Monday, December 29, 2008

Gelagat mengambil Keputusan PMR di SMIAA

Hari ini ramai pelajar tingkatan 3 SMIAA datang ke sekolah setelah bercuti dengan acaranya masing-masing. Alhamdulillah, keputusan kali ini sangat memberangsangkan!! Sehingga ke saat ini masih tiada lagi maklumat terkini tentang analisa keseluruhan keputusan PMR. Mungkin kerana saya hanyalah pembantu makmal, maka tiadalah selayaknya untuk saya sibuk mengambil tahu tentang berkenaan.

Mungkin cukuplah untuk saya mengetahui bahawa seramai 24 orang pelajar Tingkatan 3 SMIAA mendapat 9A dan 24 orang lagi mendapat 8A dalam keputusan PMR!! Bagi PMRI pula seramai 5 orang sahaja yang mendapat Mumtaz. Hmm..mungkin ini maklumat tidak rasmi, jadi saya masih tidak mendapat kesahihan tentang maklumat ini. Jika anda ingin tahu, Hari Takrim 2009 nanti pasti ada..hehe..

Berikut saya lampirkan beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika berlangsungnya peristiwa ini. Rasanya tak perlu dimuat-naikkan ke dalam "Flickr" saya sebab mutu kualiti gambar yang tidak berapa bagus kerana saya rookie dalam fotografi..


Guru2 sedang bertungkus lumus menyiapkan keputusan
para pelajar yang baru diambil dari Pejabat Pendidikan Daedah

Muka ceria mengubat hati yang gemuruh lagi nervous..


Talipon bimbit terus berdering menambahkan
lagi debaran di dada..
tapi senyuman yang tenang terus bercambah..



Sesi mengambil keputusan PMR telah pun tiba..

"ermm..si omar dah dapat result dia..
aku xjumpa2 lagi nama aku ni..
aduh.." bisik afiq
sambil beketar-ketar tangan menggenggam pen.
Wajah tersenyum ceria dihadapan ibu
dengan hasil usaha yang gigih sebelum ini..


Menunggu giliran untuk mengambil keputusan..
"nak tengok sekarang ker?"


Pelajar-pelajar ini mendapat 8A dan...
(tgk jari mrk buat ape..tu la jwpn nyer)
Tumpang gembira dengan keputusan orang lain..


"hebat keputusan kali ini"
kata si guru kepada si ibu

Melihat keputusan anak



Alhamdulillah


Menggunakan teknologi canggih untuk menyebarkan
berita gembira
Berkongsi kegembiraan dengan rakan taulan yang lain
Fahmi: "ha'ah..dah amik dah"

"ok lpsni konpem msk mrsm.."kata fahmi
(hahaha!!ayat ni direka semata-mata)

9 comments:

Mohd Fahrulradzi said...

hahaha,., gerombolan 8 A,., huuhuhu,., takper2,., insyaallah SPM nanti,., kami sumer A,., ameen,.,

~salam

p/s: ana 1 B yer,., haha,., nak jugak,., lalala~

mas syarep said...

hahaha..amien..mudah2an makbul..

yg klaka tu..mcm bangga jer buat tanda tu..hehe

'adz said...

wah..pmr mcmana???
terigt dulu time pmr jela dpt result best
tp xde dkt malaysia..

-.rashid.- said...

bia betol 24 9A 24 8A?? matap sungguh!

Afham Fuad said...

betol ke 24 9a n 24 8a?alhamdulillah..

Khalilah Alhuda said...

bkn 24 9a 13 8a k??
huhu..
mumtaz 5 je?
tp mcm ramai je..
hehhe

(tumpg lalu...)

mas syarep said...

laaa..korg ni dok tanya psl bilangan diorg ni apahal?tak baca abes ker apa yg ana tulis?kan org dh kata yg tu adalah dari maklumat tidak rasmi..aduh..

tu kt skola dh tampal keputusan rasmi analisa PMR n PMRI..

haa..situ sume fakta yg korg nk tau psl PMR n PMRI sume ade kt situ..pi tgk la yer..

"Qul Rabbi a'lamu bi'idatihim ma ya'lamuhum illa qalila"(al-kahfi:22)

Ape bole buat dgn org berbondong-bondong dpt result bagus ni?Gaza kene serang gak..

cukuplah sekadar kite bertasbih, bertahmid dan memohon keampunan Allah..kn diajar pon dlm al-Quran 110:1-3...

sibuk nk tau bape org dpt 9A jer..yg bape org dpt 2A..3A..xnk plak tanye..diskriminasi..!!

haha!!emo xmemasal..!!maaf la yer bg sape2 yg terasa..

Mohd Fahrulradzi said...

abg sarep menempelak sorang2,., btol2~!! ana sokong,., asik tanyer yg 9 A jek,., yg 8 A x nak tanyer ke,., hahaha,., (nak jugak,., adess),., x derlah,., men2 jek,., nway, jgn lupe yer sumer doakan saudara2 kita (plg kurang),.,

~salam

Rahman D said...

hmmm tahniah semua yg berjaya...tp ingat dalam surah al-nasr ayat 3...
"maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadanya,Sungguh Dia maha Penerima taubat"

bersyukur lah kita masih boleh belajar dan hidup...