Setelah membaca blog rashid, rasa macam nak tulis juga kenangan silam saya ketika menjadi peserta Uji Cekap 2001. Pernah terdetik ketika saya dalam program Uji Cekap 2009 ni, terkenang segala peristiwa yang pernah saya lalui dahulu. Bagi saya, memang ternyata sangat berbeza tapi tidak perlulah dibanding-bandingkan kerana perbezaan masa dan orangnya.
Sebelum menaiki bas, para AJK mengingatkan kami hanya membawa barangan yg disuruh sahaja, sehinggakan pakaian dihadkan, kalau lebih pasti dirampas dan tidak dipulangkan. Kemudian naik bas dan bergerak ke Ulu Yam. Turun sahaja di The Woods, banat dan banin diasingkan sangat jauh. Kami (banin) berjalan sangat jauh ke dalam hutan, sehingga tidak nampak langsung tempat rekreasi di sana, cuma kami dapat pembayang, di mana tempat kami sangat dekat dengan jalan raya.
Sampai sahaja di tapak perkhemahan, sememangnya ia kawasan yang hutan belukar, semak-samun, ular di merata-rata. Maka kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut dan mendirikan khemah. Khemah tersangatlah kecil, jadi fungsi khemah hanyalah untuk meletakkan beg masing-masing. Kalau hendak tidur, maka lebihan buluh yang digunakan untuk buat gadget digunakan pula untuk alas tidur kami dan juga tempat kami berteduh.
Memang semuanya survival ar. Baik dari kaedah masak, sehinggalah kaedah nak "buang air". Walaupun ketika itu, AJK kami senior-senior yang kami geruni. Tapi kebersamaan mereka kepada kami, membuatkan keresahan kami terubat. Selepas habis sahaja satu aktiviti, ketika kami berehat sebentar di khemah kami, AJK akan datang pada kami dan tanya; "Ada sesiapa yang sakit tak?", tak pun ada yang bertanya; "Amacam aktiviti tadi? Ada yang injured tak?", tak pun ada juga yang berpesan; "Ok..lepas ni makan cukup-cukup tak..nanti ada aktiviti lagi lasak..so better korang dapatkan tenaga korang..nanti tak nak kitorang nak kena angkat korang nanti".
Setiap ucapan mereka itu, benar-benar memberikan semangat kami untuk terus bertahan. Tapi bila setiap kali melalui aktiviti-aktiviti, pasti akan ada yang tercedera. Ketika berkawad, ada yang terjatuh gaung, sebab keadaan semak yang terlalu tebal, sehingga tidak nampak pandangan ke hadapan, maka jatuhlah beberapa orang kawan saya termasuklah saya juga ke dalam gaung tersebut. Saya sendiri tak ingat apa lagi perisitiwa yang kami lalui ketika itu. Ketika malam terakhir kami di sana, hujan turun dengan lebatnya. Habis khemah kami dimasuki air. Tempat kami solat pula jadi laluan air. Sekejap sahaja air naik sehingga ke paras peha. Tak sempat habis solat air sudah naik. Maka kami teruskanlah solat kami walaupun terpaksa sujud dalam air yang mengalir deras tu.
Tentang rawatan, kami sedikit pun tak mengadu pada AJK atau guru bertugas. Cuma kalau kalau sakit yang perlukan bantuan ubat, barulah pergi minta. Tapi ada kalanya, AJK berikan sahaja ubat-ubat itu kepada kami, kerana melihatkan keadaan kami yang sangat teruk tersiksa. Jalan pun ada yang "terkangkang-kangkang", ada yang jalan pun mengesot. Maka AJK pun berikan "bedak melecet". hehe..Sesiapa yang pakai bedak tu, mesti lepas tu asyik kena "bahan" atau perli je..Saya pernah mintak ubat cirit-birit di awal program. Mereka berikan, tapi sepanjang program saya asyik diperli mereka sahaja. Ketika tracking, ada AJK yang perli;"Cepat sikit panjat tu, kang ada yang tercirit!!". Aduh..malu tu..
