Tuesday, March 24, 2009

Kewajiban memakai seatbelt???


Melihatkan dewasa ini, telah diperintahkan oleh pemerintah Malaysia kepada semua rakyatnya akan keharusan memakai tali pinggang keledar. Ramai dari kalangan rakyat jelata tidak punya pede untuk menyambut ketetapan ini.

ya udah..sukar benar mahu menggunakan bahasa Indonesia dalam penulisan kali ini.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pemandu-pemandu kereta juga para penumpangnya untuk senantiasa memakai tali pinggang keledar (seatbelt). Maka ada yang dari kalangan rakyat Malaysia masih tidak dapat menyambut seruan kerajaan itu. Tapi ada juga yang patuh pada arahan tersebut. Melihatkan peristiwa ini, kita dapat mengkaji tentang kesediaan rakyat Malaysia menyambut sesuatu saranan daripada kerajaannya.

Bila melihat kronologi kewajiban memakai seatbelt di Malaysia, tiba-tiba teringat pula kronologi pengharaman arak. Bila anda mengkaji semula sejarah tentang hal ini, anda pasti mendapati ia seakan-akan sama pada peristiwa yang pernah terjadi pada 1400 tahun yang lepas.

Allah tidak mengharamkan arak secara terus, tetapi berperingkat-peringkat. Pada peringkat awalnya, ketika di Makkah lagi, turun ayat 67, surah an-Nahl:
“Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.” [an-Nahl 16: 67]

Pada ayat ini, tidak dijelaskan lagi tentang pengharaman arak. Tetapi Allah sudah memberikan bayangan tentang arak itu. Seatbelt tidak lagi menjadi topik utama ketika penciptaan kereta sekalipun. Bahkan melihatkan generasi kereta yang terawal di dunia pun, tidak kelihatan seatbelt. Malah setelah dinaik-tarafkan dengan enjin yang lebih laju juga, masih tidak kelihatan seatbelt tersebut.

Kemudian Allah sudah mula menyentuh tentang perihal arak itu dalam surah al-Baqarah ayat 219:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." [al-Baqarah 2: 219]

Ayat ini menjelaskan perbezaan baik dan buruk pada arak tersebut. Jelas Allah menyebut bahawa besarnya dosa pada arak itu lebih banyak daripada kebaikkan pada arak. Apa baiknya arak?? Boleh memanaskan badan. Itu sahaja. Tapi akibat buruk lebih banyak apabila meminum arak.

Seatbelt pula punya banyak kebaikkan daripada keburukkannya. Keburukkannya apa?? Tidak selesa dan tidak cantik sahaja. Sedangkan manfaatnya sangatlah banyak. Boleh mengurangkan impak pelanggaran ketika kemalangan. Boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya (sama la tu). Boleh jadikan anak-anak kecil duduk senyap, tiadalah nanti anak-anak ini riuh-rendah di tempat duduk belakang itu. Banyak lagi kebaikkan yang boleh kita ungkapkan daripada seatbelt ini.

Peringkat seterusnya tentang pengharaman arak ini, Allah menyebut dalam surah an-Nisa' ayat 43:
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..." [an-Nisa' 4: 43]

Ayat ini telah dikhususkan kepada semua orang Mu'min agar tidak mabuk atau tidak minum arak sebelum mengerjakan solat. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab mengimamkan solat beberapa kumpulan muslimin di kawasan Madinah. Saidina Umar al-Khattab baca surah al-Kafirun tapi dalam keadaan mabuk. Maka banyak tempat ayat yang dibaca itu salah. Setiap kesalahan itu telah memberikan makna yang boleh menggoyahkan keimanannya. Maka turunlah ayat ini sebagai teguran kepada semua Muslimin yang lain.

Seatbelt pula, pada awalnya dikhususkan oleh kerajaan hanya pada pemandu sahaja. Mungkin kerana ketika itu belum ada lagi kempen "Kurangkan kesesakkan lalulintas dengan menumpang". Jadi ramai yang bawa kereta sendiri sahaja. Kemudian kebanyakkan pemandu seorang diri ketika itu, ramai yang menemui maut di kemalangan itu.

Akhirnya Allah memutuskan untuk kebaikkan semua manusia, terutamanya bagi mereka yang beriman. Maka turunlah ayat 90 surah al-Maidah;
“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan." [al-Maidah 5 : 90]

Sangat jelas Allah menyuruh kita untuk menjauhi segela perbuatan-perbuatan tersebut termasuklah arak. Allah tidak kata "jangan kamu minum!!" tapi Allah kata "..jauhilah perbuatan-perbuatan itu..", maka cuba-cuba pun tak boleh apatah lagi meminumnya. Ketika itu, semua Muslimin ketika itu terus beramal dengan ayat Allah ini. Ada sahabat yang mengorek-korek lidahnya untuk memuntahkan balik arak yang baru diminum sebelum ayat itu turun kerana khuwatir arak itu menyerap dalam isi dagingnya. Ada juga yang balik ke rumahnya, terus memecahkan semua tong-tong simpanan arak mereka. Sehingga ada yang mengatakan bahawa kota Madinah ketika itu seolah-olah banjir kerana semuanya membuang arak dijalanan ketika itu. Betapa intima mereka terhadap arahan Allah tiada tangguhan lagi.

