Thursday, March 19, 2009

Hari yang baru....!!!


Alhamdulillah, telah kita mengecapi nikmat hari yang baru dengan meninggalkan segala peristiwa semalam dan hari sebelumnya. Insya Allah, dengan kudrat dan upaya yang kita ada, akan kita sedia menempuhi hari-hari berikutnya yang akan kita tempuhi.
Siapa tahu hari ini saya dapat makan nasi ayam percuma? Siapa tahu mungkin esok dapat bernikah dengan seseorang??(jeng-jeng) Apa yang pasti, teruskanlah kehidupan kita untuk terus mencari Redho Allah. Selagi nafas ini turun naik, selagi darah ini terus mengalir, selagi otak ini masih waras berfikir dan dapat membezakan putih-hitam, maka itulah tandanya kita sewajibnya untuk terus bersyukur dengan segala nikmat-nikmat Allah yang kita kecapi itu.

Di pagi ini, yang terus menerus kita mendengar desiran sungai yang mengalir, kicauan burung yang beterbangan, suara kanak-kanak riang gembira bermain sesama mereka, sinar mentari mula menyinar ke seluruh alam, tiupan angin pagi yang menyegarkan terus berlalu, dan apa maknanya semua ini? Kalau bukan tandanya untuk kita terus mensyukri nikmat Allah Taala yang tiada bandingan ini.

Di pagi ini, kita dapat pula mengambil sarapan pagi yang sedap, ada pula orang yang memberikan kuih "seri muka" percuma (fuh!!sedap sangat!!thanks to mak syuk!!), dapat minum air coklat panas, menikmati keindahan pagi ini dengan lazatnya. Itulah kenikmatan merasai hari yang baru.

Sekali lagi kita menimba pengalaman dan kehidupan yang baru dengan menempuhi cabaran-cabaran yang mendatang. Setelah melalui semua itu, semua itu akan menjadi sejarah, menjadi kenangan, dan terus menjadi pengalaman bagi kita semua. Setiap detik yang kita lalui, itulah pengalaman yang terus dibukukan di sejarah hidup kita. Sama ada kita benar-benar menghargainya, atau terus melupakannya.

Dengan terus merasai kenikmatan pagi yang indah itu, kita tidak dapat menilik, kita tidak dapat menjangka, kita tidak dapat memastikan apa yang akan berlaku pada petang nanti. Sama ada hujan atau terus bertambah terik kepanasan. Sama ada kilat sambar-menyambar atau mendung-mendung sahaja. Semua itu bukan urusan kita dan kita juga tidak mampu untuk menentukan apa yang bakal berlaku nanti.

Apa yang kita boleh buat? Tempuhi sahajalah dengan redho dan jayanya. Biarlah sama ada berjaya atau tidak, letih atau sihat, sedih atau seronok. Lalui sahajalah dan bersyukurlah dengan apa nikmat yang telah kita kecapi. Kita tahu bahawa buruk dan baik itu pasti ada hikmahnya. Tetapi semua orang mahukan melalui semua itu dengan jayanya. Kita juga tahu bahawa ada orang yang berjaya mengharungi kehidupannya dengan jayanya. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w.. Maka jalan orang yang telah melaluinya dengan jayanya inilah yang hendak kita contohi.

Tetapi kenapa sunnah baginda sangat susah untuk kita amalkan? Sedangkan antara sunnah yang paling mudah untuk kita amalkan sehingga boleh mencapai kejayaan ke seluruh dunia; antaranya menyebarkan salam. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.; dari Beijing sehingga ke Texas, dari Moscow sehingga ke Sri Langka, Islam tersebar ke merata-rata tempat, di mana ada seorang Muslim, pasti salam tersebar di sekitarnya dan di tempat yang dilaluinya. Hebat bukan?

Jadi..ayoh kita tempuhi kehidupan kita sehari-harian dan hari yang mendatang seterusnya dengan ISLAM. Kerana Islamlah yang mengajarkan kita tentang kehidupan yang terus bersyukur, kehidupan yang aman lagi selamat, kehidupan yang saling meredhoi ketentuan dan ketetapan Tuhannya. Alhamdulillah kita mengenali Islam ini dari kecil lagi, diasuh dan dididik dengan nikmat Islam. Mengapa pula kita memilih jalan selain ini selepas kita meniti usia??? Apabila usia semakin matang, mengapa Islam itu pula ditinggalkan hanya semata-mata ia dianggap kolot??

Fikirkanlah kehidupan yang kita lalui ini disebabkan oleh siapa????
Mengapa kita masih hidup lagi sehingga ke hari ini?????

3 comments:

Awau said...

Hari-hari yang ditempuh perlu dengan sifat sabar dan jiwa kuat mengharungi segala ujian daripada Allah,orang tuaku bertanya "Bilakah dia hendak berkahwin?"
Hari yang baru,kami tunggu-tunggu..

Fera said...

Hari-hari ditempuhi, baik buruk, redha sajalah, pasti ada khair dan hikmah yang ingin Allah beri pada kita.

(jeng-jeng soalan CEPUMASSSS) Bila mas nak kawennnn?? :P Usaha2 mas, usaha. Jodoh tu ada.. tunggu masa jer hahah.

Anonymous said...

post yg memotivasikan iman.syukran.