Wednesday, November 24, 2010

Menghadapi Peperiksaan..!!

Akhirnya, SPM pun dah berlangsung. Pelajar Tingkatan 5 tahun ini pula yang menduduki SPM. Terlalu rindu tengok suasana SPM, sebab hampir setiap tahun(semenjak menyaksikan gelagat pelajar Al-Amin menduduki SPM. Jadi, tahun ni tak mahu ketinggalan melihat gelagat mereka pula. Jadi datanglah sebentar melihat gelagat masing-masing. Tapi semua cool semacam je..hebat!!

Sebelum ini, ketika bertugas di Al-Amin, juga turut menjadi Pengawas Peperiksaan setiap kali musim peperiksaan. Tapi, kali ini, saya sendiri pula menduduki peperiksaan. Huhuhu!! Dah lama tak merasai perasaan untuk menduduki peperiksaan. Bila kena duduki lagi, rasa macam menyesal pun ada. Hahaha!! Agaknya sebab dah lama tak rasa perasaan menjadi pelajar, mungkin kerana itulah terasa kekok pula bila hendak menduduki peperiksaan ini.

Tapi seronok pula jadi pelajar kembali. Dapat rasa perasaan yang sama dengan pelajar SPM agaknya? Hehehe..bagi mereka, SPM adalah peperiksaan yang menentukan hidup mati seseorang, juga yang menentukan masa depan seseorang, sama ada dia menjadi doktor, peguam, insiyur (muhandis), arkitek, ataupun pembantu makmal. Mungkin berbeza dengan peperiksaan yang sedang saya duduki ini. Hehehe..

Kepada yang calon SPM yang dalam keadaan tension lalu menziarahi blog ini dan membacanya, saya ucapkan dan doakan kepada anda semua buatlah yang terbaik dan semoga Allah Taala berikan ketenangan dan jalan keluar daripada kebuntuan. Juga kepada sesiapa yang turut menduduki peperiksaan, turut saya doakan kalian semoga berjaya.

'Alaikum bit Taufiq wa Najah!!

2 comments:

Auzaie said...

Lupa pula nak ucap selamat kepada pelajar-pelajar SPM nanti,apapun peperiksaan apa anta ambil Sarep?
Moga semuanya selamat,yang paling penting jangan buntu dan berkematu ketika menjawab,banyakkan berselawat dan solat sunat.
Selamat menghadapi peperiksaan :)

~al-Barq~ said...

mmg sesuailah ucapan "selamat menghadapi peperiksaan" keran wkt peperiksaan mcm2 boleh berlaku akibat tekanan....