Ketika kerajaan kita memerintahkan kewajiban memakai seatbelt bagi para pemandu juga penumpang di Malaysia, kerajan juga turut memberikan pakej perkhidmatan memasang seatbelt di tempat duduk penumpang di belakang. Malah memberikan tempoh yang agak lama untuk semua menyelesaikan dan menyesuaikan diri dengan arahan ini. Tetapi setelah sampai masa dikuatkuasakan, sehingga dilatih pula dengan denda bagi mengingatkan lagi memberi pengajaran, masih lagi yang memberikan alasan yang bermacam-macam. Nak = 1000 daya, tak nak? 1000 helah 1000 dalih 1000 alasan = 3000 tak nak.

Sama juga dengan kewajiban memakai jilbab, bagi mereka yang tidak biasa dengan jilbab, mungkin dibesarkan dalam keadaan free hair, tapi bila disuruh memakai jilbab, mulalah memberikan macam-macam alasan. Negara Malaysia di atas garis Khatulistiwa beriklim tropika dan macam-macam. Sehingga pereka fesyen pun turut membantu para pemakai jilbab yang masih tidak biasa lagi dengan fesyen yag cantik lagi mudah. Ada tudung Beenda, ada tudung Wardina, malah ada tudung Mawi. Macam-macam. Apa yang boleh disimpulkan dengan 3000 tak nak ini ialah si pemakai jilbab tidak selesa. Itu sahaja. Tapi mereka tidak mengetahui betapa banyaknya faedahnya. Betul tak?

Jadi bagi mereka yang sedang belajar memakai jilbab, yang sudah menjiwai kepentingan jilbab itu. Mereka mempraktiskan kepercayaan jilbabnya dalam pengamalannya sehari-harian. Bahkan tidak terdetik pun untuk beralasan lagi kerana jiwa sudah diresapi dengan kecintaannya mengamalkan berjilbab itu. Kalau bukan semata-mata hanyalah untuk mendapatkan Redho Allah. Bukan lagi memakai tudung bila di hadapan guru sahaja, bukan lagi memakai tudung di hadapan ibu mertua sahaja. Tapi di mana-mana sahaja untuk menjaga dirinya.

Sepatutnya, sebelum diwajibkan memakai seatbelt di Malaysia, anda perlu berkunjung ke Australia. Di situlah tempat untuk mentarbiyah kecintaan anda kepada berseatbelt. Suasana yang menghidupkan kewajiban berseatbelt di merata-rata. Hampir di setiap jalan pasti ada peringatan untuk "buckle-up". Melihatkan kanak-kanak yang selalunya riang tidak reti duduk diam di belakang tempat duduk bahagian belakang kereta, tetapi kanak-kanak di Australia, mereka boleh duduk diam dengan kerusi special mereka. Ada pelbagai bentuk kerusi special yang dijual di Australia, ada yang tempat duduk itu terdapat stering kereta, ada yang seperti kokpit kapal terbang, dan macam-macam bagi menarik minat rakyat Australia untuk mendidik anak-anak kecik Australia agar mereka mementingkan keselamatan di jalan raya.

Mungkin ingin berkongsi sedikit video yang boleh kita ambil pengajaran, insya Allah.
Jadi selepas ini, kalau anda menaiki Myvi WSG 2844, ataupun kereta apa sekalipun, jangan lupa untuk kita memakai tali pinggang keledar dengan sepenuh hati. Ayo ber"buckle-up"!!! hehe..

4 comments:

Anonymous said...

fuh, boleh buat kitab seat belt ni sarep. hehe. pengalaman ke australia ye. nanti aku buat satu post pasal Jepun pulak. cehh

best lah entri ni. jom ber'buckle-up!'~

Fera said...

wahh, buat post bernas, sungguh memberi petunjuk kepadaku supaya 'Buckle up!' Haha :P

Tukarlah tajuk kepada "Tali Pinggang, Arak dan Australia"

Mesti orang bingung. :P

mas syarep said...

to amirularif : buat kitab ek?erm..kitab berjudul "fatwa dari makmal" kot..hahahaha!!!
hah!!buat ar psl jepun..nnti kang mesti xmemasal aku buat cite psl indon..hehe..n thanks

to fera : dh post..bole tuko tajuk ek?xtau plak..tp..dh tertype tajuk tu..malas plak nk tuko..hehe..n thanks

'adz said...

kat sini pun kene pakai seatbelt ape..dan mmg agak kagum juga dgn mereka org irish