Jika anda dapat melaksanakan beberapa perkara yang bakal disebutkan ini, anda mampu untuk menghancurkan organisasi anda. Mengapa saya perlu menulis hal sedemikian di dalam blog ini? Saya berharap, para pembaca dapat bermuhasabah serta dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara ini. Tepuk dada tanya iman. Adakah kita tergolong dalam golongan yang menyumbang kepada kehancuran organisasi kita?
Berikut adalah perkara-perkara yang mampu membawa kepada kejatuhan organisasi anda:
a)Jangan hadiri mesyuarat bila dipanggil, paling tidak pun, sentiasalah datang lewat
b)Jika dilantik menjadi jawatankuasa atau diminta sumbangkan sesuatu, jangan bekerjasama tetapi sentiasalah mengkritik apa yang dibuat oleh organisasi
c)Jika ditanya oleh Pengerusi tentang sebarang cadangan mengenai sesuatu perkara, katakanlah ”No komen”, tetapi sesudah mesyuarat beritahu kepada semua orang ”sepatutnya buat begini-begini”
d)Jangan buat apa-apa kerja, tetapi apabila mandat diberikan kepada orang lain, beritahu bahawa organisasi ditadbir oleh ”kumpulan/geng/kroni” tertentu
e)Apabila sesuatu jamuan atau aktiviti dijalankan, beritahu semua ahli bahawa ”kita sedang membazir”. Tetapi apabila sebarang jamuan atau aktiviti tidak dijalankan, beritahu kepada semua ahli bahawa ”persatuan kita kedekut dan telah mati!!”
f)Jika dilantik memegang amanah sebagai jawatankuasa, tolaklah dengan alasan tidak mampu. Jika tidak diamanahkan pula, keluar dari organisasi dengan alasan tidak diberi kepercayaan dan peranan
g)Selidiki setiap kesalahan walaupun kecil. Apabila mendapati kesalahan itu, hebohkan dan letak jawatan.
h)Apabila tidak memegang jawatan, ugutlah untuk meletak jawatan dan pengaruhi rakan-rakan lain untuk bertindak sama
i)Bocorkan semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat terutama berkaitan keburukan ahli dan masalah dalaman.
j)Bila menghadiri mesyuarat, sokong semua perkara tetapi selepas itu jangan buat apa-apa.
k)Persalahkan persatuan atas semua masalah yang dihadapi sama ada akademik ataupun sebagainya.
l)Persetujui semua perkara dalam mesyuarat, tetapi bantahkan perkara-perkara tersbut selepas mesyuarat
m)Sentiasa lengahkan semua kerja dalam persatuan atau ambil sikap ”jangan buat langsung”
n)Tubuhkan persatuan "bayangan" sendiri di dalam persatuan yang anda sertai sekarang ini dengan menyatakan usaha-usaha untuk memulihkan persatuan, agar ahli persatuan "bayangan" melihat anda sebagai tokoh yang mempunyai perjuangan yang mulia sehinggalah jatuhnya persatuan itu.
o)Akhir sekali, yang tidak kurang pentingnya. Jangan letak jawatan kerana dengan meletak jawatan, anda tidak mungkin dapat merealisasikan operasi menjatuhkan organisasi sendiri.
Setelah melihat ciri-ciri yang mampu membawa kehancuran kepada sesebuah organisasi, apakah kiranya kita masih lagi mahu memlakukannya dalam organisasi kita ini?? Tepuk dada tanya iman. Di paras manakah iman kita tatkala kita begitu bencikan organisasi kita ini sehingga kita sanggup lakukannya. Sentiasalah kalian bermuhasabah sesama kalian agar ia tidak bisa merosakkan keindahan rentak kerja kalian.
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bende ni bukan dah ade ker dalam buku panduan Andalus tuh?????
org andalus jer yg tau..so ni nk bitau kt org laen gak..nk buat "ANDALUS utk sume" ada halangan..so..buat la dgn cara ni plak..cewah..hehe
nice post.... bagus betul panduan tuh... yang paling best, panduan yg akhir sekali....
pada ana, klu tk ske jgn trlibat langsung... klu nk trlibat, libatkan diri betul2....
jika orang dah bagi amanah, bermakna orang meletakkan sepenuh kepercayaan kpd kita... kenapa org tuh tk lantik org len?? sbb orng tuh tau kita layak n boleh pikul mende2 tuh... sbb tu kita di lantik....
ntah apa yg aku merepek... anyway ini sekadar pandangan...
Post a Comment