..

Ya Allah..terimalah amalku ini sebahagian dari ibadahku untuk-Mu..

ya Allah..hanya pada-Mu aku menyembah dan aku minta pertolongan..

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah yg PERTAMA. mantap pengisian! baru yg pertame nie.hehe,x saba nk tggu next post.

(url ko mmg smart ah! haha)

Anonymous said...

ohoh~
doa+usaha=tawakkal
'ammah?
gogochayok!alaika binnajah!may success in posting!::