Saturday, November 6, 2010

Alasan-alasan lama tak update blog?

Hohoho..begitu lama blog ini tidak diupdate, pasti ada beberapa pengunjung tetap tertanya-tanya; "Mengapa blog ini semakin sepi tidak berpenghuni tampaknya?". Lebih sebulan tiada sebarang isian baru di dalam blog ini.

Ada yang kata, penulis blog ini kemalangan ketika bulan Syawal baru ini, sama ada terkena mercun "buatan sendiri" ataupun kecelakaan jalanraya. Ada pula yang kata, penulis blog ini sedang bersiap-siap untuk menunaikan haji. Ada pula yang merepek mengatakan sekarang ini penulis blog sedang menahan lahar Gunung Merapi dari dimuntahkan keluar. Dahsyat!! Sungguh dahsyat!! Maka inilah sebenarnya alasan-alasan yang bakal pemilik blog ini untuk kemukakan kepada para pengunjung setia.

1. Tiada idea? Oh pastilah tidak, sebenarnya terlalu banyak idea untuk menulisnya, cuma...terlalu banyak sangat sehingga tak tersempat untuk menulis. Satu demi satu idea datang mencurah-curah dan mendorong untuk menulisnya di dalam blog agar dapat dikongsikan dengan para pengunjung blog yang lain. Tapi...tak tertulis juga. Kenapa ya?

2. Sibuk? Ish..rasanya, tak-lah sibuk sangat. Padahal selalunya menggunakan laptop yang sama sahaja. Tapi tak tahu kenapa selama penggunaan laptop ni, tak terasa hendak menyelak laman blog sendiri. Padahal, ada sahaja kesempatan mengunjungi blog orang lain, tapi blog sendiri ditinggalkan kesepian.

3. Malas? hehe..agaknya la. Tentang ini, memang no comment. Mungkin saya tidak letakkan prirority untuk selalu menulis di dalam blog agaknya.

4. Chatbox yang membosankan? Rasanya tu tak boleh dimasukkan dalam alasan. Rasa sangat pelik kerana, pengunjung di chatbox selalu mempromosikan diri. Ntah-ape-hape-ntah diorang tu!! Gelabah!! Akhirnya saya sendiri buang ruangan Barium (II) Oxide [chatbox tu ler] tu. Biar diorang gelabah kat alam maya yang sementara ni. Muahahaha!!

5. Blog ni sendiri membosankan? Eh?Helo..blog sendiri pun nak kata bosan ker? Mungkin juga agaknya. Ruangannya asyik begitu dari awal penubuhan sehinggalah ke hari ini. Tiada yang menarik untuk dilihat di dalam blog ini. Tapi, kalau dah dikomen macam tu, insya Allah akan cuba untuk diperbaharui lebih baik lagi.

6. Tiada penunjung yang membaca blog ini? Emmm..mungkin juga. Buat blog ni macam "syok sendiri". Muahahaha!! Kesian..gila dalam laman blog sendiri. Ada cadangan untuk memastikan laman blog kita sentiasa dikunjungi oleh para pengunjung seluruh dunia. Seperti menjadikan blog ini medan mengutuk kerajaan-kerajaan dunia, ataupun menjadi informasi kepada sarang pengganas, ataupun menyentuh isu-isu sensetif agama. Pasti blog anda akan dikunjungi oleh FBI, CIA, NSA, Mossad, KGB (kalau ada lagi), ISA, InterPol, al-Qaeda, JI, GAS dan banyak lagi.

7. Anda sebenarnya bukan Pembantu Makmal lagi? Emm..ya. Mungkin ini alasan yang paling tepat agaknya. Kerjaya saya sebagai Pembantu Makmal sudah pun terhenti lamanya. Mungkin kerana itulah tiada lagi semangat untuk menulis di dalam blog yang dipanggil "Apabila Pembantu Makmal Menulis". Jiwanya hilang. Semangatnya runtuh. Sedih kesepian. Tiada lagi penerusan generasi Pembantu Makmal. (cewah) Mungkin selepas ini, buat laman blog yang baru dan hapuskan blog ini. Atau tukar nama sahaja. Masih dalam perbincangan lagi. Kalau hasil dari perbincangan itu menetapkan kepada sesuatu, maka ia adalah keputusan yang muktamad.

8. Ini sahajakah alasannya? Emmm..entahla. Mungkin setakat ini sahaja dahulu. Terima kasih kerana sudi membaca. Hehehe..

9 comments:

~al-Barq~ said...

salam mas

hadeh~~~ hahaha

1. ingtkan dh lama tinggalkn blogging sebab tajuk die "apabila pembantu makmal menulis" jd skrng ni anda bkn pmbantu makmal.... maka, jika anda menulis seolah-olah anda menipu para pembaca dgn menyatakan bahawa penulisan tersebut adalah penulisan seorang pembantu makmal..... sedangkan anda bkn lg pembantu makmal... x bgitu??? hahaha

2. masih xtau ape kaitan barium (ii) oxide ngn chatbox

3. saya cadangkan tukar nama blog yg sesuai dgn diri anda sekarang agar tiada unsur2 pnipuan di sini hahahaha

p/s: rindu nta~~~~ dh lama x peluk... barangkali dh makin slim??? wahahaha

mas syarep said...

asyik2 nta jelah pengkomen blog ana yg setia..nmpk sgt dh xde pembaca yg lain yg sudi mengimprove ana ni..tu yg sedih tu..

~al-Barq~ said...

la tahzan.... barangkali kurng promosi dan mungkin pembaca lain ada alasan msg2 juga~~~

hakeemhanafz said...

Suka alasan yg kedua akhir. Haha

Awau said...

salam w.r.b,
bagusnya al-barq,pengikut setia yang sentiasa mengupdate akh sarep.sentiasa berpegang teguh dengan baiah yang dipegang.

ana stuju dengan alasan yang akhir,mungkin nta bukan lagi pembantu makmal jadi ruh menulis tu sudah hilang.
tapi ana rase boleh jadikan sbgai motivasi kalau nta nak jadi pembantu makmal balik :P
kalau taknak,mungkin bole ubah,guru berkebajikan ke,sekolah berkebajikan,atau berwawasan,terpulang.tapi janganlah jemu untuk terus menulis.terus memberi manfaat,kalau lagi bagus,keluarkan buku pasal pengalaman jadi pembantu makmal ni :)

mas syarep said...

hekeemhanafz..
hehe..bole jer nk try klo xpercaya..hehe

Auzaie..
buat novel ek?emm..mcm menarik jer!!antara judul2 yg nk dikeluarkan ialah; "Ketika Bikar Bertasbih" ataupun "Ayat-ayat Makmal" ataupun "Laskar Makmal" (fuh!!bunyi mcm pengganas je..hahaha)

~al-Barq~ said...

sang pembantu makmal

A lady said...

Salam.
Ha ah lah kan. Pembantu makmal dah tukar bidang.
Mahu komen juga. Samalah kita. Tidak meletakkan prioriti untuk menulis blog!~

Anonymous said...

Eh silap pakai link