Thursday, April 8, 2010

Kisah kereta Komot dipanah Petir

Pada suatu hari Khamis yang lalu, Si Komot pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Pada hari itu juga Si Komot berpuasa kerana hendak menyertai program Iftar di tempat kerjanya. Dia meletakkan keretanya di tempat biasa sama seperti kereta guru-guru yang lain. Si Komot pun bekerja seperti biasa.

Masa cepat berlalu, tika waktu petang, hujan turun dengan lebatnya. Si Komot bergegas ke keretanya kerana ingin menyimpan barangnya dan menutup cermin tingkap keretanya itu. Sedang Si Komot hendak ke keretanya itu, tiba-tiba satu cahaya yang sangat terang menyambar Bumi di kawasan tempat kereta Komot, sejurus selepas itu suatu bunyi dentuman petir sangat kuat kedengaran. Kemudian mata Komot tidak nampak apa-apa kerana cahaya yang terlalu terang itu merosakkan penglihatan Si Komot. Dalam hatinya terasa gelisah kalau-kalau petir itu terkena keretanya. Tapi harapannya agar tidaklah sebegitu.


Sebaik sahaja matanya pulih sediakala, dia meneruskan perjalanannya ke keretanya. Membuka pintu keretanya dan menyimpan barang seperti biasa, kemudian menghidupkan bateri kereta untuk menutup tingkap. Tapi bila ingin menghidupkan kereta, kereta Si Komot itu tidak dapat dihidupkan. Si Komot mula gelisah setelah dicubanya berkali-kali untuk menghidupkan keretanya itu.

Si Komot merasakan bahawa masalah ini mungkin berpunca daripada masalah bateri, tapi bila buka radio kereta, masih elok, wiper berjalan lancar, lampu kereta boleh dihidupkan. Tapi tak tahu kenapa ia masih tak hidup-hidup. Maka Si Komot pun bermonolog: "Tak mengapalah, Insya Allah lepas hujan nanti periksa baterilah nanti". Lalu dia pun pergi ke surau untuk bersama-sama dengan peserta program Iftar.

Sebelum masuk waktu Maghrib, hujan pun mulai berhenti. Maka Si Komot pun mula memeriksa enjin keretanya dan ingin melihat status bateri keretanya. Bila diperiksa, bateri itu masih elok lagi. Selepas itu Si Komot mencuba lagi untuk menghidupkan keretanya itu lagi. Tapi malangnya masih tidak berhasil. Ustaz Shahrom dan Ustaz Usman cuba membantu Si Komot. Tapi tak berhasil juga.

Ustaz Usman memujuk Si Komot: "Tak mengapalah Komot, insya Allah selepas kita buka puasa nanti, hidup semulalah kereta ini. Insya Allah berkat doa orang yang berpuasa ni". Alhamdulillah, pesanan itu benar-benar melegakan Si Komot. Lalu mereka pun meninggalkan sebentar kereta tersebut dan meneruskan perjalanan untuk menyertai dengan yang lain untuk berbuka puasa. Tapi sambil berjalan, masih berbincang apa penyebab hal ini. Si Komot menyatakan kemungkinan di sambar petir. Ustaz-ustaz sangat terkejut mendengar hal ini.

Ketika sedang berbuka pun, masih lagi berbincang tentang hal ini. Kemudian kami mendirikan solat Maghrib, seterusnya makan berat dengan peserta yang lain. Ketika makan pun masih lagi bercerita tentang ini. Kemudian Ustaz Shahrom berkata: "Agaknya mungkin betul sebab kena panah petir. Kalau rumah kena panah petir pun, fius letrik akan terbakarkan?". Bila mendengar hal ini, lagilah saya risau, takut-takut fius box kereta pula yang terbakar. Saya pun nekad, tinggalkan kereta kerana hari pun sudah malam, nak panggil pomen pun, bengkel dah tutup pula. Jadi Si Komot pun meminta ayahnya yang sudah tua itu untuk mengambilnya dibawa pulang ke rumah.

Sebelum masing-masing pulang ke rumah, Ustaz Usman sekali lagi memujuk Si Komot: "Insya Allah ada hikmah untuk peristiwa ini. Mungkin Allah nak bersihkan kereta Si Komot daripada semua Syaitan-syaitan dan segala gangguan-gangguan". Alhamdulillah sekali lagi pujukan yang benar-benar menenangkan hati Si Komot.

Keesokkannya, Si Komot memanggil pomen untuk membaikinya. Apabila pomen itu sudah tiba, maka mereka pun cuba membaikinya. Bila mereka periksa bateri, memang tiada kuasa langsung. Tapi bila saya tunjukkan kereta itu yang masih boleh gunakan kuasa bateri. Mereka pun pelik. Kemudian mereka cuba dengan bateri baru. Alhamdulillah terus boleh hidupkan kereta. Mereka pun mula memberikan kemungkinan, "Agaknya petir tu makan bateri ni kot.."

Saya terima sahaja apa dah jadi walaupun kena beli bateri baru. Asalkan kereta boleh digunakan semula. Kemudian bila menonton satu dokumentari tentang bahaya kilat ini. Mereka ada mendakwa bahawa kuasa di dalam satu sambaran petir itu lebih beratus ribu kilowat. Kemudian mereka membuat eksperimen dengan tenaga elektrik yang tinggi dapat menghentikan sistem kereta yang sedang bergerak. Anda boleh lihat dalam "Future Weapon" dalam Channel Discovery.

Moral story: Jangan bermain dengan elektrik..huhu...

3 comments:

~al-Barq~ said...

mintak maaf ye komot....hehe

Khaizzz said...

salam..saya tahu cerita ini.hehe

mas syarep said...

~al-Barq~..
xgune minta maaf..xberi mksd ape2 pun..tu la..nk sgt nme petir tu..bertentangan hadis nabi tau x!!nabi suruh gunekn nme yg baek2..tp nk sgt nme yg menakutkan..bertentangan hadis nabi bermakna...!!!

Khaizzz..
ya..maaf la klo xmasukkan watak "ada org menumpang bapak komot blk"..huhu