Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehadiran pendatang baru yang menggemparkan Makmal kita. Ia berlaku pada awal persekolahan setelah cuti sekolah pertengahan semester baru ini. Kisah ini akan diceritakan sebentar sahaja lagi kerana kita lihat dulu kronologi perkembangan cerita ini. Hal yang menggemparkan ini adalah rentetan daripada peristiwa-peristiwa yang misteri sebelum ini. Iaitu seekor kucing betina berbulu hitam tiba-tiba ada di bumi Al-Amin ini pada penghujung tahun lepas. Persoalan yang terbit ialah dari mana kucing hitam ini datang? Adakah ia datang dari ufuk Timur???
Setelah beberapa purnama berlanjutan, kucing hitam yang entah mana datang ini tiba-tiba dikejutkan oleh ramai pihak kerana melihatkan kucing hitam tersebut tiba-tiba berubah bentuk fizikalnya. Ini kerana ia sudah kelihatan bunting. Bunting ialah keadaannya hampir sama seperti ibu mengandung tapi bagi binatang ia disebut bunting. Persoalan yang sekali lagi terbit ialah; siapakah yang membuntingkan kucing hitam ini? Sedangkan ia tidak pernah kelihatan disentuh oleh mana-mana kucing jantan pun di Al-Amin ini.
Kemudian sekali lagi kita dikejutkan satu peristiwa yang lebih menggemparkan apabila warga Al-Amin kembali semula selepas cuti pertengahan semester baru-baru ini. Kucing hitam ini telah selamat melahirkan anak-anaknya. Kucing hitam ini telah diberi nama oleh para pecinta kucing dari tingkatan 4 dengan nama; Tam Tam. Mungkinkah nama penuhnya Wong Tam Tam? Atau Khuttam Tamsiyyah??
Apa yang menariknya dalam kejutan ini ialah, Tam Tam ini memilih makmal sebagai tempai ia melahirkan anaknya. Lebih menjadi misteri ialah; bagaimana ia selamat melahirkan anak-anaknya sendirian? Inilah hebatnya fitrah semula jadi yang Allah jadikan pada makhluk-makhluknya untuk hidup mengingati-Nya di dunia ini. Maka apabila ia memilih makmal sebagai tempat perlindungan untuk anak-anaknya, terbuktilah bahawa makmal adalah tempat yang selamat serta dapat menjaga kebajikan keluarganya. Satu lagi bukti usaha sekolah untuk menjadikan makmal yang berkebajikan kepada semua. Bukan untuk warga Al-Amin sahaja, malah untuk kucing sekalipun.
Tam Tam telah melahirkan 4 ekor anaknya. Terdapat 3 ekor betina iaitu yang bewarna hitam, tompok-tompok coklat dan kelabu-putih. Seekor lagi yang bewarna hitam-kelabu adalah jantan. Ada seekor lagi anak kucing yang kecil bewarna coklat dengan keadaan matanya tertutup sebelah juga dibela oleh Tam Tam ini. Walau anak kucing ini mungkin bukan anaknya sendiri, tapi dia tetap membelanya juga. Telah sepakat untuk kami menamakan setiap anak kucing ini mengikut nama pegawai pejabat sekolah iaitu Rita, Yani, Salina, dan Sarep. Hahahaha!! Sekadar gurauan semata-mata. Maaf ya kepada yang terlibat.
Tapi kini, setelah 5 minggu kucing-kucing ini membesar di dalam makmal dengan suasana yang selamat, akhirnya kami putuskan untuk lepaskan kucing-kucing ini pergi ke dunia realiti yang lebih mencabar. Iaitu kehidupan di luar makmal. Maka dilepaskan mereka semua. Kecohlah warga Al-Amin melihat anak-anak kucing ini yang gemuk-gemuk dan comel, hasil manfaat manifesto Makmal Berkebajikan untuk Semua.
Oleh kerana tiada yang ingin mengambil mereka untuk membesarkan mereka, maka mereka dihantar ke Taman Keramat untuk tempuhi kehidupan yang lebih bermakna bagi kucing-kucing ini. Insya Allah.
9 comments:
sejak bile namenye Tam Tam setahu ana namenya Sorga (nama diberi bdak2 F5) .... maka pelbagai panggilan telah diberikan oleh pminat2 kucing ......
TAM TAM!!!!!!
AKU RINDU PADAMU!!!!!
meh dtg sini balik..kami rindukanmu!!!!
ohh, begini rupanya kisahnya..baru saya tahu~..
ku tercari2 tak ada..begini~
hrm, nmpknya mmg jelas terbukti warga alamin minatkan kucing ini yah, f5 beri nama sorga~
f4 pula tam tam...yah, bagus betul..
Semoga Tamroga dlm keadaan sihat wal'afiat....~~
(Nama baru..wakakaka)
Cerita yang meayat hati ...
Oleh kerana cerpen sepanjang ini cuma mendendangkan ceritera si kucing...
maka berlakulah khilaf antara warga al-amin hanya kerana nama si kucing sahaja....
terserlah ada juga manusia merindui pd kucing..sedangkn Allah telah menetapkan manusia ni suka kt pompuan,anak2 kecil,perniagaan yg menguntungkan, emas dan perak, binatang tunggangan, binatang ternakan dan tanaman [ali-imran:14]..
so xde plak kucing tersenarai dlm fitrah manusia ni???hehehe..
nanti kite daftarkan kucing ni kt JPN..buat mycard utk khuttam tamsiah..hahaha!!klo tanye warganegara mane???nnti tulis warga alamin..muahahaha!!
em,..
berhasrat....
ingin bertanya..(jadi tanyalah~)
kat akhirat nnt, kita boleh jumpa kucing2 ini lagi ke?
kucing ni pengikut abusya jgk ke?
tabi'in la kirenye..hueh,sampaikan salam pada akhuna tamtam :)
-Amin HAR-...kt syurga nnti..Allah akan bg ape jer yg kite mintak..klo nk kucing..Allah bg..nk chicken chop..Allah bg..tp klo Allah dh bg bidadari kt sorga..xkn nk kucing lg..adeh..
Si Penggembara..kucing ni bkn pengikut..dia dpt manfaat jer..
kucing ni dah pernah disentuh di depan khalayak...
kejadian ini berlaku ketika perhimpunan hari isnin....
ingatkan kucing ni nak gaduh.....tiba-tiba mengawan pulak....tp jantan tu dah hilang ke man entah...mungkin dia dah berhijrah....
Post a Comment