Setelah lama Al-Amin diselubungi misteri tentang kebenaran lagi kesahihan tentang pemberhentian Pembantu Makmalnya. Akhirnya terungkai juga misteri yang menyiksakan hati pencinta kebenaran.
Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan kepada para pembaca dan yang sentiasa mengikuti perkembangan saya melalui blog ini, bahawa pada tarikh 31 Julai 2010, tanda berakhirnya perkhidmatan saya sebagai Pembantu Makmal di sekolah ini. Dengan bermula berkhidmat pada 1 Januari 2007, maka berlangsungnya 4 tahun perkhidmatan saya di sini.
Ketika saatnya untuk berpisah, hati ini terasa berat sangat. Tapi ada ramai orang yang cuba untuk menceriakan dan meringankan hati yang berat ini. Walaupun diceriakan mereka, tapi tetap ada sudut-sudut hiba dari diriku. Macamana saya cuba sembunyikannya pun, tetap dikesan oleh orang yang sudah lama mengenali diri ini akan kesayuannya.
Ada juga yang saya lihat dari raut wajah mereka, ingin menyembunyikan rasa sedih mereka, ada yang speechless, ada yang berkaca matanya, ada juga yang berjujuran air matanya apabila mendengar saya berucap. Mengapa jadi begini? Sedangkan saya hanya seorang Pembantu Makmal sahaja. Apa sahaja seorang Pembantu Makmal dah lakukan sehingga jadi begini?
Memang berat ingin meninggalkan tempat ini kali kedua. Selepas melalui kenangan ketika zaman persekolahan dahulu, kemudian melalui kenangan alam pekerjaan di tempat yang sama juga. Segala perubahan yang dilihat dengan mata sendiri, dan merasai perubahan itu juga, adalah suatu yang susah untuk digambarkan apabila tibanya masa berpisah dengan semua itu.
Sebelum ini, hanya melihat setiap generasi yang tamat melalui proses pendidikan di sekolah ini bergraduasi dengan bangganya. Mereka keluar meninggalkan tempat belajarnya dan guru-gurunya serta kawan-kawannya. Kini, saya pula yang pergi dahulu meninggalkan mereka. Tapi memang berat hati ini ketika ramai yang datang kepadaku ingin meminta maaf dan sebagainya. Ada pula yang ingin mendapat kepastian tentang ini, kemudian jelas tertampak di wajahnya sukar untuk menerima hakikat ini.
Moga kalian semua merelakan saya pergi sebentar untuk menuntut ilmu. Insya Allah apabila tiba masanya nanti, saya akan pulang semula ke tanah ini semula untuk meneruskan perjuangan yang tidak akan pernah henti dan tidak akan pernah padam. Cuma saya masih tidak tahu sama ada ingin mengekalkan blog ini, atau digantikan dengan yang baru. Kerana selepas ini, tiada lagi kisah dari makmal atau apa-apa pun tentang makmal. Maka tamatlah kisah perjuangan berkebajikan makmal di arena ini.
Kepada yang tidak sempat saya berjumpa face to face untuk mengucapkan selamat tinggal dan meminta maaf dan berterima kasih, moga di blog inilah sebagai ganti.
Alangkah beratnya jika dikenang ketika saat-saat akhir tadi, diberi peluang mengimamkan solat Asar secara berjemaah. Sebaknya datang mengulami perasaan ini. Tiba-tiba terdetik, "selepas ini, aku akan merindui rumah Allah di Al-Amin ini, tempat aku berprogram, tempat bermunajat, tempat menabur jasa, tempat beribadah kepada Allah. Rasa ruginya jika tidak dapat meraikan Pesta Ibadah pada tahun ini di Surau al-Waqtain ini".
Kemudian melihat sejenak anak-anak muda yang telah dididik, rasa macam banyak lagi yang perlu dicurahkan untuk mendidik mereka. Rasa serba salah pula jika pergi begitu sahaja. Ketika itulah datang satu pujukan, dengan didikan yang diberikan itu, sejauh mana mereka gunakannya. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka. Rindu pula pada keanakan dan kerenah mereka yang berbagai itu selepas ini.
Walau macamana pun perasaan ini menderu, saya mesti pasrah dan menerima hakikat ini. Bahkan Islam tidak mengajar untuk kita kecewa kerana perpisahan. Tetapi kita diajar untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan. Lihatlah contoh 3 orang sahabat yang mengepalai panji Islam di Perang Mu'tah gugur satu persatu. Walaupun Nabi telah menyusun barisan kepimpinan perang itu sekiranya ada yang gugur, tapi ditakdirkan kesemua yang lantik itu gugur semuanya. Sehinggalah pasukan itu memilih pemimpin yang dapat menyelamatkan keadaan para tentera Muslimin itu. Pemimpin yang baru itu bukannya menolak jawatan itu kerana dia mengalami kekecewaan melihatkan ramai yang gugur, tapi beliau bangkit untuk menyelamatkan keadaan.
Inilah satu kisah pengajaran tentang betapa pentingnya merelakan seseorg itu pergi dan yang masih mampu berdiri itu meneruskan kehidupannya sehingga berjaya dengan cemerlangnya.
Moga ketemu lagi semua. Jangan nakal-nakal ya!! Belajar rajin-rajin!! Jangan FAIL Bahasa Arab dan Tajweed tau!!Wassalam.
Friday, July 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam...ya sheikh...ana mintak maf klu slama perkenalan di sekolah dulu ada yg menyakitkan...insyaAllah panjag umur murah rezki kita akan bjumpa lagi..ana akan doakan nta berjaya di dunia dan diakhirat..dan semoga apa yang nta lakukan ana harap semuanya berada dalam redha dan limpah rahmat kurnia ALLAH s.w.t...bittaufiq wa najah...salam dari pantai timur..-AIZUDDIN-
sama2 la kita ye din..moga jumpa lagi..
harap juga tidak kedengaran:
"sesiapa yang mengatakan sarep telah meletakkan jawatan maka akanku dendanya 100 kali pumping"
moga lahir di bumi al-amin itu 100 org lg yg spt anta malah, lbh lagi.
akhir akta "alwajibat aktahru minal auqot" moga setelah kita tiada pun kerja kita masih berterusan insyaAllah
tu suatu ketika dahulu barq..ayat yg paling ditakuti tu..haha!!mudah2an ahlul fraser dan ahlul masjid klia buat sesuatu dlm penyambungan kerja2 di medan al-amin..
Dulu:
al-barq berkata:"Aku akan pastikan sarep takkan berkuasa dekat al-amin"
Skrg:
Al-Barq berkata:
"Sesiapa yang mengatakan sarep telah meletakkan jawatan maka akanku dendanya 100 kali pumping"
eh ni mcm sayyidina umar.hehe :)
>>>auza'ie.... dahulu kala ibarat zaman jahiliyyah yg masih tiada asas pegangan yg kukuh. Namun stlh diberi hidayah melalui usaha mas, terungkailah ikatan jahiliyyah itu satu demi satu.
tp x smpi tahap sydna umar ah hehe
kena la tu..abu bakar ckp dgn umar..hehehe
Post a Comment