Hahaha!!tapi itulah kenangan saya dahulu. Hmm banyak jugalah peristiwa-peristiwa yang saya tempuhi dulu. Tapi mungkin cukuplah saya bercerita setakat ini sahaja. Cuma hendak berkongsi ketika saya sakit di dalam program Uji Cekap sahaja. Sebab sekarang ni terlalu ramai yang sakit, jadi memang terkenanglah ketika zaman saya pula muda-muda dulu..hehe..
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
kehhh... asyik uji cekap aja semua orang nihh... sungguh teruk la kalau dulu macam ni, syukuuuurrr. kalau ana 2 tahun dulu makan nasi dalam buluh tujelah survival training. keras lak tu. hahahahah.
ubat cirit? owh.. makan tak ok ker? ana empati dengan abg sarep.. :)
uwah, terbit satu lagi inspirasi..
hidup seperti yang anda tentukan..
"kerana pada zaman itu pemuda nya adalah aku, dan pada zamanku pemuda nya adalah kamu!"
teringat....
(kalao asyik2 sahaja disembang sakan, bila nk disampaikan?atau membuka mata dan mereka mengetahui?)
Alhamdulillah,
Ana sudah habis membaca ketiga-tiga post mengenai UjiCekap'09...
Banyak pengajaran yang ana dapat serta boleh ana kaitkan dengan perkhemahan ujicekap'09. Mana yang salah harap dibaiki bersama-sama dan mana yang benar harap diteruskan.
Sebenarnya ana rasa kecewa dan gembira sedikit dengan prestasi ___ semasa perkhemahan tersebut jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu. Hanya ini sahaja yang dapat ana tulis.
Harap pembaca faham isi sebenar yang hendak dikatakan oleh seorang insan yang banyak melakukan kesalahan.
Wassalam.
to fera -> time kasih la sbb berempati pd sy..hehe..kena ingat tau..yg ana cite tu..br skit je..blom cite keseluruhan lagi..
to -Amin HAR- -> xsemestinya kita dpt tentukn hidup kita..spjg hidup kita..kena harus terus bersyukur..jd xleh ar yakin sgt yg kite jer bole tentukn sendiri..
bkn xnk bitau yg laen..tp yg laen mcm xnk amik tau..so..sembang jelah pd sape yg nk dengo..sape jelah kite ni org nk dengo ckp kite..sy ni pembantu makmal je..
to MuhammadS 3x -> masalah skrg..bkn hendak dibanding2kn..semuanya ada baiknya..ada terkurangnya..lumrah la..dan itulah yg akan terus jadi kenangan seseorang..so biarkan peristiwa itu mengajar kita dan mematangkan kita..mudah2an bole jadi pengajaran utk generasi akan dtg..
kpd sume..ok la..lpsni xnk tulis psl uji cekap lagi dah..
ha..
tu la min...tengok lagi iklan sesat..
wahahaha...
Salam,
Untuk lebih mengahayati sebalik kisah uji cekap ini,Maka kita kembali tengok kata-kata Umar AL-Khottob..."Didiklah anak-anak kamu seperti mana di zaman mereka"
Memang kata-kata di atas merujuk pada bapa dan anak,namun seraca tersiratnya itulah gambaran Saidina Umar kepada kita bahawa,zaman pasti berubah dan keadaan persekitaran juga berubah,maka kita tidak boleh gunakan cara kita yang lama untuk mendidik generasi sekarang,tetapi menjadikan pengalaman yang lama untuk lebih kreatif membentuk generasi baru.Maka sama-sama kita ambil pengajaran.Bukan salah peserta,namun itu mungkin satu hikmah yang Allah tunjukkan kepada bakal pembimbing dakwah gimana hendak mentarbiyah adik-adik kita nanti dengan cara yang lebih efisen....
Wassalam
man, nk tambah ayat saidina umar tuh "......sebab zaman kamu telah berlalu" heheheh
nmpknya kita yang kena fikir jalan utk sesuai dgn budak2 zmn skrg,
waah!!ada gandingan ibnu Dashuki ar plak kt sini..iman n yg laen?xde ker?hahaha!!
jzkllh kpd rahmanD n .-rashid-. atas nasihat yg mrk tempelkan dikomen ini..mmg mcmtulah yg nk dimaksudkn..
jiwa pendidik, sentiasa mendidik
Post a Comment