Wednesday, April 14, 2010

Peristiwa 1 April

Pada 1 April yang lepas, saya pergi ke sebuah gedung membeli belah yang berhampiran dengan rumah saya. Seperti biasa membeli beberapa barang dapur untuk rumah dan pergi ke kaunter pembayaran setelah selesai membelinya. Seperti biasa penjaga kaunter tersebut akan bertanyakan "Encik ada Kad J?".

Saya pun berikan dan diterima olehnya lalu dia mengcalitkan kad itu untuk pengesahan. Dia cuba berkali-kali tapi tetap tak boleh juga. Kemudian dia periksa kali terakhir dan bercakap pada saya "Abang janganlah nak April Foolkan saya..kad ni dah tamat tempoh semalam (31/4/2010)". Saya sendiri tak sedar kad itu telah tamat tempoh dan saya pun minta maaf kepadanya kerana kesilapan seperti itu.

Kemudian ketika hendak membayar pula, sekali lagi penjaga kaunter tersebut tergelak-gelak dan saya kehairanan. Kemudian dia tunjukkan kepada saya wang yang diterimanya daripada saya ialah wang Indonesia sebanyak Rp 141,000. Sedangkan jumlah yang saya patut bayar ialah RM 21.00. Saya tahu memang saya bawa bersama saya wang kertas Rupiah kerana ingin menukarkannya. Tapi mungkin kerana warna wang kertas ini hampir sama. Wang kertas Rp 100,000 bewarna merah, sama seperti warna RM10. Warna kertas Rp 20,000 pula bewarna hijau seperti wang kertas RM 5. Warna wang kertas Rp 1,000 pula adalah warna biru seperti RM 1.

Dari segi jumlah mengikut warna kertas sememangnya betul. Saya perlukan 1 wang kertas bewarna merah, 2 wang kertas bewarna hijau dan satu wang kertas bewarna biru = RM 10 + RM 5 + RM 5 + RM 1 = RM 21. Tapi malangnya wang kertas yang diambil itu pula adalah wang kertas Indonesia. Merah = Rp 100,000, hijau = Rp 20,000 dan biru Rp 1,000.. jumlahnya Rp 141,000.

Penjaga kaunter itu sambil gelak besar, sambil dia berkata: "Wakenabeb!!! 2 kali dah ni!!". Sedang saya tak berniat langsung untuk mengenakannya. Cuma saya tersilap faham sahaja. Tapi perasaan si dia itu seperti saya memang ingin mengenakannya. Sehingga dia tanya pada saya: "Kat mana kamera bang?". Saya cuma minta maaf sahaja padanya kerana memang tak sengaja langsung tentang ini. Saya dah beredar dari kaunter tersebut pun, budak itu masih ketawa terbahak-bahak lagi. Saya tak berniat pun untuk kenakan dia!!!!!

Dia yang terasa lebih2 agaknya...huhuhu

4 comments:

MuhammadS-3x said...

Ada kelakarnya cerita ini. Banyak pengajaran dapat diambil. Ragam orang masa kini.
;)

~al-Barq~ said...
This comment has been removed by the author.
~al-Barq~ said...

31/4/2010 ??????

Azraai Ahmad said...

sape yg april fool sape ni?? xpe, ter'april fool' x kira dosa... insyaallah....