
Salam Sejahtera ke atas semua para pembaca juga semua mu'minin di dunia ini..
Sekali lagi ingin saya memanjatkan permohonan maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana sangat jarang untuk saya memperbaharui isi blog ini sebaiknya. Apakan daya kerana diri penulis dilanda dengan kesibukan dunia, mudah-mudahan kesibukan ini hanyalah diniatkan untuk mencari redho Illahi dan hanya Tuhan sahaja yang layak membalas segala amal kita insya Allah.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Saba’ : 47
“Katakanlah : Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu..”
Perumpamaan Pokok yang Baik
Sesudah kita semua melalui peristiwa yang baik, juga kenangan yang baik, serta melalui pengajaran yang baik, sudah pastilah seharusnya natijah(hasil)nya juga adalah baik. Kita lihat perumpamaan Pokok yang baik seperti yang diceritakan di dalam al-Quran iaitu;
Firman Allah s.w.t.:
"24. Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)." [Ibrahim: 24-25]
Allah mengumpamakan bahawa kalimah yang baik itu..adalah seperti pokok yang baik juga, yang berkhasiat lagi memberi manfaat kepada yang lain. Sememangnya telah menjadi fitrah alam yang ditetapkan Allah, setiap kali kita mendapat manfaat ataupun perkara yang baik, kita akan rasa seronok kan?
Kalau kita berjalan di bawah terik matahari yang panas, tiba-tiba berjumpa pula dengan sebuah pokok yang rendang dan mempunyai buah, dan padanya terdapat sungai yang mengalir, pasti kita akan segera ke pokok itu untuk berteduh dari terik matahari, berehat di batang pokok yang besar itu, mengambil buah yang sedap dari pokok tersebut, juga menghirup air sungai yang sejuk itu. Ketika itu kita akan merasa seronok dan sangat bersyukur. Pasti kita akan berehat sebentar sehingga terlena.
Selepas berehat sebentar serta merasai nikmat-nikmat yang baik itu, sudah pasti kita dapat meneruskan perjalanan lagi walaupun terpaksa meredah perit terik matahai.
Tapi, mungkin ada juga yang tidak dapat meneruskan perjalanan lagi, kerana lebih suka untuk terus duduk di pokok tersebut yang selesa itu. Dia terlupa kenapa dia perlu berjalan di bawah terik matahari sebelum dia berehat itu. Itulah resam dunia. Begitu mudah lupa dalam keselesaaan.
Berbalik kepada kisahnya pokok yang baik, kita juga boleh mengambil pengajaran daripada kisah pokok yang baik ini; iaitu boleh memberi manfaat kepada semua orang sehingga boleh memberikan inspirasi serta semangat yang baru untuk semua, ataupun memberi manfaat sehingga seseorang itu terleka dengan manfaat yang diperolehi dari kita. Jadi, kita yang mana satu pula?
Selepas ni..apa pula???
Selepas melalui bermacam-macam program, sudah banyak input serta pengisian yang baik-baik kita dapat. Jadi, apa pula tindakan kita selepas ini? Nak sedih? Sedih..sedih..sedih jer...atau nak doa? Atau nak doa..doa..doa jer..atau nak derma? Atau terus mengangguk tanda setuju dengan mata tertutup? Atau tersujud dalam keadaan bersila? Atau terlena terus dibuai angin aircorn yang dingin? Atau terus berenang di kolam air panas yang berklorin?
Jadi kalau semua bukan, apa seharusnya kita perlu buat?
Kalau kita lapar, apa yang perlu kita buat? Makan la...
Kalau kita mengantok, apa yang perlu kita buat? Tidur la...
Jadi kalau sekeliling kita ni sudah bermasalah..apa sebaik-baik penyelesaiannya? Sudah pastilah Islam. Kerana itulah tujuannya Islam diturunkan kepada manusia. Pertolongan terus dari Pencipta akan segala sesuatu memberikan tips penyelesaian masalah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa.
Jadi.......apa tindakan kita? Kalau bukan kita mesti memperkenalkan kepada orang lain akan ISLAM..itulah dia..ber-D.A.K.W.A.H kepada semua orang. Insya Allah, kita tak rugi sedikit pun bahkan mendapat keuntungan yang besar dari Allah dan sudah pasti ia akan dipenuhi dengan berbagai cabaran..
Orang yang berehat di pokok yang baik itu sudah teringat akan tujuan dia berjalan walaupun berjalan di bawah terik matahari, dia sebenarnya perlu bertindak untuk berdakwah, dalam perjalanan yang sukar itu juga boleh berehat sebentar, asalkan tidak terleka dengan kesenangan.
Firman Allah Taala:
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan". [as Syura:52-53]
.....................................
Selepas melalui Akademi Murobbi ni, harap antum semua akan terus maju bersama-sama beramal soleh serta berdakwah di dalam setiap pekerjaan antum semua, sungguh semua yang kita buat itu hanyalah semata-mata kerana Allah Taala semata-mata. Pasti kita akan dilanda bermacam-macam ujian, jangan lupakan tentang ujian yang telah menyebabkan kita akan jadi jatuh dengan segera, itulah dia..kesenangan. Sepertimana yang berlaku pada kerajaan Islam yang sebelum ini, juga seperti monyet yang jatuh dari pokok hanya kerana angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman.
Antum semua dah merasai ujian ni ketika di PD tu..jadi..beringatlah selepas ini.......
jangan ulangi kesilapan lalu..pelajari dari yang lepas..
yang baik kita ambil..
yang buruk..campak jauh-jauh ke Sungai Furat sampai boleh jadi jambatan untuk kita lintasi..