Friday, April 30, 2010

30 April 1945 Tarikh Keramat bagi Orang Eropah!!

Semalam, saya ada tengok cerita dokumentari dalam NGC Channel. Suatu informasi tambahan untuk saya tentang suatu fakta dalam sejarah yang sangat bermakna bagi Dunia terutamanya bagi Eropah. Jadi tiba-tiba terasa ingin berkongsi di dalam ruangan blog saya ini untuk berkongsi dengan para penziarah dan pembaca blog saya ini.

Tahukah anda apa yang berlaku pada 30 April 1945? Apa yang pasti, pada tarikh itu di Eropah, adalah tarikh yang paling dirai di segenap seluruh dunia. Kerana jatuhnya Berlin, ibu negara Jerman pada Tentera Berikat (Amerika Syarikat, British, Rusia dan beberapa lagi). Dengan kedahsyatan tentera Jerman sebelum ini yang menjajah segenap Eropah, akhirnya tentera Jerman tewas pula di tangan lawannya.

Serangan dari dua arah, mengepung Jerman dan menyerang seluruhnya agar ia hancur sehancurnya. Tentera Merah (Rusia) punyalah berazam menghapuskan Adolf Hitler sehingga diarahkan mereka untuk mengepung dan mendahului Tentera Amerika dan British memasuki Berlin dahulu.


Apa yang menarik daripada dokumentari tersebut, ada menceritakan tentang misteri kematian Adolf Hitler. Ada yang mendakwa, ketika Berlin dikepung dan diserang, Hitler telah keluar dari Berlin menyelamatkan diri dari ditangkap oleh Tentera Berikat. Sehingga meleret ke dakwaan bahawa Hitler dijumpai di luar Jerman sehingga ke Argentina. Ada pula yang mengatakan Hitler di Sepanyol. Buktinya kerana Pemimpin negara tersebut adalah penyokong fasisime.

Bagaimanapun, fakta yang kukuh adalah yang ahli, iaitu pegawai Jerman sendiri yang melihat Hitler membunuh diri dan mayatnya pula diminta untuk dibakar agar orang Rusia tidak mendapatkannya. Rupa-rupanya, memang orang Rusia mendapatkannya, tapi ia dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Apa yang menariknya lagi dalam dokumentari tersebut. turut digambarkan bahawa, semenjak Hitler mula mendapat tampuk kepimpinan, beliau menghadapi tentangan daripada orang yang membenci sejak awal lagi. Dicatatkan bahawa beliau menghadapi 42 percubaan membunuh dirinya. Sungguh mengejutkan! Begitu banyak percubaan untuk menbunuhnya, tapi masih dapat bertahan sehingga dia sendiri membunuh diri sendiri akibat perbuatannya juga.

Dalam 42 percubaan bunuh itu, ada beberapa cubaan bunuh yang dibuat oleh pegawai kepercayaannya sendiri. Tak sangka pegawai yang paling taat pada dirinya juga berhasrat untuk membunuhnya.

Cuma, tiada rekod bila Hitler membunuh dirinya. Tapi, bagi semua penduduk Eropah, yang dinanti-nantikan ialah, Hitler mati. Siapa pembunuhnya atau bagaimana dia mati, itu tidak penting bagi mereka. Sehingga menjadi tajuk yang paling besar di muka-muka akhbar di seluruh Eropah. Ketika pengumuman kematiannya, ada 3 versi riwayat mengambarkan kematiannya.

Mula-mula sekali yang mengisytiharkan kematian Hitler ialah pihak penyiaran berita British, BBC, memaklumkan bahawa: "Hitler mati dengan mempertahankan dirinya". Pihak Rusia tidak setuju tentang pemakluman itu. Rusia mendakwa bahawa beliau mati melarikan diri seperti pengecut. Amerika pula mendakwa bahawa beliau dikatakan mati, tapi masih tidak dapat disahkan kerana mayatnya tidak dijumpai lagi. Yang menariknya, Tentera Jerman juga memberi maklum balas terhadap berita tersebut seperti akhbar yang dilampirkan di atas. Menurut penyiaran Jerman, walaupun Hitler mati, perang akan tetap diteruskan membebaskan tanah air.

Apa pengajaran yang boleh diambil? Lihatlah, di dunia ini, ada yang sayang kepada seseorang dan sangat menyayanginya sehingga sanggup menggadaikan jiwa untuk mempertahankannya. Ada pula yang sangat benci, sehingga sanggup buat apa sahaja untuk lakukan asalkan yang dibenci itu musnah. Sejarah membuktikan, kebangkitan seseorang yang dikatakan ingin menyelamatkan Jerman dari kehinaan kemiskinan, tetapi bila mencapai kejayaan, menghapuskan keamanan dan kebahagiaan orang lain.
Kekuasaan bukanlah segala-galanya. Kekuasaan bukan bererti boleh memijak yang tidak berkuasa lagi lemah. Tetapi kekuasaan yang diberikan itu adalah untuk melindungi yang lain. Baru ini, saya menyaksikan dan menyelesaikan pergaduhan di antara kelompok kanak-kanak. Bergaduh sampai bertumbuk jugalah. Bila ditanya apa punca pergaduhan? Jawaban mereka kerana pihak lain mulakan dulu, mengutuk, mengejek dan sebagainya. Permulaan yang sangat remeh, natijahnya..kerugian di kedua-dua belah pihak. Sama jugalah dengan si Hitler ni. Mengejek bangsa lain lemah, lalu dia pun mula menjarah dengan kekuasaan yang ada. Nah..lihatlah apa nasib yang menimpa mereka pula.

3 comments:

be a positive thinker!!! said...

great blog.. !!!

visit me @
http://yusri-outsider.blogspot.com
http://www.fk-unhas.co.cc

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice n3... kerja makmal mana bro

Muhammad said...

Subhanallah, bila ideologi itu salah.. maka jutaan manusia menjadi korban.. Kerana itulah Islam menitik beratkan aqidah, satu-satunya ideologi penyelamat manusia.