Sunday, January 4, 2009

Azzam Tahun Baru???

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam Berkenalan..

Salam Tahun Baru..

Salam Perjuangan Baru..

Sedar tidak sedar, kita sudah masuk ke tahun baru, usia pula semakin meningkat, sel-sel di badan juga mendapat kesan perubahan daripada perubahan masa. Melihatkan persekitaran kita juga, ada perubahan yang baru. Seperti kucing atau hamster peliharaan kita sudah semakin besar. Pokok tanaman kita juga semakin bercambah cantik. Mungkin ada yang membeli baju baru atau pun apa-apa material yang baru anda dapatkan.

Apabila masuk sahaja tahun baru ini, ramai yang akan bertanya "Apa azam baru kamu?". Saya juga sangat yakin, ramai dari kalangan bloggers pasti akan menulis di dalam ruangan masing-masing dengan tajuk tentang azam baru mereka?

Apa gunanya azam baru ni? Bagi saya, ia sangat diperlukan bagi sesiapa yang sedar kepentingan muhasabah atau pun menghitung semula. Kita lihat apa sasaran-sasaran yang ingin kita kejarkan, adakah ia tercapai atau tidak? Itulah kegunaan suatu azam. Bertekad dengan janji yang dibuat awal waktu ini agar dalam masa setahun azam itu sudah tercapai.

Bagi mereka yang berkerja, mungkin mereka ingin meningkatkan mutu kerja mereka di tahun ini agar pendapatan juga dapat ditingkatkan. Ada yang ingin mengurangkan kos perbelanjaan kerana tekanan hidup pada saat ini. Bermacam-macam azam yang ditekadkan itu semuanya untuk kebaikkan.

Bagi para pelajar pula, mungkin ada yang berazam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam matapelajaran. Ada pula yang merasakan dia tidak mampu cemerlang dalam semua subjek, tetapi dia bertekad untuk dia memperbaiki matapelajaran yang paling dia lemah. Jadi azam ini sangat bagus untuk berubah dari sesuatu yang lemah, sesuatu yang tidak baik, kepada yang lebih baik, yang bagus lagi cemerlang. Kerana kita tahu, perkara yang lepas sudah berlalu pergi. Kini adalah masa yang terbaik untuk kita merakam sejarah dunia, bahawa kita mampu berubah!!!

Tapi ada juga yang berazam ke arah yang tidak sewajarnya. Contohnya kita boleh lihat bahawa Askar Israel yang dilaknat Allah itu benar-benar bertekad untuk menguasai Gaza, kerana apa? Kerana mereka pernah kalah pada 2 tahun lepas di dalam peperangan mereka dengan Lubnan. Mereka berperang untuk mendapatkan populariti dalam berkempen pilihanraya, merek sanggup mengorbankan harta awam juga nyawa manusia yang tidak berdosa.

Itulah azam mereka. Mereka mesti mendapatkan kekuasaan walau apa pun yang terjadi.

Mereka tidak sedar bahawa penentang mereka lebih tinggi tekadnya untuk mempertahankan negara, saudara serta agama mereka daripada kezaliman. Mereka sedikit pun tidak akan berdiam diri menerima takdir mereka begitu sahaja. Mereka terus berjuang dan bertekad azam agar tiada lagi kezaliman di bumi mereka. Mereka terus berjuang tidak sedikit pun meminta simpati dunia kerana inilah cita-cita tertinggi mereka; sama ada terus hidup mulia dengan mengecapi kemenangan atau mati syahid mengharap pertemuan dengan Tuhan mereka.

Jadi......apa azam baru saya? Apa pula azam baru anda? Apa azam kita yang seperjuangan?

2 comments:

As-Syukri said...

azam..
suatu perkataan yg mengusik jiwa..



byk sgt azam aaahhh...

pening kepala pikiiiir...o.O'

(kepeningan kepala yg sering dan biasa serta amat kerap melanda f4)

xD...

Awau said...

penuhi kriteria2 fardhul muslim brgkali :) insya allah!