Monday, July 26, 2010

Tika bahuku dihinggapi burung nuri


Suatu hari di Taman Burung ketika Cuti Sekolah yang lepas, bersama-sama dengan beberapa pelajar, bercuti bersama-sama walaupun masanya singkat. Walaupun ketika itu saya sedang demam, tapi seronok pula bercuti dengan mereka walaupun di tengah-tengah Kuala Lumpur itu.

Banyak peristiwa menarik di dalam Taman Burung itu. Antaranya kami semua sepakat bahawa benarlah kata pujangga: "Kalau anda duduk di bawah pokok, dongaklah ke atas. Kalau ada burung, larilah. Kalau ada buah, berehatlah di situ". Mengapa begitu? Kerana burung itu akan membuang "air besar" di mana-mana sahaja yang mereka mahu. Maha Suci Allah yang menjadi burung ini tidak membuang ketika mereka terbang. Tapi ada juga yang membuang ketika mereka sedang terbang. Hehehe..

Kemudian, kami berjalan-jalan melihat burung-burung yang tidak pernah kami lihat. Sehinggalah penat berjalan. Ketika kami di kawasan kawanan burung nuri, kami berhenti sebentar melihat kawanan burung nuri yang berbagai warna sedang diberi makan. Ada beberapa burung nuri yang sedang makan sambil hinggap di badan seorang pelancong asing dari Eropah dan Arab. Kami semua kagum lagi jakun. Semuanya mengharapkan agar kami juga hendak dihinggapi burung seperti mereka itu.

Tapi, tiba-tiba seekor burung datang menghinggapi bahu kiri saya. Yang lain semua jerit "Eyh abang sarep!! Nak juga burung tu!!". Rupa-rupanya memang betul ada burung yang sedang menghinggap. Macam tak percaya pula. Saya tak beri burung tu makan, tapi dia tetap hinggap dibahuku ini. Rasa takjub pun ada juga..ramai-ramai yang ada di dalam dewan nuri tu, bahuku ini juga dihinggapinya.



Burung ini akang hinggap jika ada makanan, tapi pada saya tiada makanan dan dia mahu hinggapi juga. Mungkin ini semua kebetulan. Begitulah jodoh pertemuan. Ada yang berusaha ingin mendapatkan jodoh yang terbaik untuknya. Tapi ada juga yang peroleh jodoh yang tak disangka-sangka secara kebetulan. Siapa boleh menentukan jodoh yang diterimanya adalah yang terbaik? Semuanya itu telah ditentukan Allah.
Begitu juga dengan nasib jodoh perpisahan. Seperti burung yang menghinggap di bahuku itu, tidak selamanya akan kekal menghinggap di bahu selamanya. Akhirnya burung itu terbang juga ke tempat lain (ke bahu Omar Ahsan lepas dipujuk..cewah..hehe) untuk burung itu menikmati nikmat kebebasan. Siapa sangka ketika burung itu lama menghinggap, tiba-tiba dia terbang pula. Begitulah jodoh perpisahan yang telah ditakdirkan. Setelah berpisah, bekas hinggapannya tetap terasa selamanya. Ia terus dikenang nikmatnya ketika burung itu hinggap di bahu ini. Biarpun burung itu terus pergi, hinggapannya selamanya terasa.
Begitulah peristiwa kami di Taman Burung baru-baru ini. Ia akan menjadi kenangan selamanya.

5 comments:

~al-Barq~ said...

hehe spt biasa dlm apa keadaan sekali pun dia mampu memberi analogi2nya....

tersenyum, terkenang kisah kita berjaulah dlu2~~~

Khalilah Alhuda said...

salam
tak tahu la kenapa majlis perpisahan tadi air mata nak mengalir..
perpisahan ni serius kehilangan besar buat warga al-amin..
semoga ada lagi yang berjiwa 'abg sarep' di al-amin.

terima kasih untuk segalanya.
minta maaf kalau ada salah silap.

'ana nak anak-anak antum hantar dekat sini'
bunyi macam serius?
hehe

semoga Dia redha

Awau said...

cemburu pula
dgn adik2 yg dpt meraikan majlis perpisahan nta sarep,
insya allah akan ada 100 pengganti mcm nta(mcm kage bunshin plak en) dkt alamin,

jodoh dan pertemuan itu aneh ya?
ibarat sungai pusu dan sungai gombak akhirnya di situlah Al-Amin,
sentiasa menerima dan terbuka,
untuk rijal yang ingin ikhlas bersama membina generasi soleh wa musleh supaya terlaksana :)

almuna said...

sedihnya..tak berpeluang untuk mengucapkan jazakallah secara face to face...nanti datanglah lagi ke al amin dalam masa yang terdekat..kot2 ada hadiah perpisahan tertunggak...

untuk renungan:
ada orang kehadirannya digeruni2, perginya tumbang lembu kambing dikenduri...

ada orang kehadirannya tak disedari, perginya juga tak disedari...

ada orang, kehadirannya dinanti, perginya ditangisi...
Yang terakhir tu lah anta...

Terima kasih daun keladi,
Ada umur kita jumpa lagi,
Di Al Amin definitely...

Semoga dipermudahkan Allah apa2 pun cabaran mendatang yang akan anta tempuh....

mas syarep said...

to ~al-Barq~:
ana pun teringat nta nyer tersedak sampai lelah..hehe..mudah2an xjd lg time nta kt ganu tu yer..hehe

to ~KhalilahAlhudaKamilen~:
ana mmg serius apa yg ana ckp tu..
ana juga minta maaf salah silap selama berada di al-amin..kirim slm ust kamilen..jiwa ana tetap terus ada di dalam hati mereka yg ingin menyambung perjuangan ana..

to Auzaie:
ana minta maaf sbb xdpt kluar dr skola pd zaman nta..xdpt la ntum meraikannya..walaupun ntum dh menggeruni akan hakikatnya jika ia berlaku..btul x?sampai demostrasi kt dpn makmal gitu..hahaha!!

to almuna:
ana pun xsempat nk ucap terima kasih kt cg..time ana pegi dr alamin buat kali pertama..cg xde lg time tu..so kali kedua ana kluar ni pun..ana xsempat nk ucap perkara yg sama..insya Allah sblm ana msk tmpt blaja tu ana berkunjung ke sana..btul ker ada hadiah tertunggak?hehehe..till the day me meet again!!