Ustaz itu sendiri bermaksud pakar rujuk. Orang yang selalu dirujuk. Pastinya luas pengetahuannya. Banyak pengalamannya menempuh hidup dan bahana jerat-jerat dunia melepasi semua itu menuju tujuan yang agung. Mengajar tidak mengira masa. Baik di dalam kelas, mahupun di tepi jalan. Hatta di kedai makan sekalipun, tidak terlepas peluangnya untuk mengajar orang yang disekeliling dengan mendekatkan diri kepada Allah. Baik mengajar dengan lidahnya, mahupun dengan bahasa badannya (akhlak yang tersirna dari setiap gerak geri mereka).
Bila beribadah, ber'uzlah (mengasingkan diri) daripada pandangan manusia. Di waktu malam, mereka bangkit dari tidurnya ketika orang lain sedang tidur seperti sudah cukup rehat mereka. Ketika itulah dia melepaskan rindu mereka dengan Tuhannya. Subhanallah, banyak sekali ibadahnya baik dengan zikir, mahupun ibadah sunat. Pemurahnya mereka memberi apa sahaja yang ada daripadanya. Baik harta mahupun ilmu. Tidak berkira walaupun sedikit. Seperti air sungai yang terus mengalir.
Walaupun dari riak muka mereka kelihatan penat, tapi masih mampu bersenyum berhadapan dengan orang ramai. Walaupun berbagai masalah yang didengarinya yang dipinta oleh perujuk para ustaz ini, dia tetap bertenang. Jelas sekali Allah menurunkan ketenangan kepada mereka dengan janji-Nya yang lebih mengembirakan daripada masalah-masalah yang kecil ini.
Apabila saya berjaulah (jalan-jalan) dengan mereka, terlihat semua kebenaran ini. Seperti jelas sekali mereka ini bertugas dengan tugasan yang sangat berat. Tapi mereka sanggup dan terlalu ingin natijah (hasil) daripada tugasan yang berat ini. Itulah tugasan pewaris kerja-kerja Nabi. Menyampaikan dan memandu masyarakat mengenali Allah dan Rasul-Nya lalu mendapatkan cinta Allah dan Rasul-Nya. Subhanallah. Tugasan ini disambut dengan kerelaan mereka yang memilih jalan ini.
Apabila melihat wajah mereka yang ceria, tak tahu kenapa. Mata ini yang melihat kegirangan mereka, terasa hati ini terus tenang melihat mereka senang. Terpancar dari senyuman mereka satu harapan dan kegembiraan yang luar biasa. Tak sama dengan kita bergembira dengan kawan-kawan mahupun ahli keluarga yang lain. Tapi kegembiraan bersama-sama mereka suatu yang sangat hebat. Perasaan yang memang tidak dapat digambarkan. Hanya dapat anda rasakan jika anda merasainya sendiri.
Saya takkan lupa kenangan saya bersama-sama guru saya yang dikasihi, berjaulah ke Pulau Pinang bersama Ustaz Soleh dan Ustaz Aziz. Kemudian ziarah ke tanah kelahiran Ustaz Usman. Subhanallah. Terasa diri ini apabila bersama mereka, sangat kecil dan kekurangan. Bila bersama mereka, ada sahaja nasihat yang tidak pernah lekang dari mulut mereka. Saya juga pernah menjadi jurupandu syeikh-syeikh dari Arab yang berkunjung ke Malaysia. Walaupun mereka memberi nasihat dalam Bahasa Arab, tapi seolah-olah kata-kata mereka sangat difahami kerana mereka bukan bercakap pada mulut semata, tetapi mereka bercakap dengan hati.
Alangkah besarnya nikmat bersama mereka. Berdamping dengan mereka juga ada adabnya. Janganlah membuatkan terasa beban dengan kehadiran mereka. Kadang-kadang ada orang yang ingin dapatkan barkah para 'Alim ini, dengan barang-barang ustaz itu dan bermacam-macam gayalah. Tapi apa pun, syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk saya berdamping dengan mereka.
Namun, adakalanya kita sering terlupa akan golongan ini yang sangat berkilau-kilau nilai kemutiaraannya dalam jalan dakwah ini. Jangan biarkan sinar mereka terpadam dengan kecantikan dunia. Anda lebih suka melihat keindahan kilauan dunia daripada kilauan mereka. Jangan suatu hari nanti, apabila mereka sudah tiada, baru terasa kehilangan yang sangat besar bagi diri anda nanti. Ketika itulah baru terasa, sungguh bernilai mutiara dan permata yang ada berhampiran kita itu dahulu. Kalau bukan anda pewaris ilmu mereka, siapa lagi?
6 comments:
Kesimpulan: jadilah ustaz jgn jd chemical engineer wahahaha
tak..ana tak kata mcmtu..jgn slh fhm ye..hehe
ya aiyuhal muzzamil...nak aiyuhal muddassir...-sayup2 suara ust usman memecah mimpi mlm ku...teknik terbaik kejut qiam...
...HUWAL HAQ YAH SHUDU AJNADAHU..WANATADUL LIL MAUFIQIL FASILI!!! - bernasyid sama2 dengan ust soleh...!!!!
fuh!!! best2
hehe..betul man..mmg rasa rindu sgt bile berjauhan dgn ustaz2 ni..xtau la ape perasaan ko yg lg jauh dgn ust2 ni..huhu..
ko pun penah jd ustaz gak man..tinggi mertabat ko..hehe
akhi, ana tengok gambar antum berjaulah pun dah terasa 'aura' ustaz2 ni... bertuah anak2 al-amin ada asatizah mcm mereka!
tgk gambo pun dah terasa auranya?!
fuh!!hebat tu..lpsni simpan gambo ust2 dlm walet..hehe..teringat org arqam buat mcmtu dulu..huhuhu
Post a Comment