Sunday, March 22, 2009

Bagi menjawab soalan cepumas itu. Inilah ia..

Bukan gambar sebenar..Harap maklum.

Jodoh itu bukan urusanku dan bukan juga urusanmu.
Sungguh aku serahkan segalanya terus kepada Allah.
Andainya masa telah tiba aku diberi pilihan.
Ketika itulah detik usahaku, sepertimana yang diajar oleh an-Nabi s.a.w.
Setiap hari aku menempuh hari-hari yang baru dan terus sabar menjawab soalan-soalan seperti itu kerap kali. Sehingga terpaksa aku memberitahukan sesuatu kepada mereka yang sangat mereka nanti-nantikan itu..

"Apabila hadir tanda-tanda terjadinya pernikahan itu..maka pasti akan terjadi melainkan tanpa keizinan Allah Taala, maka datanglah seorang pemudi yang akan memberikan sinar harapan yang baru di seluruh pelusuk Keramat dan seisinya lagi sekitarnya."

Mereka bertanya;"Sebutkanlah kepada kami apakah tanda-tandanya itu wahai tuan, sungguh kamilah dari orang-orang yang sangat merinduikan hari itu".

"Apabila kad jemputan telah tersebar ke setiap jiwa-jiwa yg menanti-nantikannya dengan penuh kesabaran, apabila anda melihat orang berlumba-lumba mendirikan khemah-khemah dan anda pun bertanya kpd mereka; untuk siapakah khemah ini? lalu mereka menjawab; pastinya untuk al-keramaty itu, apabila semua orang sudah saling ingat-mengingatkan tentang datangnya hari yang dijanjikan itu."
"Maka ketika itu kompang bertalu-talu berkumandang di langit raya, kelopak-kelopak bunga ditebarkan oleh orang yang berjanji mahu melakukan itu, lalu kamu melihat manusia masuk ke majlis itu berbondong-bondong, nasi minyak dan oren madu dihidangkan kepada hadirin, begitu banyak doa agar berbahagia itu disampaikan setiap detik".

Tetapi andainya aku pergi dahulu sebelum terjadinya peristiwa besar ini, maka itulah ketentuan-Nya. Tidak pernah aku menyesali detiknya perpisahan itu dan sungguh itulah juga hari yang aku yakini, bahawa Allah lebih tahu pasangan yang sebaik-baiknya untuk aku akan diketemukan di syura nanti.




nota jari: so..sesape yg still nak tanye gak bile si Sarep ni nk kawen..so tolong bace bende ni dan hapal..so bole sampaikn kpd org laen yg mahu bertanyakan tentang ini juga. Sanad bersambung tu..hehehe

7 comments:

Unknown said...

sebenarnya kau dah explain hari tu pasal ni. cuma penjelasan kau kali ni lebih menarik. part tabur bunga tu macam kenal je, hehe. bila orang mesir nak balik tolong taburkan bunga ek? haha

aku menunggu saat itu.

mas syarep said...

saat tu..kamera ko lah yg plg ligat skali..hehe..

bkn ape..dh penat ar asyik nk kene soal bende yg sama jer..

so tulis..biar org laen bole sampaikn..n then bole beramal..hehe

Fera said...

ehhh? jumpa di _syura_ hahah? saja ungkit typo, takde bahan lawak.

insyaAllah semua orang raikan nanti, Allah akan ketemukan jodoh nanti... cuma usaha tu ada lah. ;)

maaf kalau kami semua terlalu banyak menanyakan soalan tersebut. tidak bermaksud memberi stres. =P

Azraai Ahmad said...

Apabila hari 'kejayaan' itu telah tiba, nescaya kamu melihat kelibat manusia berbondong-bondong masuk ke kawasan Keramat. Maka, bertasbihlah dengan rahmat Tuhanmu serta beristighfarlah...

~al-Barq~ said...

Baiklah... lepas ni kamu boleh melegakan hati kerana saya tidak menyoal lagi...memang "menusuk" jiwa seperti yang dikatakan Walaubagaimanapun, akan ku tetap menunggu saat itu....hehehe...

~al-Barq~ said...
This comment has been removed by the author.
mas syarep said...

haa..cukup jelas lagi terang benderang kn????so lpsni xyah tanye2 lg k..?