Monday, December 29, 2008

Menyambut Kepulangan Jemaah Haji Malaysia

Maka tiba saatnya menyambut kepulangan bonda dan ayahandaku yang sekian lama dirindui kerana mereka pergi jauh ke Kota Mekah menunaikan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan Haji di Baitullah.

Ketika menjejakkan kaki di KLIA, tersentak diriku melihat sudah begitu ramai manusia mengerumuni pintu keluar balai ketibaan menanti ahli keluarga mereka yang juga mengerjakan Haji di Mekah al-Mukarramah.

Berikut penulis ada menyediakan beberapa gambar yang ingin dikongsikan bersama dengan para pembaca tentang suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Memang benarlah kata orang; "penantian ialah suatu penyiksaan". Menanti Jemaah Haji Malaysia keluar dari pintu balai ketibaan itu, teramatlah lama, sehingga dapat mengambil beberapa "snap" gambar melihat gelagat-gelagat waris jemaah yang lain.

Ada juga warga al-Amin yang mengambil keluarganya





"haa..kat mana tu?ape?tengah amik beg lagi ker?ni kat luar dah ni"
Kata pakcik tu dengan kuatnya..






Perhimpunan Aman di KLIA menyambut ahli keluarga masing-masing


Hampir sejam berdiri kat sini..tak keluar-keluar lagi..



Petugas Tabung Haji pun sempat membaca novel
sambil menunggu Jemaah Haji..



Meh la kita makan dulu..
Makanan kat sini mahal..naseb baik dah siap bekal..


Antara Jemaah Haji pertama yang keluar
dari balai ketibaan..dan dia antara Jemaah Haji
yang paling muda..
Bila tengok suasana ni..benar-benar mengimbau kenangan
ketika penulis masih kecil menjemput
arwah atok baru balik dari haji..
Arwah atok mendakap saya dan mengucupku
seperti si haji kecil itu..



Suasana hiba melihat anak-anak kecil
itu mendapatkan ayah mereka yang baru pulang
menunaikan Haji..
Kedengaran tangisan anak-anak kecil yang kerinduan ini..





Akhirnya..
Nampak juga kelibat ibubapaku keluar
dari balai ketibaan..
"Ayah!!pegi Saudi ker pegi Turki?"sapaku..
"laa..ni apa hal makin gelap anak mak ni??"
ibuku pula menyapa ku..
Maka, kepulangan mereka punya berbagai kenangan mereka di Mekah terus dikongsikan bersamaku dengan ahli keluargaku yang lain dari kampung. Terus bercerita sehingga terlupa sudah pukul 4pagi.
Sejurus saya melihat mereka di KLIA tadi, ketika itulah diriku merasakan tersangat bersyukur kepada Allah Taala yang menjaga ibubapaku serta hamba-hambaNya yang lain ketika menunaikan ibadah di rumah-Nya itu.
Jauh di dalam lubuk hatiku berkata: "Bila pula giliranku untuk ke berjumpa dengan-Mu ya Allah?"

3 comments:

Unknown said...

fuh, best betul dapat pergi haji. bila lagi kita ni kan? jom ah kumpul duit. tapi kau kena fokus cari zaujah dulu ah. hehe :D

-.rashid.- said...

memang benar, anda agak semakin gelap, hehehehe, bnyk sngt outing kot

mas syarep said...

amirularif- fokus cari zaujah?xusah..krn itu bkn cara yg terbaik..

.-rashid-. - agaknye mmg byk outing ar kot..dgn xplorace nyer..lpstu akademi murobbi lg..asik dok tangkap gambo matahari jer..lpstu ade my camping lg..pergh..rse mcm nk celup cat putih jer..hahaha!!